Tahun ini genap suami aku berusia 31 tahun. Tapi aku dengan selambanya boleh wish kat FB dengan menambah setahun lagi umur dia menjadi 32 tahun. Hahaha.. Angau. Bukan apa, masa tu jetlag. Gedik. Jetlag kebendanya kalau setakat Sarawak - KL. Tapi letih weh, 5 hari berjalan sakan kat Sarawak, pastu sampai-sampai KL terus kena outstation 2 hari ke Seremban dan Port Dickson. Mahu tak lalok aku masa taip status kat FB tu. Tu yang sesuka hati men'tua kan suami sendiri. Minta ampun sayang.
Bila dia tanya 'mana hadiah birthday orang??' Selamba aku jawab 'takde.. habis dah duit gi Sarawak' Dan merasalah aku kena berdas-das dengan dia 'habis apanya duit awak, tiket duit orang.. belanja kat sana pun banyak guna duit orang.. tak kira, nak hadiah gak' Hahaha.. alah, ada je hadiah untuk dia sebenarnya. Lama dah aku beli. Saja simpan nak surprisekan dia. Aku dah pos ke opis dia tapi macam lama bebenor tak sampai-sampai, ke abang posmen tu saje nak sabotaj usaha aku nak beri kejutan kat suami sendiri ni?? Jangan.. susah okay aku nak dapatkan semua tu. Kalau sampai awal Februari tak sampai juga, kena buat semula lah jawabnya. Dah kena pikir cara lain lagi. Nyampah.
Dan supaya nanti bila tiba birthday aku dia buat selamba buat tak tahu, aku belanja lah dia makan. Ingat nak ke Kuala Selangor, tapi jauh sangat.
Steamboat je lah ye. Dapat juga aku ke Island Steamboat ni akhirnya. Call pukul 5 kata nak datang pukul 8, dapat pulak. Member aku sebelum tu punyalah frust call sehari awal pun takde tempat kosong. Rezeki nak meraikan orang sambut ulang tahun kot. Mungkin.
Tapi aku agak kecewa dengan Island Steamboat. Review kat blog-blog macam sangat best. Tapi aku rasa antara banyak-banyak steamboat yang aku pernah pergi, Island Steamboat lah yang paling tak best. Memang dia murah, RM21.90 je sorang. Tapi tak best. Seafood sikit, takde ketam. Udang pun kecik je. Daging-daging untuk grill pun tak marinated dengan sempurna. Macam takde rasa. Memanglah ada disediakan garam dan pepper untuk menambah rasa. Tapi patut marinated je lah siap-siap. Rebus-Rebus nyer marinated best, sedap.
suasana dah okay dah, tapi variety of foods tu yang kurang memuaskan.
Tiada dessert disediakan. Hanya aiskrim sebagai pencuci mulut, tu pun dicatu. Takde tong aiskrim kat luar untuk kau ceduk sesuka hati. Buah takde. Dah lah anak aku selalu kalau makan mesti dia minta buah, nasib ada aiskrim, bolehlah buat dia senyap. Bagi aku steamboat ni orang akan rasa puas kalau pilihan makanan adalah banyak. Memanglah tak baik membazir, tapi kepuasan. Dan selagi tak bayar melebihi RM30 untuk steamboat buffet, orang tak kisah kalau makanan adalah variety.
Secara keseluruhan, Flaming tetap yang terbaik.
tak best, tak best pun amik gambar tetap...
Tapi aku ada surprise untuk dia sebenarnya. Tunggu..
setuju... pernah pegi island bbq steambot ni mmg x best.. x padan dgn harga.. buffet camtu value dlm rm10.00 je kot sorang.. tp xpaham kenapa review kt blog2 org mengatakan restoran ni sgt best.. diorg x penah cuba kedai lain kot??
ReplyDeleteKAN..KAN.. rebus-rebus lagi sedap dan sgt berbaloi harga yg ditawarkan.
Delete