09 November 2011

Aidiladha 1432H

Ni Aidiladha ke berapa hah untuk Cha?? Tiba-tiba macam memori tak berapa baik.. ke-2 lah kan.. tapi ini kali pertama Cha tengok upacara penyembelihan di pagi raya qurban. Ehh.. bukan pagi, lepas Zohor baru kambing yang na dikorbankan akhirnya disembelih. Menunggu giliran sangat lama. Tukang sembelih ada sorang je. Tapi kena cover sampai 3 kampung.. tapi tak mengapa, asal terlaksana hajat pun dah syukur Alhamdullilah..

Seperti biasa, Cha mana reti takut.. tapi kali ni kurang sikit keterujaan dia. Kalau dulu 1st time tengok kambing dia rileks je pegang tanduk kambing tu. Tapi sekali kambing tu mengembek, hah amik kau..menangis-nangis panjat badan ibu dia ni. Tapi kali ni dia tak hingin pulak nak pegang badan kambing tu. Suruh amik gambar dengan kambing pun dia tak mahu layan. Suka hati kamu la anak.. Hajat hati nak kasik anak tengok macam mana kambing kena sembelih, tapi sendiri pun macam tak sanggup, tak kan nak join sama. Sudahnya, tunggu aje lah depan rumah. Lagipun panas..tak rajin aku nak berjemur. Ngan budak mata sepet merah tu lagi..

 budak bermata sepet yang suruh ibu bawak dekat sikit nak tengok kambing

 proses melapah daging

malam kita kasik panggang ini semua *boleh pulak aku lupa isi gula dalam ramuan marinated ni.. dah la lada hitam melambak-lambak.. merasa la masing-masing mengipas lidah malam tu.. mintak ampun


*achik buat kek karamel. alhamdullilah, sangat mendapat sambutan. lega rasa hati



5 comments:

  1. Seronok Cha tgk orang sembelih. Kalau Kakal ni, mmg tak dapek lah. Ibu dia lari duluuu.

    ReplyDelete
  2. korban kambing.. mnarik! nyum2

    ReplyDelete
  3. teruk jugak sakit mata cha ni yer. kesian nya dia

    ReplyDelete