07 January 2015

Dating dengan Girlfrens

Lama tak melepak dengan kawan-kawan. Jarang dapat bersosial dengan girlfriends. Bila sesekali ada peluang, memang meronta-ronta nak join. Nak jumpa, nak borak-borak.. Makan-makan.. Yelah, kita orang perempuan ni bukan selalu dapat keluar rumah suka-suka, hiburkan hati. Sesekali nak jugak keluar dengan kawan tanpa anak dan suami kan. Memahami keperluan dan keinginan hati masing-masing, kami merancang satu lunchdate di IKEA. IKEA jadik pilihan sebab masing-masing macam teringin nak makan meatball IKEA tu. Yang nak menyopping..pastu IKEA tu berdekatan dengan The Curve, IKANO semua, langkah mudah dipanjangkan. Banyak lokasi boleh diterjah.

Aku nyaris-nyaris tak dapat join. Tapi sebab tak mahu nanti jeles tengok kawan-kawan seronok berdating. Aku usaha semampu boleh nak ke IKEA masa lunch break hari Jumaat tu. Dan akhirnya, aku berjaya jugak laga-laga pipi dengan kawan-kawan berkualiti yang dirindui. Dekat je rupanya IKEA dengan opis aku. Boleh terjah selalu lepas ni.
sampai-sampai je lapar. tengok barisan punyalah panjang nak beli makanan. nasib baik atas meja memang melambak makanan. bahagia perut akak

komited sungguh akak bab makan. sudu memang sentiasa kat tangan dan mulut. tapi borak tetap borak


mamarazi sungguh kawan-kawan akak. 

setelah kenyang makan segala makanan yang ada atas meja. thanks kawan-kawan taja makan tengahari akak. marilah kita bergambar beramai-ramai. kan memasing sawan kamera. pantang.. lagi-lagi ada orang tu baru dapat iPhone 6 kan.. 

shopping sakan memasing

memang pantang nampak kamera. memang akak toleh. akak akan pastikan muka akak ada dalam setiap gambar.

gambar ni 'comel' tapi bukan aku lah. budak 2 orang tu. mementang badan kecik, seronoklah dapat diri atas trolley member tolong tolakkan.

group photo. tetiba laki si Reen, Farid tu muncul. terus kitaorang ada official photographer. selamba bergambar ramai-ramai kat depan tangga nak naik ke IKEA tu. 

kat depan pintu masuk The Curve pun jadik. memang suka bergambar sungguh mak-mak orang ni.

Mr. DIY pun kami terjah. Konon lepas tu nak gi DAISO pulak. Tapi dah semua terlepek macam ni. Cancel je lah. Kita tunggu next session.

Tak puas sebenarnya. Ikut hati nak je join Nurul, Reen, Mid, Yun ngan Farah lepak minum-minum. Tapi apakan daya, aku kena masuk opis semula. Memang kena amik cutilah lain kali kalau nak dating ngan kawan-kawan ni. Baru puas. Sesekali jumpa kan, confirm banyak nak dijoyahkan. 

*anyway, lama dah kejadian ni. pertengahan Disember yang lalu. biasalah akak, takde kesempatan nak buat catatan. bila ada masa ni, akak korek lah citer-citer lama buat bahan. 

5 comments:

  1. ye la ahkak la yg paling semangat sekali sopim senyap2 je menyambar barang hihihi sampai rak pinggan pun borong hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak jarang dapat peluang shopping offline..bagilah akak merasa
      lagipun shopping ngan kekawan..aura semangat dia lain macam skit

      Delete
  2. gambar aku terkangkang penat tu buruk dengan muka gelojoh tengah makan. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. bila masa pulak ktorang lepak minum2 lepas tu? mentekedarah lg ada lah wakakaka. makan makan makan day

    ReplyDelete