Cha dah makin lasak. Semain garang. Semakin kuat menjerit. Adooiiyaii..
Dah makin besar anak aku. 20hb ni, 19bulan dah umur dia. Sangat tak sangka. Dan sekarang bukan dia je kuat menjerit. Ngan aku sekali asyik lah terjerit 'Cha!!' bila tengok dia dah ada atas meja makan tengah tonggok botol kicap.. Bila masalah agaknya dia panjat kerusi, tau-tau atas meja dah. Aritu botol sos, ni botol kicap pulak.
Macam-macam la perangai anak dara sorang ni.
Sekarang dia ada satu perangai yang agak menjengkelkan. Kedekut dan tamak. Sila jangan pegang/sentuh segala barang milik dia. Amik apakan lagi. Kalau pegang/sentuh/cuit/amik jugak, nanti dia jerit kuat-kuat marah tunjuk perasaan. Kalau orang buat tak tau, buat degil, nanti dia datang gigit itu orang. Aku geleng kepala dah.. tak larat nak terang dah 'cha, janganlah kedekut sangat. share la.. mainlah sama-sama' Tapi bukan dia dengar..dia menjerit lagi kuat dari aku. Nasib baik main ngan sepupu-sepupu.. lantak kau lah nak berebut-berebut, main tarik-tarik situ. Kalau main ngan orang lain.. ohhh,setakat ni belum merasa lagi situasi begitu. Harap-harap behave lah kamu wahai anak..
Ianya akan jadik lebih annoying bila, orang pegang barang dia, dia marah terjerit-jerit keluar air mata semua. Tapi dia amik barang orang, buat selamba je. Siap marah lagi kalau orang tak nak bagi. Annoying kan.. rasa nak lepuk je kan..
Orang duduk sebelah ibu abah dia pun nak marah.. tak paham aku
Hahaha cha lawak ah! =D
ReplyDeleteRendu tengok muke manja dia!
hehe..garang ohh anak dara ni..
ReplyDeletemikhail pon same cmtu...amik brg org x pe...kalo org amik brg dia..mak aiii...meroyan trus...
ReplyDeletesetengah budak mmg gitu la dayu tp lama2 ok, so jgn risau sngt..just keep telling her kene share2, kene sentiasa gtau die
ReplyDeletenampak gaya nya xleh ber'adik' lg la cha ni.dia tamak sorang2 susah nanti nk share ibu abah ngan adik
ReplyDeleteAlahai cha. Sama je ngan Husna kamu nih tau. Tengok jela gelagat Husna masa kat Critterland dulu, orang nak main dia jerit kuat2 tak bagi. Adoi, malu je bila tgk perangai anak macamtu. Tapi diorang kecik lagi, apa la yang diorang paham kan. Xpela, slow2 la kita ajar anak...:)
ReplyDeletesebagai mak mmg kita kena sentiasa bertenang
ReplyDeletekata biras aku 'smpai satu tahap nanti semua kerusi kena naik atas meja, awak siap sedia je'
Nashriq pon asyik mengundang kemarahan. Kalau dia nak sesuatu, dia akan menangis sampai muntah!! Geram aje tengokkan. Bila kita bagi apa yang dia nak, terus senyum lebar dan blah. Peh, panas je hati menengok. Esok kalau ada adik, tak tahulah macam mana gayanya.
ReplyDeletesama ngan jer ngan hazim...tgh kedekut brg dia...
ReplyDelete