26 February 2013

Ini tentang Eisya

Eisya cucu sulung kat sebelah aku. Mungkin disebabkan itu, dia macam tak berapa pandai nak bermain dengan orang. Dia kena orang yang ajak dia, orang panggil dia 'Eisya, jom gi luar main buai jom' Kena orang datang pimpin tangan dia, baru dia akan join main sama. Kalau nak harapkan dia yang datang sendiri, tiba-tiba join the group memang tidak lah. Nak join main pun amik masa okay. Kalau balik kampung tu, dah 3/4 hari kat kampung baru dia boleh mix around. Barulah tak asyik melekat kat kaki aku.

Sekarang ni ada satu perangai, punyalah liat kalau disuruh bersalam dengan orang. Punyalah tak nak, sampai keras-keraskan badan. Geram aku.

Macam anti sosial pun iye aku rasa. Kesian kadang tengok budak lain yang beriya ajak dia main tapi dia dengan sombongnya tak melayan. Feeling anak VIP je gayanya. Tapi kalau dah mula main. Tak ingat dunia. Dapatlah aku buat keje atau duduk rileks-rileks depan TV dengan tenang.

antara sepupu yang rajin melayan Eisya. Ini anak-anak akak Ekwan yang sulung. paling rajin melayan Aishah. sebab dia memang asyik lah minta adik kat umi dia. so bila ada Eisya, memang seronoklah dia. cuma Eisya je kadang-kadang rimas sebab Aishah suka sangat peluk cium dia. Hahaha..geram sangat lah tu.

ibu suruh buat 'peace' lah Cha bukan 'four'

Eisya aku kategorikan bertuah lah sebab ramai orang yang nak melayan dia bila balik kampung. Kalau balik JB pun, biarpun takde sepupu nak bermain. Ayah aku layankan aje segala kehendak dia. Bestlah cucu sulung. Tapi dia tetap gak menyombong ngan atuk dia. Tapi bila atuk ajak di playground sepantas kilat sarung kasut. Atuk nak baring kat sebelah marah. 

Weekend ni balik JB, sepupu aku kawin. Tak sabar lak nak pakaikan dia dress baru tu. Terasa macam sangat lama aku tak pakaikan dia dress. Asyiklah sarung jeans, t-shirt ngan sneakers. Hahaha.. aku memang tak gemar pakaikand dia dress, macam tak kena je. Hahaha.. Dan merasalah kena sound ngan bapak dia 'janganlah biar Cha dressing macam awak..ajar dia pakai kain, asyik nak pakai seluar je' Eleehh.. itu semua tak penting, yang penting aku akan usaha didik anak-anak aku tak kira laki ke pompuan supaya pandai buat keje rumah. Dah sepahkan rumah, sila kemas. Jangan nak jadik VIP sangat. Itu lagi menjadi keutamaan. Setuju?

Eh, lately ni kan.. Eisya suka cakap gagap-gagap tau.. bukan dia tak tahu perkataan yang dia nak sebut tu. Tapi mesti tergagap-gagap. Normal kah??




7 comments:

  1. part xnk salam ngn org tu, anak aku pon sama lah
    geram je
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg geram tp aku rasa xpe kot
      bukan dia sengaja. dia pun tak paham lagi keperluan nak bersalam tu
      tp tulah..kan nak didik anak kena dr awal
      as kita sentiasa ingatkan, aku rasa xpe

      Delete
  2. yelah dayu..
    sama je part salam tu...
    ikut mood..
    ada tu sampai semua org dia nk salam..
    ada tu dia wat dono je, bila suruh, kuar suara TAKNAKKKKK!!

    yg gagap tu normal kot klu sekali sekala...

    ReplyDelete
  3. haah Faqihah pon sejak2 ni macam gagap sikit.. dia nak sebut macam tak keluar gitu.... 3-4 kali nak try sebut.... sian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp bila google2, katanya itu semua normal
      sbb bdk2 bi tgh belajar menyusun ayat
      tu yang ter 'aa..aa..aa.. aabah, cha wat'
      susah bebenor nak menyebut gayanya

      Delete
  4. Wey sama fahrin taknak salam! Sampai family mertua aku sound cakap "kene ajar ni reen.. kang sampai sudah tak reti salam"

    Tapi, kat kl ngan aku, ngan bapak dia elok je salam.

    Haish. Gagap2 tu pon fahrin tengah buat sekarang, normal erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaahh kadang dia xnak salam sebab dia tgh cranky
      takut aku tingglkan dia
      dia x berapa kenal org tu.. mesti dia pikir 'apsal nak kena salam org ni? sape dia ni?'
      nanti berubah kot.. insyaAllah

      Delete