23 January 2015

Gigi pertama Elma

Elma dah tumbuh gigi!!!

Sama macam Eisya. Dapat gigi pertama masa umur 9 bulan. Milestone Eisya ngan Ela ni lebih kurang je. 8 bulan duduk, pastu merangkak. Tumbuh gigi pun sama, masa 9 bulan. Tahniah Elma. Lepas ni kalau geram kat kakak, bolehlah test gigi pulak. Hahaha, sebelum ni asyik kena tarik rambut je kakak tu.

Dan merasalah demam buat kali ke-2. Aku memang syukur sangat. Elma memang jarang demam walaupun duduk kat taska. Kalau dibanding dengan Eisya dulu, setiap bulan kot demam Eisya tu. Cuti aku memang habis jaga dia demam je. Actually aku tak perasan pun gigi dia dah tumbuh 2 batang kat depan tu. Bila dia demam, terus terfikir nak tumbuh gigi kot. Ingatkan demam sebab beralih bulan, nak dapat akal baru. Demam sebab baru je pandai merangkak. Tapi bila belek-belek mulut dia..dah tersembul 2 btg rupanya. Besar dah anak ibu!!! Tapi Elma tak sunat lagi ni.. huhuhu..

budak umur 9 bulan. sian dia demam nak tumbuh gigi. bukan senang nak jadik budak besar tau Elma.

Tak sampai hati nak hantar dia ke taska bila tahu dia tak berapa sehat. Mesti nanti asyik merengek, nak attention, nak layanan sepenuh masa. Aku terus sms bos minta EL. Dapatlah hadap Elma sepanjang hari. Siang hari badan tak panas. Selera makan pun macam biasa je. Aku bagi je lah makan ubat demam pukul 4pm. Tapi tengah-tengah malam, panas semula sebab lambat makan ubat. Pukul 2am baru makan ubat. Nasib Elma jenis senang makan ubat. Lepas makan ubat baru lena sikit dia tidur.

test gigi. bukan main beriya dia gigit sudu tu. 

konon demam tapi tak duduk diam. keje memapah sana sini. asal ada tempat dia boleh berpaut untuk berdiri, dia bedal je. bakul baju pun dia paut nak berdiri, pastu bakul tu bergerak dah jatuh terduduk. nasib tak menangis, kalau tak memang ibu gelak dulu baru bagi bantuan.

1 comment:

  1. dah besar elma ni,muka dh mcm muka ko je dayu..hihih.

    ReplyDelete