09 June 2015

Mengelilingi Pulau Pangkor

Last aku gi Pulau Pangkor masa Eisya umur 2 tahun. Lama sangat dah tu. Walaupun Pangkor ni dekat je sebenarnya, sesuai sangat kalau setakat nak weekend getaways.. Jarang bebenor sampai ke sana. Kalau ajak gi Pulau Pangkor, mesti macam 'Hmm.. Baik gi PD.. Tak jauh' Huhuhu.. PD boleh snorkelling ke?? Macam dipandang enteng je Pangkor ni. Kalau sebut pulau, mesti terbayang Redang ke, Perhentian ke.. Tak pun, Mabul.. Tak tercapai lagi cita-cita aku nak ke pulau-pulau ni. Hajat nak pergi tahun ni macam kena tunda sebab macam banyak pulak perjalanan tak terduga. Kita carry forward next year lah, tunggu Elma besar sikit.

And last time visit Pulau Pangkor tak berkesempatan nak berjalan keliling pulau. Asyik berendam dalam air laut je. Masa worktrip last 3 week, masing-masing amik kesempatan melawat sebentar ke Pulau Pangkor sambil memborong ikan bilis. Kami ke pulau dari jeti Marina Island. Harga tiket sama macam kalau naik dari Jeti Lumut, RM10 pergi dan balik. Tapi masa perjalanan sangat pendek, tak sampai 10min pun. Cepat sungguh. Tak sempat nak lelap mata, dah sampai. Kalau naik dari Jeti Lumut, 30min jugak. Sampai pulau kami sewa 2 van. Sempat lah melawat Kubu Kota Belanda dan Fu King Long Temple tu. Kawasan kat Dutch Fort tu dah lawa. Dia tanam rumput dengan batu bercorak. Memang sesuai lah nak posing sakan kat situ.

posing di mana-mana kan kegemaran akak. 



Ada member nak layan dan teman bergambar, sakan lah akak baju oren tu.


Di Fu King Long Temple. Serius.. Sesungguhnya akak baru tahu kewujudan temple ni kat Pulau Pangkor. Lawa tempat ni. Kalau rajin bolehlah mendaki sampai ke atas tu. Akak sampai pukul 2pm, tengah panas terik, memang tidaklah. Akak naik sampai atas ni sementara orang lain sedap minum air kelapa kat bawah pun dah rasa takjub kat diri sendiri

Balik dari melilau sekitar Pulau, kami singgah ke kedai memborong ikan bilis. Tapi akak beli sikit je sebab stik bilis Labuan akak masih menimbun kat dalam peti ais.

Petang dalam pukul 4.30pm baru meninggalkan pulau. Macam tak sedar diri yang nak meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, selamba je tolak lewat kan. Singgah makan kat Pekan Lumut dulu. Nasiblah bukan aku bawak kereta kan, sekadar jadik tukang baca GPS. Dah lah hujan lebat, memang tidaklah aku tidur. Aku pun bukannya jenis yang masuk kereta je lelap. Mengantuk pun susah nak tertidur. Nampak gaya memang kena lah jugak tunaikan keinginan sendiri, tahun depan memang kena dapatkan island trip. Tak kira.. Kena realisasikan trip ke Perhentian dengan kawan-kawan next year.. 

3 comments:

  1. bestnyer...setakat ni hanya pulau langkawi jer pernah jejak tu pun 9 tahun yg dulu...kesian kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok fidah.. bleh start plan vacay untuk hujung tahun ni
      meh start with pangkor

      Delete
    2. tu la.ingat hujung tahun nak p Kundasang..dah plan cantik punya...alih2..dugaan besar menimpa kat sana...so terpaksa tukar tempat pulak...insyaAllah...ada rezeki jumpa pangkor hujung tahun ni..hehehe

      Delete