21 January 2013

Review: Borneo Highland Resort, Kuching Sarawak

Setiba di Sibu, malah sebelum tiba lagi akak biras aku dah maklumkan nak bawak kami ke tempat ni. Diaorang sekeluarga dah pergi time cuti sekolah hari tu. Kira ni repeat vacation lah untuk diaorang sambil bawak kami yang datang dari jauh ni berjalan. Tengok gambar-gambar yang Kak Fatin posted memang cantik tempat ni.

Dan bila dah sampai sendiri, iye. Tempat ni sangat tenang. Dah lah sejuk, ya Allah, nikmat sungguh ciptaan Ilahi. Perjalanan sejauh 450km, duduk 6 jam dalam kereta adalah sangat berbaloi. Tapi kalau dari Kuching dekat je rasanya, lebih kurang sejam je.

Kami ke Borneo Highland Resort, Kuching Sarawak. Nak sampai ke atas ni terpaksa melalui jalan macam nak ke Genting Highland, tapi jalan dia tak secantik dan lebar macam ke Genting. Dan lagi berselekoh. Sampai muntah-muntah Eisya dibuatnya. Tapi sejuk je sepanjang nak sampai ke atas tu. Memang 'Back To Nature, Back To Basic' Dan yang lagi menarik, makanan kat sini adalah berasaskan sayur sahaja. Tiada ayam, daging dan juga seafood. Tapi jangan risau sebab sedap. Mungkin sebab segala bahan adalah segar, tu yang makan bendi masak kari pun sedap.

kesian Eisya, pening kepala jalan selekoh tajam je. siap dah tadah plastik dah. tapi akhirnya atas seluar ibu jugak dia muntah.

Tempat ni abang ipar aku jumpa masa dia berlegar-legar di atas awan. Tengah-tengah hutan, tiba-tiba ada resort. Dan dia google, dan merasa sendiri. Sebab berkenan dengan tempat ni, dibawanya kami ke sini sekali lagi. Dan  kami juga sangat suka. 

Bagi aku tempat ni sangat best, dan harga adalah sangat affordable. Boleh lah dikatakan murah, untuk Bilik Deluxe (one king size bed) hanya RM170++ semalam. Duduk hotel tengah bandar tanpa pelbagai kemudahan pun belum tentu dapat harga ni. Bilik pun sangat best, view sangat menenangkan. Bestlah. Sape yang duduk kat Kuching patut pergi. Kalau nak honeymoon tempat ni memang sangat sesuai. Sebab tempat ni sangat tenang, sunyi je. Rasa macam kat private resort pun iye.

Indah kan, masuk-masuk je bilik dihidangkan dengan pemandangan secantik ini. Tenang sungguh rasa. 
Dah lah sejuk. 

di laluan masuk menuju ke reception area

eisya dan abah pun nak jugak gambar depan ni

Kat mana tempat ni? Aku pun tak berapa pasti, yang aku tahu kalau nak ke sini, cariklah Jalan Puncak Borneo dalam GPS tu. Takpun carik je Borneo Highland Resort. Sampailah korang ke sini. Tapi GPS yang Proton bagi sekali dengan Exora tak berjaya jumpa tempat ni, selamba je kata 'The place is isolated' GPS smartphone gak yang jumpa. Dan yang lagi aku pasti dia kat Padawan. Padawan tu kat Kuching lah kan. Sila betulkan fakta aku kalau aku salah.

Jumpa signboard ni, teruskan perjalanan ke hadapan lagi, sikit je lagi. dalam 200m  *klik gambar untuk maklumat lebih jelas*

bergambar berlatar belakangkan pos kawalan imigresen sempadan Padawan

*bilik dia aku review next entry lah eh.. jangan risau, aku tak amik masa yang lama. aku macam tak suka nak kumpul semua dalam satu entry. selain boleh menambah bilangan entry, takde lah korang penat hadap satu entry berjela-jela. 

3 comments:

  1. Patutnya masa kat Kuching aku nak pergi Borneo Highland Resort ni beb. Sebab dalam banyak2 aku gugel pasal percutian kuching ni aku jumpa satu blog lelaki tak silap aku dia pergi tempat ni aku teruja tengok gambar dia terus aku rasa nak pergi.

    aku dah jumpa signboard tempat ni masa ku ke Jong crocodile di serian tak silap aku. tp kami di jong crocodile lama berjam sebab teruja tgk buaya besau2 dah petang baru keluar dari situ. kononnya nak singgah semenggoh wildlife punterpaksa pospone esok paginya.

    tp esok paginya bila sampai semenggoh pun dah tghari nak ke borneo highland resort aku tgk lagi puluh2 km kot terus cancell ke sana sebab flight blk KL aku malam tp terpasSA check out hotel pukul 2. kesilapan kat situ patutnya aku terus je check out hotel pagi2 terus gerak kesana.

    lagi2 nak tgk gambar lagi

    ReplyDelete
  2. syoknye korang!!! kitorg pon plan nk tour2 de malaysia la tahun ni... mintak2 laaaa murah rezeki & sihat tubuh badan... jeles tgk blogger jenjalan bawak anak... (padahal anak tk tau mende pon... omak dgn apak je yg lebih)

    ReplyDelete
  3. Sangat tenang dan mendamaikan udara serta pemandangan di Puncak Borneo. Menghidangkan panorama yang hijau dan mendamaikan minda. Memakan masa hampir sejam memandu dari airport atau Bandar Raya Kuching.Pelawat boleh ke Rumah Panjang Annah Rais dan Hot Spring yang terletak tidak jauh dari pintu masuk ke Borneo Heights.

    ReplyDelete