Kelulusan akademik bukan segalanya. Diploma dan degree hanya sekeping kertas. Memang sangat berharga dan tinggi nilainya, tapi bukan penentu kejayaan seseorang sepenuhnya. Sebagai jaminan iye, tapi belum pasti. Maka kalau takde, jangan mudah rendah diri. Jangan rasa terpinggir walau dikalangan mereka yang ada. Sebab tanpa semua tu pun boleh berjaya jugak. Lagipun peluang sentiasa ada untuk memiliki juga diploma dan ijazah tu.
Dan bagi yang berpelajaran tinggi tu, yang ada kertas sehelai bernama diploma dan ijazah janganlah nak riak meninggi diri. Tak bagi. Itu kelebihan yang Allah bagi kat dunia ni, dengan izin Dia juga kita mampu berjaya tamatkan pengajian dan akhirnya dapat peluang yang lebih baik dengan ijazah yang kita miliki. Tak perlu nak menyombong, membangga diri umpama diri tu dah terlalu sempurna semata-mata berpelajaran tinggi kononnya. Belajar tinggi-tinggi tapi kalau tak berbudi pekerti orang keji juga.
Jangan kerana kita 'pandai' lebih sikit, senang je nak mengambil ke atas orang lain. Jangan, tak baik. Jagalah komunikasi kita, setiap apa yang keluar dari mulut kita tu adakalanya boleh menguris hati orang yang mendengar. Mungkin kita tak bermaksud, pun orang boleh salah tafsir. Inikan pulak kalau memang kita berkasar. Jangan sampai orang membenci kita, jangan biarkan kelebihan yang kita miliki memakan diri akhirnya.
Buat kawan-kawan yang dulu tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, percayalah peluang itu sentiasa ada. Tinggal mahu dan tidak sahaja. Paling penting jangan rasa rendah diri. Jangan benarkan orang perkecilkan dan tindas anda. Sebab ramai orang sekeliling aku yang mampu berjaya walaupun tak berpelajaran tinggi. Paling terdekat, suami aku. Dia ada diploma je, tapi sekarang gaji dia lagi banyak dari aku yang ada ijazah ni. Dia juga mampu pegang jawatan lebih tinggi tanpa sekeping ijazah. Kalau memang kita layak, skills yang kita ada meyakinkan, tak mustahil.
Maka, jangan rendah diri ye. Kita tetap sama, yang membezakan kita cuma sekeping kertas. Dan silalah rebut segala peluang yang ada untuk memajukan diri, lagi-lagi yang ada degree tu. Jangan rasa selesa sangat. Sebab sekarang ni, semua berebut-rebut nak tonjolkan.
benar..tak semstinya hanya ada spm kita xleh berjaya takleh punya rumah besar..semuanya mungkin..yg penting berusaha..;)
ReplyDeleteaku setuju!
ReplyDeleteyang belajar tinggi pun ada gak yang tak berjaya. its all effort and rezeki masing-masing..=)
ReplyDelete