17 January 2013

Mengukus dengan Pemanggang Ajaib

Walaupun namanya Pemanggang Ajaib, dia bukan sekadar boleh memanggang. Tetapi boleh juga mengoreng, malah mampu juga mengukus. Ia, mengukus. Kini dengan hanya satu alat, anda boleh lakukan segalanya. Urusan dapur anda menjadi mudah dan sangat efisen.

Amboi ayat aku. Mengalahkan orang yang jual benda alah ni.

Tapi ini adalah kebenaran, pemanggang ajaib memang mampu mengukus. Aku dah cuba malam semalam. Elok je masak siakap aku. Lepas ni tak payah aku nak susah-susah keluarkan periuk kukus. Seronok sungguh. Lagi best sebab aku tak perlu nak potong ikan tu. Sedang- sedang elok je seekor siakap dalam tu. Tapi yang medium saiz lah.

Mula-mula aku terfikir camne nak mengukus dalam ni. Try gak google, dan akhirnya aku gunapakai kaedah sendiri. Letak ikan dalam pemanggang, isi air sebanyak mana yang dikehendaki (aku letak 1 cawan setengah) dan taburkan segala rencah yang dikehendaki. Biarkan selama lebih kurang 15min. Bila bau dah semerbal serumah, gi lah tinjau jap. Kalau dah masak, apa lagi kasik hidang lah.

sangat mudah. humban segala-galanya dalam pemanggang ajaib. isi air. tutup. dengan menggunakan api paling kecil, biarkan dalam 15 minit

dan inilah hasilnya. sangat sempurna ikan ini masak secara dikukus.

Aku masih curiga sebenarnya macamana nak menumis dgn pemanggang ni. Siapa yang dah pernah menumis dengan pemanggang ajaib, tolong tunjuk ajar. Kalau bleh menumis, boleh aku simpan kuali kecik kat dapur tu.

25 comments:

  1. Oh boleh kukus sekali eh? Belum ada pemanggang ni lagi, boleh beli nampaknya..

    ReplyDelete
  2. Pernah tumis tp tetap kena guna minyak
    haha
    so far sejak aku ada pemanggang ajaib ni mmg aku jarang masak lauk yg menggunakan minyak
    so healthy disitu :P

    ok weekend ni siakap stim!
    thanks bg idea
    :)

    ReplyDelete
  3. buh minyak sikit (klu x buh minyak x nama tumis)
    tumis cam biasa dgn api kecik..
    sbb pan cpt panas..api besa nt cpt lak kering/hangus..
    GUNA sudip tahan panas/non stick...
    klu tak calar dan rosakkan permukaan pan..
    :)


    ReplyDelete
    Replies
    1. akan ku cuba masak kailan ikan masin malam ini menggunakan pemanggang ajaib ini

      Delete
  4. haa.. ni yg membuatkan nak beli juga benda ni. hehe.. org kata kat lgkawi dpt murah.bulan 2 nnti blh la grab 1 :-)

    ReplyDelete
  5. mmg senang beb.. aku skang seme campak dalam ni, ari2 grill aje..

    ReplyDelete
  6. jadi lapar nampak ikan tu...ngappp

    (elly)

    ReplyDelete
  7. dh beli..tp adiahkn kt mak kt kg..senang guna mak ckp..best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, ingat nak belikan juga sebijik untuk mak
      mak kita pun bekerja.. mesti sgt membantu

      Delete
  8. kat rumah ade siakap....yeay! boleh try...tq dayu jerana selalu memberi inspirsi utk aku dalam ab memasak ni...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sumber inspirasi kau?? kita sama2 membantu di kala buntu tak tau nak masak apa. sumber aku selalu Puan Nano kita lah (:

      Delete
  9. Kiter pun dh try guna untuk stim ni...memng sangt mudah n cepat....

    ReplyDelete
  10. kite selalu kukus pakai ni
    sonang hidup kan
    cepat plak tu dia masak

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap...tp belom beli lagi nii...

    ReplyDelete
  12. Xperlu terbalik2 kan ke ikan tu, Dayu? Mmmmm... Menarik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah terbalik-balik, pun sempurna masak ikan ni
      try lah beb beli sebiik

      Delete
  13. semorang dok cerita pasal pemanggang ajaib ni skrg..teringin lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi dina, order sebijik segera
      really helping

      Delete
  14. Boleh je tumis. Tapi takyah lama sangat. Aku slalu guna olive oil sket je. Goreng ikan pun rileks je pakai magic pan nih. Healthy!

    ReplyDelete
  15. Memang best magic pan tu. Sy dah try buat kuih pandan bakar.magicccc

    ReplyDelete
  16. Pasni nak try kukus gak la. Sy dah try buat kuih bakar pandan. Memang mudah n sangat magic!

    ReplyDelete
  17. Ada sesiapa berminat? Harga x kan dpt di tempat lain. Jenama vantage dgn harga rm139 sahaja..blh contact 0136768484. . Ieza

    ReplyDelete