Inilah oven yang banyak berjasa. Dengan oven ni lah aku mula belajar mem'baking. Cuba pelbagai jenis resipi. Dengan oven ini lah. Oven Cornell 17 litres ni.. Biarpun kecik, banyak jasa dia. Walaupun berkali-kali aku sebut nak cari pengganti dia, nak antar dia balik kampung. Dia tetap bertugas seperti biasa. Takde pulak buat perangai meragam tunjuk perasaan. Baik dia ni.
Memang banyak la jasa dia ni. Aku beli masa bujang dulu. Dah bertahun jugak la umur dia. Sedar tak sedar kan. Murah je aku beli, dapat free hand mixer pulak tu.
Tapi nak buat macam mana, hobi membakar aku makin membuak-buak sekarang ni. Rasa tak puas je membakar dengan oven size comel loteh gini, kena bakar berkali-kali. Loyang pun size kecik-kecik je bleh sumbat dalam ni. Tu belum lagi kalau membakar biskut. Memang jenuh la aku nak tunggu habis membakar satu adunan tu. Tapi sebab semangat punya pasal kan, layan aje lah. Tapi kalau ada rezeki, memang sangat berkeinginankan sebuah oven berkapasti besar. Tak dapat 60litres, 40 pun jadiklah.
Bukan apa, senang la skit aku nak buat cream puff masa birthday Cha nanti (:
my oven beli xlama lepas kawen aritu.tp br sekali je pakai.time wat kuih raya thn lepas.wakakakakkaa
ReplyDeleteAna punya lebih kureng mcm ni gak..kecik je..boleh masuk loyang kecik juge..tu bila kek naik tinggi sudah cecah besi panas kt atas tu..ana nk pun klu dpt yg besar sikit je..xde la nk yg besar2 nau..
ReplyDeletetakpe ada rezeki nanti sambar yg besar punya tu. pastu boleh terima tempahan...hehe
ReplyDeletesama saiz la oven kite dayu..aku pun ada niat nk tukar lain. leceh oo nak membake adunan kecik2 je dapat =(
ReplyDelete