07 December 2012

Surirumah, Pekerja Sepenuh masa dan Pembantu Rumah

Saya bekerja sepenuh masa, 5 hari seminggu, 8 jam sehari. Tapi masa saya di luar rumah lebih dari 12 jam, sebab pukul 6.45am saya dah keluar meninggalkan rumah dan hanya akan kembali ke rumah ku syurga ku sekitar jam 7.00pm. Kalau awal, merasalah sampai 6.30pm. Ginilah gayanya, keje di Bandaraya Kuala Lumpur, menginap di Subang Jaya. Nak buat macamana, hadap je lah kehidupan di ibu kota ni. Seronok juga. Kereta dah tukar kereta bergear automatik, apa ada hal *eh..tetiba*

Selain memegang jawatan sebagai pekerja sepenuh masa, saya juga ada jawatan tambahan *boleh masuk SKT tak erk?* sebagai seorang surirumah dan beberapa jawatan penting yang lain iaitu sebagai seorang mak dan juga isteri. Saya rasa bidang tugas saya di rumah adalah lagi banyak dari kat opis. Kalau buat lampiran tugas-tugas semasa tu, mesti tugas kat rumah lebih banyak helaiannya berbanding lampiran untuk bidang tugas kat opis. Anak saya baru seorang, suami tentulah seorang. Giler apa nak ada laki lebih dari seorang.

Anak saya kecik lagi, baru je 2 tahun lebih, maka tak boleh lah diharap nak membantu mengurus rumah, tolong buat sepah rumah dia hebat. Tak payah suruh pun tiba-tiba tengok dia dah buat. Bertuah rasa anak seefisen ini *pengsan* Saya tak lah bertuah macam sesetengah wanita di luar sana yang memiliki suami yang sangat rajin buat keje rumah.  Yang rajin masak, rajin cuci baju, rajin lipat baju, rajin cuci pinggan, sapu rumah.. rajin serba-serbi lah. Suami saya tidak begitu. Tapi saya tak berapa peduli semua tu, sebab dia rajin bawak saya jalan. Hahaha.. Dan suami saya takde lah pemalas sampai buat bini dia ni rasa nak terjun bangunan. Dia basuh pinggan dia sendiri. Ada masa dia offer masak for dinner and breakfast dan biarkan saya bergolek atas katil hingga pukul 10 pagi pada hujung minggu *so sweet* Dan yang paling penting, walau tak berapa rajin tolong hal mengurus rumah tangga, dia rajin jaga anak. Kalau saya kat dapur, anak di bawah tanggungjawab dia sepenuhnya. He knows his roles. Kalau semua aku yang kena buat, memang bertukar jadik raksasa gorgon aku.

Yang penting dia rajin bawak saya jalan. *memang kaki jalan la kau dayu*

Apa saya nak cerita sebenarnya ni? Saya ni selalu hilang fokus tau. Maafkan saya. Hah, sebenarnya saya nak citer pasal pembantu rumah atau lebih dikenali sebagai maid atau pun bibik. Bukan apa, kebetulan tengah meronda di alam maya ni terjumpa beberapa pengumuman/hebahan berkaitan. Ada yang sedang mencari bibik baru bagi mengantikan bibik lama. Ada yang baru nak try ada maid, tgh survey-survey agent. Nak dijadikan kebetulan lagi, ada sorang kawan saya pun sedang mencari bibik. Bibik lama dia lari. Kes dia ni lagi kesian, dah berapa bibik dia pun aku tak ingat dah. Tak jumpa-jumpa lagi yang sesuai sejak bibik pertama dia balik. *aku memang geram kes bibik lari ni tau. Kalau lari takde budak kecik kat rumah takpe. Ni selamba je lari, kuar rumah tinggalkan anak majikan terkontang kanting kat rumah*

Anak saya baru 1, suami 1, rumah pun kecik je. Setakat ni saya tak perlukan pembantu rumah/maid ataupun bibik kot. Buat masa ini lah. Masa hadapan?? Tak perlu rasanya. Amboi kau Dayu, berbaur riak sungguh kenyataan kau ye. Kita tengok nanti. Insya Allah, selagi mampu aku uruskan lah rumah tak bertangga tu sendiri. Faktor paling utama aku rasa aku tak perlu/mahukan maid adalah sebab aku tak suka dan tak selesa ada orang lain dalam rumah aku. Lagi-lagi stranger. Selagi boleh, buat lah sendiri. Adatlah rumah bersepah, kain baju tinggi mengunung tak berlipat. Kitakan isteri bekerja, janganlah expect aku boleh nak mop lantai setiap hari. Semua tu aku buat hujung minggu. Kalau kau datang rumah aku hari bekerja, buat-buat tak nampak je lah 'kekemasan' rumah aku.

Lagipun aku bukan jenis kerja, balik tak tentu masa. Bidang kerja aku tak memerlukan aku stay kat office sampai pukul 10 malam baru sampai rumah. Aku masih ada masa nak mengurus anak di malam hari, ada masa nak masak simple-simple untuk dinner. Out-station pun tak selalu. Kalau aku out-station pun, laki aku adalah sangat boleh diharap untuk menjaga Eisya. Tak nampak keperluan untuk mengupah seorang pembantu rumah.

Hah!! Kalau ada maid kat rumah, aku outstation camne?? Tak kan nak biarkan dia berdua je ngan Ekwan kat rumah. Bahaya..bahaya..

Kalau ada maid, mesti anak-anak akan ditinggalkan kat rumah kan, tak kan nak hantar ke nursery lagi. Habis duit gaji aku. Tak shopping baju baru aku jawabnya. Dan perkara itu macam mustahil je. Ekwan harus tak kan bagi anak dia duduk ngan maid je kat rumah. Nak hantar anak ke babysitter, duduk dengan orang pun dia tak suka, inikan berdua je ngan maid. Maka, makin bertambah-tambah la faktor aku tak kan memiliki seorang pembantu rumah.

Laki aku pun bukan peduli sangat kalau rumah bersepah, dia buat rileks je. Tenang je lagi baring, golek-golek dengan anak. Anak terbalikkan kotak mainan pun dia senyap je. Aku pun tak perlulah nak merajinkan diri sangat, kalau badan penat, rasa tak larat nak kemas rumah, takde tenaga nak lipat baju. Biarkan aje. Bila  mampu nak buat, baru buat. Barulah ikhlas dan tak merungut-rungut. Kalau tak sia-sia je. Elok-elok boleh dapat pahala urus rumah dan anak, terus dapat dosa.

Keperluan masing-masing berbeza. Situasi semua orang tak sama. Kalau memerlukan dan mampu, go for it. Aku?? Andai suatu hari nanti keadaan memerlukan, aku juga mungkin perlukan pembantu. Tapi keadaan akan jadik lagi seronok kalau ketika itu aku bukan lagi pekerja kepada sesiapa, tapi pekerja kepada diri sendiri, atau erti kata lain, akulah bos akulah kuli. Aku duduk rumah, tapi tetap ada pembantu nak buat kerja rumah. Memang best *berangan kena tahap tertinggi beb*

2 comments:

  1. Perangai ekhwan same macam epoi..relax je...hahha...

    sonok lah bace entry kali ni....macam karangan....aku bace sambil senyum2 sbb situasi lebeh kurang aku je....aku rase sume isteri/ibu bekerjaya pon lebeh kurg jugak kehidupan dorg kan...

    ReplyDelete