30 January 2015

Riadah di Kelab Komuniti Cyberjaya

Ni adalah kisah yang berlaku 3 minggu lepas. Lama akak peram kisah ni. Nak update macam ketidakcukupan masa. Gambar pulak terperam dalam DSLR, makin berganda lah faktor kelewatan akak submit entry ni ke blog. Tapi hari ni akak macam rajin dan masa macam terluang dengan banyaknya. Maka hari ni lah baru boleh tulis pasal aktivti kami anak beranak di kolam renang Kelab Komuniti Cyberjaya ni. 

Memang dah lama tak bawak Eisya beraktivti mandi manda. Bila offer dia nak pergi playground ke nak gi mandi kolam. Pantas je dia jawab 'mandi kolam!!' Nampak sangat dah rindu nak berendam dalam kolam. Tu yang terus terfikir nak bawak dia ke kolam kat Kelab Komuniti Cyberjaya ni. Aku tahu kat situ ada kolam pun sebab sebelum tu aku tengok Elly bawak Isya mandi-manda kat sana. Terus ajak Ekwan.

Kitaorang sampai agak lewat, dalam pukul 10 lebih.. Dah agak panas lah. Tapi Eisya peduli apa kan.. 

happy bukan main. sengih beriya.

gembira sungguh main kejar-kejar dengan abah dalam kolam.

mengekek dia kena lambung dengan abah. cuak lah tu.

Sementara kakak dengan abah bergembira berendam. Aku ngan Elma duduk je lah tepi kolam jadik photographer. Elma belum merasa lagi mandi kat open pool macam ni. Baju renang pun takde lagi. Ibu tak sempat nak selongkar baju renang lama kakak. Ke nak beli baru dik?? Hehehe.. Lagipun hari tu macam panas kan, tak sesuai pulak nak bagi dia mandi sama.

kita dok tepi kolam, posing comel-comel je lah Elma.

dengan abah pun kena ada, nanti abah merajuk kata asyik gambar ibu je. gambar dia dengan EEs takde.

ngantuk ke dik?? ke boring tggu kakak berendam. nak join sama ke? sabar ye. next visit. jom kita beli baju renang baru dulu. sebab ibu macam tak tahu je mana ibu simpan baju renang kakak awak

ini memang over. tapi kerusi tepi kolam ni memang favorite eisya. tiap kali lepas mandi mesti dia duduk fefeeling macam ni. suka hati kamu lah Eisya

hai adik ni, ibu suruh posing sebelah kakak. yang sibuk nak amik kasut kakak tu kenapa?? nak gak ke? okay, next week ibu belikan selipar frozen gak kat pasar tani.

Banyak kemudahan lain kat Kelab Komuniti ni. Kalau aku duduk Cyberjaya atau kawasan berdekatan, aku rasa setiap weekend lepas breakfast aku akan melepak kat sini. Boleh pergi gym, ekwan masuk gym aku jaga budak kat playground. Pastu aku lak masuk gym, dia jaga budak. Court squash ada, bilik nak main ping pong pun ada. Go-cart pun ada, murah pulak tu. Ekwan dengan tak menyabar dah carik member nak ber'go-cart. Tapi sebab umah jauh dari Cyberjaya, datang mandi kolam je lah.

okay, jom balik. next time kalau abah free kita datang lagi. 

6 comments:

  1. kagum aku ngan ko laki bini rajin merayap smpai ke cyberjaya nun

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaahhh yun bukan jauh pun, bayar je tol
      sesekali bawak anak..

      Delete
    2. yun..jom bawak mya n is mandi..mesti dorg happy

      Delete
  2. Replies
    1. tu kes tersalah potong tu lylie..redho je lah budak tu
      nasib dia tak pandai komplen lagi

      Delete