25 January 2013

Annah Rais Cafe

Makan malam berasaskan sayur. Tiada ayam, daging dan juga segala seafood. Makan sayur je. Nasib baik ada telur. Laki aku dah runsing. Dia mana leh makan takde lauk, tak kenyang dia kata. Dah lah sebelum ni makan kat Sibu pun tak memenuhi piawaian dia. Tapi memang orang Sarawak makan tak bubuh garam sangat ke hah? Orang kedai tu goreng ayam lumur kunyit je. Adalah disediakan pencicah. Laki aku lak jenis tak makan cicah-cicah ni, lagi-lagi rupa macam sambal belacan.

Tu yang bila kata makanan kat cafe ni semua adalah vegetarian menu, laki aku dok kata 'balik ni masak maggie lah jawabnya

Bila dah cuba. Sedap je. Mungkin sebab sayur-sayur semua fresh.

menu dia pun unik

jangan tanya 'ayu nak makan apa??' order je pape, aku telan je.

sementara menunggu pesanan tiba. camwhore lah, apa lagi. seronok gak ada wide lense ni. ruang lingkup yang lebih luas dapat di capture.

makan!! sedap.

Lupa nak amik gambar makanan. Tapi sedap lah. Telur masak sweet sour, bendi masak kari. Bertambah lah jugak nasi. Dan kenyang hingga ke pagi. Anak aku je gedik, naik bilik minta maggie lagi. Masa orang makan nasi, dia makan buah je.

Sesekali 'Back to Basic, Back to Nature' ni seronok jugak.

Eh lupa nak buat pengiraan kos setakat ini:

- Makan tengahari di KFC, Serian : RM50 (sharing basis)
- Singgah shopping kat Petronas : RM20
- Makan malam di Annah Cafe : RM 50 (berkongsi rasa)

1 comment:

  1. semua sayur..oh no.... hehhehe

    bestnye tgk dayu gi jalan2

    ReplyDelete