Sesudah puas berendam, aktiviti masih diteruskan. Kami turun semula dan menuju ke padang golf di hadapan clubhouse. Asyik pandang dari tingkap bilik je, marilah menikmati udara segar itu. Dam marilah kita berjalan-jalan di padang golf. Ni pun jarang dapat ni. Padang golf bukan boleh suka-suka masuk amik gambar macam padang bola. Pulak tu kat kawasan yang super menghijau dengan udara segar macam ni, memang harus dinikmati.
Achik Yu dan anak-anak buah. besar dah korang, dulu besar-besar Eisya je.
berlatar belakangkan kediaman sementara *ekwan sengaja sabotaj amik gambar sisi gemuk aku*
tapi ada ke sisi kurus???
tapi ada ke sisi kurus???
kesian dia, gambar dia takde. meh sini orang tolong amik kan gambar. senyum...
di mana ada signboard, adalah wajib untuk kita singgah dan amik gambar.
Seronok budak-budak ni berlari kat kawasan ni. Lepas bebas tak payah pikir kereta ke apa. Jatuh pun takat kotor seluar je. Tak terkejar aku. Nasib Eisya tak perasan masa abang-abang sepupu lari tinggalkan kitaorang. Kalau tak mesti sibuk nak ikut, pastu paksa aku join sama. Ibu tak larat nak. Gi lah ikut MakTeh awak kejar Abang Long. Ibu dan PakTeh ikut slow-slow dari belakang eh.. Hahaha..giler tak fit aku. Jalan kat padang golf pun mengah.
yang tak fit tertinggal kat belakang
ini juga wajib print masuk album percutian
-tengok budak-budak tu, jauh dah berlari. Eisya tu pakal dah jauh kena tinggal, kalau tak jangan harap dapat dukung dia bergambar.
dalam usaha nak main kejar-kejar dengan anak sedara. kawasan ni sangat cantik tapi sebab dah hampir nak senja, pencahayaan adalah agak kurang memuaskan.
Setelah puas termengah-mengah, dan dah masuk maghrib, marilah pulang ke bilik. Perut pun dah lapar minta diisi. Dah lah Kak Fatin asyik cakap pasal menu berasaskan sayur dia. Tak sabar nak mencuba.
bestnyer sarawak...alynn belum sampai ke sarawak lagi..hopefully ada lar rezeki kami ke sarawak tak akhir tahun nie awal tahun depan ker..thanks 4 the info..
ReplyDelete