03 January 2013

Komen Anda Ku Reply Terus

Weeehooo!! Achik suka!! Achik suka!

Dah lama dah teringin nak buat sebenarnya tapi asyik tertangguh sebab ingatkan susah bebenor nak buatnya. Nak kena edit-edit HTML bagai. Tapi rupanya, simple. Bagus. Thank you blogger untuk aplikasi yang sangat user friendly dan simple ini. Klik sana, klik sini, siap. Tak payah nak jegil-jegil bijik mata carik code html bagai. Tick itu, select ini selesai.

Apa yang aku seronok kan sangat?? Ni hah:


Nampak tak?? Boleh tangkap tak apa yang aku cuba nak tayang kat gambar atas tu?? Boleh carik? Iskk, tak tahu ke apa yang aku ghairahkan sangat. Ke tahu dah? Iye, kini saya boleh reply terus komen anda. Baru lah rasa macam berkomunikasi terus dengan pembaca-pembaca blog saya ini. Mesti korang akan rasa lebih disayangikan kalau aku terus reply setiap apa yang korang komen kat entry aku. Kan.. kan.. 

Selama ni bukan aku tak baca komen korang.. giler apa tak baca. Sedangkan itu yang dinantikan *malu* Aku kan setting moderation kat komen tu, yang mana segala komen perlukan approval dari aku dulu baru akan dipublish. Bukan takut dan gentar akan komen-komen sinis dan menguris hati, tapi demi nak pastikan aku tak ketinggalan segala komen dan respon yang muncul. Lagi-lagi kat entry-entry lama. Dengan adanya notification ke email dulu, senanglah aku nak jejak segala komen dari kamu sekalian.

Lepas ni aku pasti akan lebih rajin reply komen. Percayalah. Alah, dulu pun rajin, cuma dulu aku suka reply in summary. 

*Ekwan lah ni komplen dia kata aku macam tak menghargai komen-komen orang terhadap entry aku, dia kata aku tak reti nak reply. jangan tak tahu, blog aku memang kena audit dengan dia sebulan sekali.


16 comments:

  1. nak buat jgak....dayu tlg aja boleh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, no hal. simple je. thanks to blogger (:

      Delete
  2. camne nk wat ni?? ajari aku (lenggok lagu anuar zain)

    ReplyDelete
  3. oo dah ada eh apps mcm ni. dulu sy duk terjegil baca kod. buat2 tak jadi. blh la study setting balik lps ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg senang dah, dulu mengagau segala benda nak kena edit html. skrg semua dah mudah kan

      Delete
  4. sama mcm kita punyer tmpt komen,terus reply..mana ntah ambik ari tu.hahah

    ReplyDelete
  5. sila ajar.. walau pun dah lama tak beraksi kat block tapi one day i be back!!

    ReplyDelete
  6. aku dh buat hr tu, bila tukar layout baru blog, trus hilang, ntah mane aku cmpak coding reply komen, coding button LIKE fb semua, nyampah.

    ReplyDelete
  7. ini yg aku nak buat dr dulu tp xbuat2...senang ek?zass mari kita godek

    ReplyDelete
  8. aku pun dah lama buat cara camni. Tapi kadang2 tak sempat nak reply. Sori....

    ReplyDelete
  9. macam mana nak buat macam ni ya??ajar boleh?:)
    btw,slm kenal..ni link blog saya..http://soulain.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. AKU NK BUAT JUGAK TP TAK BUAT2 SEBAB TAK THAU...KIHKIHKIH..NK GODEK MALAS

    ReplyDelete
  11. sy dah try mcm cara...tuka kod itu ini...pening...x jd gak..leh ajarkan tak???

    ReplyDelete