Ini kisah kejadian 2 minggu lepas. Jemputan majlis hari jadi pertama untuk 2015. Permulaan yang meriah. Happy-happy dapat jumpa kawan-kawan. Eisya jumpa kawan dia, ibu pun dapat jumpa kawan. Dan lagi best sebab abah dapat join sama. Tak payahlah kita pergi bertiga je. Walau ibu macam 'no hal lah..' Konon yakin boleh handle korang sendiri, tapi bila abah ada sama .. rasa syukur sangat. Boleh ibu makan dan borak dengan kawan dengan hati yang tenang.. (:
Janji dengan mak-mak budak yang lain lepas Zohor nak terus gerak. Aku beriya siapkan Eisya dengan Elma. Tak mahu sampai lambat. Tak nak terlepas acara potong kek. Sebab tu yang paling meriah. Seronok bagi Eisya kumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan dia, diri keliling kek..berebut nak pegang pisau kek, macam kek tu masing-masing yang punya.
mak budak yang super excited
kawan-kawan. ni pun sama kategori dengan aku. majlis anak-anak, tapi mak yang sengih terlebih.
meriah. bukan main gembira masing-masing. biaslah, kalau nampak kamera semua excited terlebih mak-mak budak ni. |
sedap sangat kek ni. rainbow kek...sedap sangat sampai aku makan 2 slices tanpa rasa bersalah
the happening moment.. seronok budak-budak
time ni lagi seronok, semua berebut nak cabut patung atas kek. lepas ni sape buat birthday party, sila pastikan patung atas kek cukup untuk semua kawan-kawan ye..hehehe
Seronok tengok derang... Besar dah masing-masing. Dulu semua kecik comel loteh je. Sekarang semua dah jadik abang ngan kakak. Gembira tengok anak happy macam ni. Susulan dari birthday Alia ni, makin berkobar-kobar aku nak buat kan birthday party untuk Eisya. Gembirakan dia dan kawan-kawan. Insya Allah..
aktiviti wajib sebelum pulang. gambar dengan kawan-kawan mesti ada. kau tengok, mak-mak bukan main menyengih. anak-anak muka blur je memasing.
Thanks Ann jemput kami sekeluarga. Sedap laksa johor kau. Aku makan 2 mangkuk. Rasa nak minta tapau tapi malu. Minta resepi je lah. Tapi tu lah.. takut tak jadi. So aku order je lah ye nanti. Desert pun sedap. Isskk, senang cakap kenyang lah aku tengahari tu. Thanks again. Nanti birthday Deeja, jemput lagi eh..
bukan mak budak je sengih, ekwan pun sengih tu haaa
ReplyDeleteKahkah kemain ekwan haaaa..
ReplyDeleteBtw thanks sbb sudi dtg juga ye yu,
ruginya aku xdpt join besday party ni huhuuu
ReplyDeletebaik nyer cha pakai tudung..
ReplyDelete