04 November 2011

Auto ke Manual?

Korang dapat lesen kereta umur bape?

Aku amik lesen memandu masa lepas habis diploma. Tu pun mak yang beriya. Ikut aku.. takde lesen pun aku rasa tak menganggu gugat hidup aku pun. Wa no hal nak guna public transport. Tapi sebab mak dah bersungguh, siap sediakan peruntukan. Menolak rezeki namanya tu kalau kata tak mahu. Maka, masa cuti semester, ke kelas memandu la saya. Tapi kalau diimbas kembali rentetan sejarah aku nak bergelar pemandu sah di Malaysia ni.. macam sadis je tau. 3 kali test baru pass.. Giler bengong je rasa. Pastu asyik kantoi kat part parking je. On the road, sekali je dah lulus. Sudahnya sampai sekarang aku gagal kalau disuruh masuk parking side. Nak rear park pun adakala mengigil.. Memang sadis kan..

Tapi alhamdullilah... setakat ni tak pernah lagi terlibat dengan major accident, sikit-sikit setakat langgar tembok, langgar tiang kat parking, pernah la sekali 2. Sampai sekarang kemek kat pintu belakang kereta tu masih ada. Saje malas nak gi betulkan *takde duit sebenarnya* Dah la time tu, baru je pakai kete tu.. Hangin je Ekwan kat aku. Marah macam aku kemek kan kereta dia, sedangkan kereta aku tu. Bayangkan camne kalau aku kemek kan kete dia.. Mau dia tuntut ganti rugi sepenuh hati kan..

Lepas dapat lesen, aku tak terus drive sebab mana ada kete aku nak bawak. Sekali sekala je lah time cuti semester, bawak kete mak. Kete kat umah semua manual, dan alhamdullilah.. sehingga kini pandailah aku bawak kete manual. Sampai adakalanya bila bawak kete auto rasa kalut tetiba. Rasa janggal lak kaki kiri tu dok diam je. Selalu sampai letih-letih kaki tekan clutch, lagi-lagi time jammed. Memang merasalah kaki kebas jap lagi. Walaupun ramai yang kata 'duduk KL ni, tak sesuai pakai kete gear manual' Tapi aku laki bini tetap prefer kete manual. Selain harga dia yang sedikit murah. Takde la sikit sangat, 5-6K juga beza dia.. feel dia lain okay kalau bawak kete manual..

Korang pakai kete transmisi apa? Automatik ke manual?

Tapi aku ni sangat susah nak bawak kereta orang. Maksudnya kete lain selain dari Myvi aku tu. Bawak kete Ekwan pun aku rasa semacam. Nak bawak laju-laju pun takut, belum lagi masuk parking. Tak confident langsung. Tu bawak kereta saiz lebih kurang tu.. maka, jangan la mengatal tangan nak bawak X-Trail opis ni. Carik padah tu namanya.

*tetiba buat entry ni sebab 2,3 hari ni merasa bawak kete sendiri gi keje. kalau tak selama ni jadik co-pilot semata. cuba-cuba nak pejam mata, tapi terus kena lepuk ngan driver kat sebelah
*ada lg 5 tahun nak kena bayar duit kete :(

9 comments:

  1. abis spm trus amek lesen kete,
    utk kepentingan keluarga yg utama,
    sbb ayah dh xsihat ms tu, so kemana2 je harusla anak bongsu ni yg tlg bwk kesana kemari
    blk kg bagai..
    biasanye org yg pandai bwk manual ni
    otomatik akan pndai bwk kene auto,
    yg biase bwk auto ni yg xreti bwk manual kan? hehe
    btw, kete aku lg 7taun, mika dh msuk skolah abis la byr, hahahhaha ade la peruntukan skolah mika time tu :p

    ReplyDelete
  2. dapat lesen kereta masa umur 22 rasanya pas abih belajar dlu.. dilanggar tak pernah lagi.. melanggar pernah..wahahaha

    ReplyDelete
  3. lagi suka bawak manual dari auto....kereta pun manual...

    ReplyDelete
  4. lepas 10 tahun jd pemandu sah, saya pun masih menyukai mode manual.. akibat dr tersondol keta org bila cuba2 bawa auto..;)

    ReplyDelete
  5. kete kat umah semua manual
    so mmg tak merasala nak bawak auto
    adik2 aku pun beli kete manual

    tp kalau dh biasa bawak kete manual,mmg lg selesa ngan manual kan

    ReplyDelete
  6. sama ngan fashya..lagi suka bawak manual dari auto..tp auto best..boleh angkat kaki kiri..hihi

    ReplyDelete
  7. aku amek lesen masa final year kat U. dpt lesen teros abah belikan kereta kelisa sbb takot hilang plak bakat memandu tu heheh..

    kete kelisa dah tamat bayo bulan lepas. yeayyy!! =p

    aku dah x reti kot bwk manual. kete aku auto, kete habi manual. ade alasan xyah drive kete dia g jalan jauh..jahat tak? hahaha

    ReplyDelete
  8. manual la acik....staff lelaki kat sini angkat tangan tgok kita drive keta manual sebab keta dorang sume auto :)

    ReplyDelete
  9. tak kisah dua dua pun boleh..tapi dah pakai kereta auto malas nak bawak kereta manual..:) sebab bawak auto relek je..
    masa terdesak kereta eksiden tahun lepas terpaksa la jugak bawak kereta manual..

    ReplyDelete