Dan akibatnya, merasa la aku kek yang hitam legam atasnya.. Terus rasa nak nangis okay..
Tapi pujuk diri sendiri, try jenguk tepi kek tu. Lega rasa hati bila tengok dia masih kuning keemasan *memandai* Tidak berubah kaler. Terus aku jadik tak sabar. Panas-panas keluarkan dari loyang.. Sejuk sikit terus aku potong. Dan makan. Alhamdullilah.. Kesan hangus kat permukaan kek tu tak merubah rasa kek tu. Cheesecake achik masih lagi gebu dan berlemak. Tak rasa pahit pun.. Rupa je lah.. Tak boleh nak buat apa dah.. Mula-mula ingat nak cover ngan whipped cream, pastu tabur buah.. Tapi tak menyabar kan.. Lantak lah.. Sendiri nak makan pun.. Maka, terima lah akibat perbuatan sendiri kan..
Anyway,, ini satu lagi resipi patut cuba. Sebab?? Seperti biasa. Mudah dan kos dia sangat berbaloi-baloi. Lagi-lagi yang dah terror buat meringue.. Memang sab sab soi je lah..
Dan seperti biasa, marilah berkongsi resipi.
Bahan-bahan ( kek saiz 18cm )
- 4-5 keping slice cheese
- 200 ml susu segar
- 70 gram butter
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
- 70 gram gula
- 4 biji telur saiz M
- beberapa titik esen vanila
Cara-cara
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi
Tapi kekecewaan makin berganda apabila esok pagi, beriya bangun nak bersarapankan kek cheese.. tgk kek dah mendap.. Huhuhu..dah lah semalam pun tak berapa nak tinggi. Pagi ni dia boleh pulak mendap. Nasib baik rasa tetap sama. Balun je lah..
Ni maknanya nak suruh aku cuba lagi sekali lah ni.. okaylah.. nanti ada masa achik try sekali lg
Achik malu sebenarnya nak tayang slice cheesecake ni, tapi.. publish je lah.
rentung kek aku..
hehehe..takpe dayu boleh cuba lagiiii...
ReplyDeleteaku ingt mu letak filing coklat :p
ReplyDeletecheesecake tu mendap sebab panas2 dah bawak keluar oven. Cheese ccake kena sejukkan dalam oven buka sikit pintu oven, biar dia sejuk dulu baru keluarkan.
ReplyDeleteKalau tak kuning atas dia pun tak apa sebab lain orang lain buatnya. Or, tambah masa bakar sbb kapasiti oven tak sama so, masa bakar kadang2 tak sama jugak.
Ingat!! jangan mandai2 guna api atas yeah.. bukan nak buat kek lapis uollsss....
kite ade wat cheese cake . jd n sedap . try larh resepi kite kak dayu . :)
ReplyDeletedayu,try wat cheese cake guna creamcheese...lagi mantap rasa dia. no need to bake. just masuk dlm fridge jer...
ReplyDeletetakpe
ReplyDeletepercubaan pertama x jadi tu biasalah kan
tu maknanya ko kena buat lagi
lepas tu pass kat kawan2 yg dekat
hehehe
yang penting dah cuba.. rajin sungguh mummy cha ni..;)
ReplyDeleteadoi, masuk je blog dayu sure cite psl mkn2 n masak..now dh terliur kt opis ni cm no..hihihi..:D
ReplyDeleteCheese Cake pulak dahhhh! Makin menjadik-jadik korang yer *jeles*
ReplyDeletehahahah...same mcm ana ler...ikut resepi tu nyer cara masak..abis hitam tang tgh...
ReplyDeletetp sikit je la..hahaha..
ayuh kite beli oven besauuu punya...
tp nk tunggu durian runtuh lor..
#nano baik nyer...ingat letak filing kata nyer...hihih
cheese cake ni pakai cheesedale tu kah? yg mkn ngan bfast tu?
ReplyDelete