05 January 2015

Angry Bird Activity Park

*banyak entry menanti ni. rajin dengan tidak je. tapi ni aku macam rajin je ni. so aku mulakan dengan aktiviti masa cuti Krismas minggu lepas.

Cuti Krismas 2 minggu lepas kita orang balik JB. Lama tak balik. Ayah pun tak sehat. Baru keluar hospital lepas operation buang batu karang. Nak balik awal lagi takde kesempatan. Manfaatkan lah cuti berantai Krismas tu. Amik cuti hari Jumaat, dapat balik 4 hari. Dapat duduk lama sikit kat kampung. Bagi opah beramas, bergumpal lama sikit dengan cucu-cucu manja kededek tu. Yang cucu pun macam saje mengada terlebih. Tau lah sesekali jumpa kan.

Sebelum balik JB, beberapa kali cakap dan berjanji dengan Eisya nak bawak dia pergi 'Rumah Angry Bird' Budak tu pun punyalah tak menyabar. Asyiklah tanya 'bila kita nak balik umah opah ibu, chacha nak pergi umah angry bird' Yang lagi kelakar, dia sambung lagi 'Chacha tak boleh tahan dah ni' Hahaha, over statement kau nak. Sebab dah berjanji, kenalah tunaikan. Lagi-lagi buat janji dengan budak dah besar macam Eisya tu, memang dia tuntut lah selagi tak dapat. Takpelah, demi mengembirakan anak-anak.

Tapi pergi time hujung minggu, cuti sekolah, pastu cuti umum pulak tu. Siap sedia je lah. Memang ramai sungguh lah umat manusia kat dalam tu. Dan untuk makluman juga, ada 3 sesi kemasukan bagi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Maksudnya, kalau datang time weekdays, duduklah dalam tu dari 10am sampai 10 malam. Tapi kalau datang time cuti, tiket hanya valid untuk 3 jam sahaja. Nak untung sikit, masuk sesi ke-3, dapat 4 jam. Harga sama. Aku macam hangin gak, siap kenalah sembur skit budak kat kaunter tu. Nasib Eisya dah beriya, beli lah jugak tiket.


Harga Tiket Angry Bird Activity Park
aku amik yang Family Pass of 4 persons, sebab mak aku ada sama. 

budak tu dah tak menyabar. 

Tips No.1: Kalau datang weekend, pastikan datang pada masa masuk setiap sesi iaitu pukul 10am, 2pm atau 6pm. Kalau tak, korang kena tunggu sesi sebelum tu tamat, baru boleh masuk. Macam aku, dah tak pasal-pasal kena melilau dalam JBCC tu sementara tunggu pukul 6pm, sebab aku sampai pukul 4pm. Dengan nak menenangkan Eisya yang dah meronta-ronta nak lari masuk dalam park tu. Peergghh, hilang sabar kejap ahkak kau..

Tips No.2: Bawak stokin siap-siap. Standard lah mana-mana indoor playland kan mewajibkan pemakaian stokin sepanjang masa.

mak, anak ngan opah sama teruja. 

Balik-balik dari Angry Bird ni, ramai gak yang bertanya ' Berbaloi tak? Best tak?' Jawapan aku: Bolehlah. Nak gembirakan anak-anak. Sesuailah dengan harga tu. Kalau ikutkan, RM60 seorang tu memang lah mahal. Tapi kalau compare dengan indoor playland yang lain pun, weekend rate pun ada yang sampai RM38 per kid. Facilities pun biasa-biasa je. Angry Bird Park ni best lah. Ada theme kan, attraction dia pun banyak. Facilities banyak. Eisya sampai tak tahu nak main apa masa mula-mula masuk. Punyalah gelojoh. Berlari sana-sini, semua dia cuba. Kitaorang sampai tak terkejar, sudahnya..lantak kau lah. Nasib dia jenis kalau masuk playland pandai bawak diri, tak peduli dah kat ibu abah. 


Bird Nest Climbing Track

Space Drop Air Bag. Ni sangat best. 

video
Tak sangka Eisya berani nak lompat. Tapi bila ajak lompat lagi sekali, dia tak nak dah. Takut lah tu, tapi statement tak menahan 'one je dah lah ibu, mana boleh banyak-banyak' Eleh, jawab je lah takut.. 

seronok tengok Eisya bergayut pastu jatuh mengekek atas span tu. pastu lari laju-laju kat runaway merah tu, terjun. rasa nak cuba tapi sebab pegang Elma kan, tengok anak je lah

seronok Elma melambung-lambung

benda wajib ada kat playland. eisya kata dia buat rumah angry bird.

duduk dalam ni je mau dekat sejam kot tengok movie. pastu terus aku ajak balik. 

semua dah kepenatan tunggu Eisya tapi dia macam tak habis-habis tenaga walau dah 3 jam kat dalam ni. Sudahnya mak, aku ngan Elma naik ke waiting lounge. Mak ngan Elma siap tidur lagi.

bye-bye angry bird. nanti kita jumpa lagi eh -eisya kata. 
ibu kata - sekali cukup. hahaha

Asal merasa Eisya, dan ibu dah tunaikan janji. Takde lagi lepas ni asyik lah 'bila nak gi rumah angry bird ibu?' Lagipun tempat gini pergi banyak-banyak kali keseronokan dia tak sama macam seronok kali pertama. Kita gi tempat lain pulak ye. Kumpul duit dari sekarang.

2 comments:

  1. wah cam best gak ni..tapi ank baru umur 3 tahun sorg 1 tahun kang tak byk lak yang diorg lei main..tapi masukkan lah list ..plan nak ke JB hujung tahun ni..awal plan holiday 2015..hehe..

    rini.borhan

    ReplyDelete
  2. dayu, kat dlm tu bnyk facilities kan..baby room, toilet semua ada lar yerr?
    kalau alynn pergi kena bwk bj spare abg danish sure berpeluh sakan haha..
    seronoknyerrr..

    ReplyDelete