Permulaan yang cemerlang di tahun baru. Berjaya sampai ke pejabat seawal jam 7.20am. Kagum kat diri sendiri. Semoga aku akan terus berdisiplin begini. Senang je nak bangun awal pagi hari, tidurlah awal. Jangan ngada-ngada layan TV sampai 12 tengah malam. Pukul 11 paling maksima. Pukul 11 je pastikan dah bergolek atas katil.
Azam tahun baru?? Kalau aku kata aku takde azam boleh?? Macam takde matlamat hidup pulak kalau takde azam erk.. Tapi aku memang bukan jenis berazam sangat. Aku jarang letak target awal-awal, selalu target dan keinginan aku terhadap sesuatu datang secara tiba-tiba. Bila aku nak, time tu la baru aku set dan rancang strategi macamana nak dapat apa yang aku inginkan tu. Tapi kalau boleh tahun 2013 ni aku nak 'Save More, Spend Less' Tau erti kata lainnnya, kurangkan berbelanja. Dalam kata yang lebih ekstrem, aku akan pastikan aku kurang kan aktiviti shopping di atas talian. Memang macam sukar, tapi tak mustahil kan. Boleh punya.
Dan aku juga harap aku akan jadik seorang ibu yang lebih penyabar dalam membesarkan anak. Kena banyak belajar kaedah-kaedah yang betul nak bercakap dengan anak. Kena banyak membaca dan rajin bertanya kepada yang pakar. Eisya makin membesar, makin banyak cabaran. Nak masuk 3 tahun dah anak aku tahun ni.
2013 bermakna aku bakal memasuki fasa '3 series' *tua dah aku*
Tapi takpe, kan ada fakta yang berbunyi 'Wanita paling cantik dan sempurna pada umur 30 tahun'
Selamat Tahun Baru. Tahun depan bertambah usia. Tapi achik no hal, achik tetap feeling muda remaja.
Chewah.. marilah sama-sama yakin pada fakta di atas *senyum*
dayu, beli lah buku how to talk to kids so they will listen. bagus gak buku tu, dr segi psikologi die ajar camne nak cakap ngan anak.. and the best buku tu tak macam buku biasa kita baca je tapi die suh kita pektis apa kita bt
ReplyDeletesenyumm... betul tu perempuan 30an lebih menawan
ReplyDeleteDayu, kau tak macam umur 30 ok. kulit sangat cantik, sehat. Wajah berseri. Kalau ko tak cakap 30, aku memang bajet 25-26 je. Cantek sangat! :)
ReplyDeleteBodek melampau kau ni. Tapi tq lah ye bagi aku perasaan muda (;
Deletecantik makin berseri2
ReplyDeleteape yang pasti..Dayu makin gojes..
ReplyDeleteJue: ok..akan ku carik buku itu. mana kau beli? BBW ke? MPH ada tak rasa-rasa?
ReplyDeleteoiittt udah-udah la dok kata aku makin gojes. tak gojes mana kalau dibanding dgn wanita 30an yang lain. tapi alhamdullilah, hasil mengambil supplemen dgn konsisten, i now can have this healthy skin
selamat tahun baru dayu..ko makin cantikla..betulla, nak 3 series dah kan..
ReplyDeletebab anak tu mmg sama...selamat tahun baru dayu....
ReplyDeletecantik dayu.. share la rahsia keremajaan anda! hihih
ReplyDeletecantik cantik cantik.. :)
ReplyDeleteserious kau cantik bila pakai warna terang2 mcm ni
ReplyDelete:))
happy new year babe!
eleh, Dayu saje weh takmo pecah lobang rahsia kejelitaan dia :D
ReplyDeletemana ada rahsia apa pun geng
ReplyDeletemakan supplement, kulit jadik elok skit. pastu mekap tebal skit
amik gmbr pakai flash
cun dan gojes la kita semua (:
betul..
cuba lah