28 January 2013

Selamat Pagi Borneo

Adehhh.. bila nak habis entry Sarawak aku ni?? Aku pun dah rasa tak sabar nak tamatkan. Tapi nak buat macamana, aku kat sana 5 hari 5 malam. Haruslah entry pun menimbun. Aku buat entry ni pun ikut kronologi gambar. Buat pengetahuan semua *ke aku dah pernah bagitau* gambar semua berjumlah 1000++ keping. Nak pilih gambar je dah amik masa. Dan aku akan tetap gigih kan diri catitkan semuanya di sini. Biarpun melambak-lambak, biarpun macam 'oit Dayu, dah tak relevan lah citer kau' Aku tetap akan buat. Sebab tak nak jadik macam entry-entry vacation aku sebelum ni.

Maka, marilah sama-sama bertabah dengan aku ye. Tak pun nanti aku selangkan lah sebarang 2 entry tak berkaitan langsung pasal Sarawak. Sekarang, sila hadap yang ini dulu. Kalau tak sanggup, gi blog lain. Datang semula kemudian, tapi aku tak janji bila entry Sarawak aku akan sampai ke episod penamat.

Selamat Pagi Tanah Tinggi Borneo.

Bangun pagi, hirup angin segar. Sangat nyaman. Seronok hidup kat kawasan tanah tinggi ni. Sekejap pun jadiklah. Makan pun sayur je. Kalau dibiarkan aku lama sikit kat sini mesti usaha aku nak mengikis lemak kat badan ni mudah nak tercapai.

Breakfast adalah disediakan secara percuma dalam pakej penginapan. Bawak je lah kupon dan isi perut sebanyak mana yang mampu.

Selamat Pagi semua.

Vegetarian Breakfast. Sangat healthy. Tapi aku makan keow teow goreng dia 2 pinggan. Sedap weh walau xde udang, kerang mahu pun ayam.

Rasa macam VIP sebab takde orang lain kat cafe ni, kami sahaja. Memang seronok sungguh rasa percutian kali ni.

Selesai breakfast, kami terus berkemas dan bersiap untuk sesi photoshoot di sekitar resort ni. Abang ipar aku nak buat family photoshoot. Haruslah memanfaatkan pemandangan indah kat tanah tinggi Borneo ni. Dan sementara tunggu diaorang bersiap, aku brisk walk lah sekejap sekitar clubhouse ni.

Eisya yang tak pernah nak memberi kerjasama

Nyaman. 



No comments:

Post a Comment