27 January 2009

Kad Undangan

Harus bijak memilih. Dan di bahagian ni lah rasanya paling boleh berjimat. Tak perlu rasanya menempah kad yang berkategori Eksklusif, Kad Ekonomi juga ada yang menarik. Dan harganya juga akan buat kita tersenyum *lagi2 dayu*
Dayu sangat lah tidak akan berhabis untuk kad kawin ni, sebab amat rasa tidak perlu.

Kad Kahwin/Kad Jemputan ini perlu ditempah dalam jumlah yg sgt banyak, sekurang-kurangnya 500pcs, dan tak mustahil ada yang perlu menempah sehingga 2000pcs kan *ye, ibu bapa adalah sgt excited nak kawin kan anak buat pertama kali, maka dia nak jemput smua org* So cuba bayangkan, kalau sekeping 70sen/80sen, 1000 keping dah bape?? RM 800..

Ohhh, itu adalah jumlah yg sgt byk ye. Dan RM 800 perlu dihabiskan hanya untuk kad undangan. Kad yang selalunya akan berakhir di dalam dashboard kete untuk berminggu-minggu lamanya sebelum dikemas buang, silap2 org buang je lepas abis majlis. Bape ramai yg akan simpan kad kawin yg derang dpt?? *ada ke??* Maka, tak perlu la mengundang dgn kad yang akan buat kamu mengigil tgn time membayar tu *lain la kalau mmg duit melambak-lambak kan* Banyak yang boleh buat dgn RM 800 tu..*buat beli mesin basuh lagi bagus*

Kad Ekonomi Dari Ixora, RM 0.20 je sekeping *patut warna cream, tp bile smpai sini jadik biru lak dia*

Produk terlaris Ixora, RM 0.20 sen.
iye, agak klasik design dia, tp murah ye. itu lagi penting

Dan tidak mustahil tau, untuk mendapatkan kad-kad yang menarik dengan harga tidak lebih dari RM 0.50 sekeping. Kedai-kedai kat Semua House, Medan Mara banyak yang boleh bagi that price. Yang penting, kena rajin mencari dan bertanya...

Ekonomi Kad dari LH Creative, not sure bout the price. Did email them..
Di sini Dayu ingin berpesan kepada mereka-mereka yang berniaga di alam maya, sila lah nyatakan harga di setiap barang yg kamu pamerkan, agak leceh lah nak bertanya melalui email/YM,bukan kah lebih mudah kalau letak terus harga kat situ *tak pun sila la letak kan virtual Sales Asst kat situ :) * Senang sikit nak window shopping...

Dan bagi mereka-mereka yang mempunyai kemudahan mesin pencetak yang agak canggih *mungkin boleh pinjam office punye, kamu beli toner/cartridge saja* adalah lebih baik kamu mem'print sendiri kad kamu tu. Mungkin cetakan luar tu boleh la tempah, tapi ayat2 kat dalam print sendiri.. *faham ke apa yg dimaksudkan ni??*



Value Buy Card dari Red Card. Kad ni kalau beli kosong RM 0.25 saja. Tapi kalau siap print *sedia untuk diguna pakai* RM 0.40 sekeping. Macam yang Si Aishah ni buat, for 1600pcs, it only cost her RM 430 as she print the card herself. Tak ke penjimtan tu namanya *banyak lak tu* Balik JB nanti boleh melawat kedai ni kat Bukit Indah. Tengok-tengok dulu kan...

-kerana entry ini, link untuk 'Jemputan Perkahwinan' telah bertambah. Semoga membantu untuk rujukan bersama-

Oohhhh, di sini juga ada promotion. Marilah membuat tempahan segera *terasa nak booking terus, kena bgtau En Ekwan ni* Kad dari eKadkahwin.com ini amat memenuhi citarasa, modern design with afforadble price.

*saya suka yg ni*
Hanya RM 0.35 sekeping untuk tempahan 1000pcs. RM 0.55 untuk 500 ke bawah. Harga yang amat berbalaoi untuk sekeping kad kahwin. Banyak gak design lain yang lawa-lawa. Harga pun tak melebihi RM 1, kalau masih di dalam peruntukan kamu, sila lah menjenguk website dia. Dan dapat free 2 bunting untuk tempahan 1000 keping kad kawin*ni yg makin suka ni*

Dan apa kata kamu cuba yang ini, mana tahu boleh buat bisnes nanti.

Ye..Bila bercakap pasal kad kawin ni, memang Maya Karin adalah menjadi idola. Patut dicontohi dia ni. Kad kawin dia sangat simple dan sangat menjimatkan. Kalau Maya Karin boleh guna kad gini, nape tidak kita kan?? Ohhh,mungkin ada yang kata 'dia Maya Karin, bagi kad camne pun org datang' Alah...org kalau tak nak dtg, bagi kad harga 4 ringgit sekeping pun tak dtg gak... kalau mmg dia nak dtg, kita bagi kad photostat pun tetap sampai.. Setuju??

kalau buat gini, modal cuma untuk kertas color, pastu photostat kat opis.
tak ke jimat tu?? fikir-fikir kan lah...

Merancang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam tahun 2009 mmg lah amat mencabar. Ekonomi tengah down ni, harga barang smua naik. Pakej2 kat bridal pun banyak dah naik harga. Semalam harga lain, hari ni dtg smula, dah naik 50%. It happen ok, luckily i booked mine earlier, and had paid the deposit.
Maka, jadilah bakal pengantin yang bijak, berbelanja la secara berhemah *huhu, tp bila tgh membeli tu,nafsu menganas susah nak kawal lah...benci* Berjimat lah selagi boleh. Kalau boleh DIY, buat lah sendiri. Lagi feel pe kalau smua kita buat sendiri.

-nasib baik tak reti mekap, kalau tak, ada mekap sendiri je kawen-

13 comments:

  1. mira simpan kad2 kawen kwn2... hehehehe

    ReplyDelete
  2. bila nak kawen? nak datang boleh ke?

    ReplyDelete
  3. dayu benarnye kad kawen ni kalao tempah lagi byk lagi jimat..sbb biasenye lagi byk order lagi turun harga kad skeping..kalao sampai 2000 keping..mmg ble ambik yg esklusif sbb die akn jd murah..mcm cemut tempah 5rat je...rugi.

    ReplyDelete
  4. nasib baik kad kawin kita bestfren sponsors. dah alang2 org sponsor.. langsung mintak yg mahal terus! hahah..

    ReplyDelete
  5. ~ kenapa amy tengok kad kahwin kat pertama complex tuh dlm rm1-rm2 sekeping? mahal la rupanya kat situ ekh?? ~

    ReplyDelete
  6. aisha adalah penyimpan kad kawen kawan2 tau dayu.... tapi sejak mau kawen... perlu kemas bilik sume, dah selamat dibuang....

    yep, baru sedar yang kad kawen sekadar menjemput orang hadir ke majlis kite... after majlis, semua orang akan buang....

    erk, kalo boleh make up sendiri... memang dah make up dah... :)

    ReplyDelete
  7. bozzo blom kawen so tak tau nak menilai harga kad...tapi klu bleh takyah la membazir buat kad memahal...

    ReplyDelete
  8. mira:
    you did?? bagus nye..dulu ada gak simpan tp lately ni dok dlm dashboard kete je..

    fararusdi:
    ada 4 bulan lagi mau kawen..nanti dtg la ye..boleh nyer...

    cemut:
    even amik byk2 pun dayu tak kan mampu nak amik yg eksklusif, lagipun akan tempah 1000pcs je..

    the journey:
    bestlah u ada member nak sponsor..takde kawan yg bersuara nak taja ni..yelah masing2 sibuk kumpul duit untuk majlis sendiri kan, maka duit sendiri lah kuar

    amy:
    kena pandai carik amy, ada yg murah gak..simple je lah. tapi dayu yak kesah,asal tak rasa senak perut nak membayar

    aishah:
    kad jadik perantara untuk kita mengundang. bagi dayu lah, tak perlu nak guna kad yg hebat2, simple2 sudah..asal kan tak membazir
    isskkk, rasa nak amik kelas belajar mekap la..

    bozzo:
    ye..jgn membazir, duit tu byk lagi nak guna untuk benda lain

    ReplyDelete
  9. dayu,

    klo kat kawen tu ada 500 kpg maknanya jemputan kamu 1000 org lah ekk?

    setahu saya lah..sekeping kad mewakili 2 org...

    heee..

    ReplyDelete
  10. hidden:
    kitaorg buat satu kad untuk 2 majlis..so 500pcs for me, and 500 untuk ekwan..
    tp mmg jangkaan jemputan adalah dlm 1000, lauk +gift smua prepare for 1000 pax *ikut kata mak ayah*

    ReplyDelete
  11. dulu aku tempah 800 je kad yang aku tempek kad blog aku tu, 500 anta ke sarawak selebihnya aku pakai untuk kawan kawan kami. ayah mertuaku tempah sendiri 3000 keping kad beharga 50 sen sekeping tapi nampak sangat cun.hehe...

    pilih jangan tak pilih....hehe

    ReplyDelete
  12. bebel:
    3000 mak pak elly tempah..
    fuyoooo!!! mesti jemputan ramai ni
    pak elly ketua kampung ke...
    aku ni tempah 1000 je kot
    aku 500, ekwan 500

    ReplyDelete