Tahun ni Eisya dah tak duduk dalam bilik taska (1-3 tahun) Awal tahun dah kena masuk bilik Playschool Junior. Alahaii, rasa macam kecik lagi anak aku dah kena masuk playschool. Tapi dah management taska begitu, aku sebagai parent akur je lah. Lagipun tak kan nak biarkan anak aku duduk sebilik dengan budak yang lebih kecik dari dia. Selain nanti dia akan jadik 'gangster' besar dalam bilik tu, keje membuli orang je. Aku risau jugak kalau tiba-tiba dia terpelat terlebih. Sekarang ni pun suka sangat cakap pelat-pelat, sedangkan sebelum ni elok je dah sebut elok-elok.
Baiklah berpindah bilik. Lagipun mostly kawan-kawan sebilik yang lama semua pun pindah sama. Cikgu je, dapat cikgu baru. Dan merasalah sekejap aku baju asyik tertukar, cikgu belum kenal baju-baju anak baru.
2 minggu lepas, Eisya terima 6 buah buku ni. Semua dah termasuk dalam pendaftaran tahunan. Yuran pendaftaran yang masih belum aku jelaskan sebab aku berhasrat nak pindahkan dia ke taska di bawah opis aku sekarang. Lebih dekat dan lebih mudah. Dan owner taska ini sangat baik hati dengan benarkan aku tangguh pembayaran, hanya bayar yuran bulanan je sehingga Eisya berpindah. Tapi mungkin dia lupa agaknya aku tak bayar lagi pendaftaran dan Eisya turut terima buku-buku ni.
Serba salah aku nak tulis nama Eisya kat buku ni. Tapi dah cikgu dia asyik tanya 'kak, mana buku Cha?' Aku pun terus amik marker, tulis nama besar-besar.
dah ada buku sekolah anak aku.
Tiba-tiba rasa berat hati nak pindahkan Eisya ke tempat lain. Dia dah serasi dengan taska sekarang, dah ada kawan-kawan. Cikgu pun ok. Yuran okay. Yang tak okay, jauh dari tempat keje aku. Ekwan perlu berhenti banyak tempat sebelum ke tempat keje dia. Hantar aku, kemudia hantar Eisya dan baru dia boleh ke opis dia. Dan kalau terlewat, dia yang akan jadik paling lewat. Memang masih berdekatan, tapi bila kena stop banyak tempat, leceh jugak.
Bila salah seorang dari kami tak kerja, outstation atau kena balik lambat memang leceh. Leceh tapi masih boleh ditangani. Ikut aku, aku nak je kekalkan Eisya di Taska Temanku ni. Sebab aku malas dan tak kuasa nak hadap fasa awal perpindahan dia nanti. Lagipun, semuanya baik-baik je kat current nursery. Tapi Ekwan mesti kalau boleh nak Eisya duduk kat nursery dekat dengan aku.
Minggu depan aku bayarlah yuran tahunan. Dah lah nursery kat bawah ni masih dalam proses sebutharga, entah bila nak dapat new owner. Sampai bila nak tunggu.
Dah lama tak amik Eisya petang-petang kat school, sekarang Ekwan yang selalu amik dia. Maka kuranglah peluang aku nak tengok dan periksa segala aktiviti harian dia. Bilik Playschool Junior pun tak sempat nak tengok lagi. Cikgu baru pun tak kenal yang mana satu. Nak harapkan Ekwan, haruslah dia tak serajin aku nak tanya itu-ini kat cikgu-cikgu ni.
Kenalah bersusah payah sikit gayanya.
Kenalah bersusah payah sikit gayanya.
whoa cha dpt buku sekolah..
ReplyDeletebuku² ni cikgu simpan ke bwk balik umh eh?
ni x dpt lg merasa pegang buku² muaz, semua ticer simpan...huhu..
Buku ni tnggal kat school.
ReplyDeletetp selalu seminggu skali cikgu bagi bawak balik