06 January 2013

Mari kita me'Lego

Masa birthday Eisya dulu dia dapat banyak hadiah, terima kasih sangat kepada yang memberi. Stok hadiah mainan yang dia terima tu membolehkan aku dan Ekwan tak payah belikan dia mainan selama setahun. Tu pun kalau aku catu sungguh mainan dia tu, sampai tahun depan tak beli mainan pun takpe. Tapi budak tu pandai, besar dah.. dia tahu stok mainan dia banyak tersorok atas almari. Satu mainan bertahan seminggu je, pastu dia suruh amik mainan baru. Malas nak tengok dia buat drama air mata, aku kuarkan lah sekotak demi sekotak.

Disebabkan lambakan mainan, Eisya macam tak reti nak appreciate mainan-mainan tu. Main kejap bosan, sudahnya bersepah sana sini. Dah la banyak mainan dengan parts yang banyak. Pening aku. Sudahnya, aku kutip humban dalam kotak mainan dia. Baru-baru ni dia kembur kotak mainan dia dan kutip lego-lego yang dah bercampur aduk. Pandai pulak dia cantum benda tu semua. Susun tinggi-tinggi, buat 'car' kononnya. Pastu dia main lego free Shell. Pandai pulak dia cantum part kecik-kecik tu.

Terus aku ajak Ekwan gi belikan dia set lego baru. Tak menyabar sungguh nak main. Dari dalam kete sibuk suruh bukak.


banyak sungguh parts dia. dah la kecik-kecik. 

kusyuk sungguh. bising dia tanya macam-macam 'abu, ni kat mana?? ni abu??' heboh. orang nak tolong tak bagi.

Seronok pulak aku layan dia main benda ni. Tadi pagi Ekwan yang tolong dia buat kete Shell tu. Aku tak join langsung. Ni bila layan dia cantum-cantum ni, naik seronok lak aku. Bukan tolong anak namanya tapi aku yang main. Hahaha..Nasib Eisya tak marah, sebab parts tu banyak kan.. dia main lah cantum-cantum ikut suka hati dia. Asal benda tu melekat, ada rupa sikit, dia suka dah. 

Eisya tidur, terus aku hadap benda ni. Kemaruk, mau dia bangun nanti tengok 'train' dia dah siap. Pastu dia ngamuk, kenalah ajak abah dia gi beli another set lagi. *gelak*

10 comments:

  1. rayyan pun suka main lego.. masalahnya aku rimas bila benda tu berterabur tapi aku baca parenting book, kita takleh marah sbb itu proses exploration die.. so aku tutup mata aje la...

    ReplyDelete
  2. bab bersepah memang terpaksa tutup mata je beb
    dia tidur baru lah leh kemas
    kalau tak buat penat je

    ReplyDelete
  3. Bila time bersepah, pastu kaki aku terpijak lego2 tu, perghhhhh rasa nak maki je. huuu *sabarrrr sabarrrr* my son is making memories *pujuk diri sendiri*

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila terpijak mainan dia, bukan takat lego je beb. segala benda rasa nak ngamuk. tapi sabar.. sabar.. aku jugak yg belikan semua tu

      Delete
  4. aku xpernah beli lego kt mika, mcm ksian plak, EH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi..gi lah beli sekotak
      tak yah brand 'lego' pun takpe

      Delete
  5. "Beli set lagi satu" sbb mak dia nak main ke nak bagi anak main? Kalau setakat bagi anak main, x boleh ke ceraikan balik lego yg da siap tu? Hahaha..

    ReplyDelete
  6. huiyooo byknya small part. org yg umahnya ada anak kecik yg suka kutip masok mulut mmg xleh bwk masok lego camni. jom la mya kita cari lego beso2 gabak hahaha

    ReplyDelete
  7. pening kepala main lego nie...sejam jer suka kejap lagi mula la meroyan tak menyabar nak siapkan..selalu konon beli utk haikal sudahnya mamanya yg over

    ReplyDelete