07 January 2009

Mari Kita Fikirkan Sejenak

-kami smua mmg penuh dgn pendapat yang bernas, dan sgt bermanfaat. sesungguhnya, smua pendapat kamu di previous entry amat membantu-
Maka, ingin sekali lagi pendangan kamu dikongsi bersama.

Kisahnya bermula begini, 2/3 hari lepas semasa membridal, telah membawa kepada pertemuan kepada rakan sekolah, semasa sekolah teknik dulu. Amat rapat, deskmate. Stationary dia lah yg selalu jadik mangsa. Dah masuk UiTM pun still rapat walau jarang bertemu. Family dia pun dah macam family sendiri.
Maka, selesai aktiviti membridal, singgah minum petang kat umah dia. Borak2 ngan mak dia smua, dan terkeluar lah cerita pasal one of our fren, maaf nama dia tak dapat didedahkan. Tapi pe kata kita namakan dia sebagai Mimi je *huhu, nape pilih nama ni?? sbb tgh tgk kucingku Mimi ni menjahanamkan sofa di kala menaip ni*

' Dayu, Mimi dah tunang. Baru je, minggu lepas' -my deary fren
' Ngan sape?? Bf lama dia tu la eh..sape nama dia??' -dayu
' a'ah lah. Miki *hahahah,nama kucing gak diguna pakai* tu. Mimi jenis loyal lah Dayu, kau pun kenal dia camne kan' -deary fren

And suddenly akak dia menyampuk.

' tak agak2 dia Dayu, hantaran sampai 15k'

Terkejut sebentar mendengarnya. Yelah. setahunya Miki tu bukannya anak org kaya pun. Anak orang Felda je pun. Dah la baru grade, baru keje. Mana dia nak carik duit banyak gitu.

' apa lah agaknya mak bapak Mimi tu pikir, kalau tak nak, jangan la sampai beban kan budak tu gitu rupa' - mak my fren lak nyampuk.

Huhu...mesti lepas majlis tunang tu, abis satu kampung bercerita kan. Ni lah perangai org kita kan. Dulu pun lepas abis majlis, dah start org tanya kat mak 'bape hantaran anak ko??' Sibuk2 tengok cincin tunang smua.. Alahai, nothing to be proud lah aunty..

Back to the topic, Benarkah tujuan Mimi's parent mengenakan hantaran yang sebegitu rupa sebab derang tak berkenan ngan pilihan si anak. Nak reject terang-terangan, nanti si anak merajuk. Teruk implikasinya. So, kita buat cara lembut. Letak hantaran tinggi2, pastu Ikat Mati setahun. Tak boleh nak extend2, kalau extend kira putus. Sesak nafas lah si laki nak sediakan duit hantaran. Tu belum pebelanjaan yang lain. Sedangkan nak buat majlis sederhana tapi meriah pun dah makan 20-30k, ni hantaran baru bape...

Dan si Miki ni pasti akan berusaha kan memenuhkan permintaan pihak pompuan. Kata dah bercinta bertahun2, tak kan nak surrender gitu je. Kena simpan 1k sebulan ohhhh, tolak kete, tolak duit sewa umah, makan minum sebulan, minyak kete, monthly expenses, bape je tinggal. Peruntukan untuk entertainment lagi kan...*mati lah wehhh* Orang yang tak dikenakan hantaran sebegitu tinggi pun semput2 nak menyimpan.

Penyelesaian nye??

Cari penaja. Penaja?? Ye, Penaja. Sape yang baik hat sgt nak taja perkahwinan kamu weh?? Kamu bukan nye Mawi, bukan juga Maya Karin.. Sape yang sudi nak menaja?? Sape kata takde.. Bank Rakyat kan ada. Iklan personal loan di mana2. Sila lah kunjungi cawangan berhampiran anda. Kalau memang layak, in a week selesai segala urusan.
Seboleh-bolehnya, cuba la elak kan. Kalau nak meminjam pun, sikit sudah. Buat back-up. Ramai yang kata 'kalau boleh jangan berhutang nak kawen ni' Tapi rasanya ramai yang dah terlibat kan.

Dan jika tidak meminjam dgn bank pun, paling tidak terpaksa meminjam dari mak ayah, abang kakak semua. Loan ni takde interest smua, bayar lambat pun tak pe. Tapi hutang tetap hutang ye, tak kira la, adik beradik ke, apa ke.. Dah namanya duit, anak ngan mak ayah pun boleh gaduh kan.

Dan camne perkahwinan tu kelak?? Mungkin nanti kalau berlaku sebarang perselisihan/pertengkaran, mesti sgt mudah perkara2 ni berbangkit dan diungkit. Ohhh, sangat menguji tau..

Maka, bijak kah tindakan mak ayah yang meletakkan hantaran tinggi2, kalau mmg belah laki mampu takpe kan. Dan tindakan meminjam/berhutang juga bukan penyelesaian terbaik, tapi kalau dah terpaksa, kena lah tanggung bersama kan..

-semua ni sekadar terfikir-

18 comments:

  1. ya allah!!
    15K!!!!

    dia tu erra fazira ke?
    ziana zain ke??

    dah la ikat mati!!
    laki tu mesti ikat perut abeh2 nk carik 15K!!!
    kejamnya!!!
    waaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. yonna: mmg dia bukan erra fazira, juga bukan ziana zain..tapi mmg dia lawan+cantik..sebab tu agaknya mak pak dia letak mahal2...

    adha: link exchange?? jom

    ReplyDelete
  3. uits topik dayu kali nie..best gak..

    ada sorang kat kg elly tu kan..(alamak..kira ngumpat ke nie)..ada makcik nie tak setuju anak dia nak kawen.lelaki yang nak kawen ngan anak dia tu keje biasa2 je..so mak dia ni agak branded la gak walaupun tak de la kaya mana.so dia kenakan RM7000 hantaran.kira tinggi la gak bagi lelaki yg kerja sederhana.pastu ikat mati setahun cam dayu cite tu.ermm last2 tau tak ape lelaki tu wat.si pompuan n lelaki tu terlanjur...bila dah pregnant..dah lahirkan anak lelaki..at last baru wat majlis...sama jugak kan...huh mintak dijauhkan la...

    elly yang dah pernah kawen ni slalu cakap kat kawan2 lelaki n adik2 sepupu..kumpul duit bagi cukup dulu baru leh kawen.banyak pakai duitttt wooooooooooo..

    ReplyDelete
  4. em..sian dak laki tu kan..nmpknya kena pinjam kt bank la kan..dulu pun mr hubby ku (eh dah naik taraf jd hubby dah,..heheh) pun nak pinjam kt bank gak..tp alhamdulillah kami masih berusaha simpan duit sendiri..ade rezeki nak kahwin kot..=)

    ReplyDelete
  5. kompem dong laki tu akn wat loan...
    smpai branak pinak utang x setel..

    owh...
    kita pompan..bakal juga jd ibu..
    jdkan ia sbg pengajaran..

    kehidupan slps kahwen lg penting..lg byk gunakan duiiiitttttttttttt...

    ReplyDelete
  6. humm susah jd lelaki ni,
    berat sungguh t/jawab klu nk amek ank org,
    huhu
    ape pun, kalau dah jodoh xkemana..
    terpulang pd lelaki tu nk cmne nk handle..

    ReplyDelete
  7. ~ sian la plak kat laki tuh. kalau dia berduit, 15k tuh doesn't matter la kan. nih kalau dia sendiri pun baru nak mulakan hidup. bukan senang nak dpt rm15k dlm masa setahun. ~

    ReplyDelete
  8. why duit hantaran always be an issue?

    errhhggg... ikutla kemampuan sendiri.. nak show off pun satu hari tue je.. pastu ada lagi?

    ReplyDelete
  9. mcm2 citer nak kawen ni..
    doa moga majlis kita sme oke2.

    ReplyDelete
  10. "zaman dah berubah, dunia makin maju"

    kah kah kah..

    emm susah nak cakap, duit hantaran tu bukan lah pekara yg wajib, sekadar wang sagu hati dari iak lelaki je ...

    "berbelanja lah mengikut kemanpuan"

    bakal mentua pun jng la tamak sangat.. tak pasal pasal jadi andaratu' kang

    ReplyDelete
  11. lima belas hibu hinggit tewwww.. ammvoiii

    ReplyDelete
  12. elly: hmmm, menarik kisah yang elly share ni. teruk akibatnya kan, tu pun mak pak mcm tak sedar lagi. tinggi sgt ego nye...smua kena jadik pengajaran..jgn sampai silap langkah

    maria: i dan fiance pun akan berusaha seboleh2nya takmo meminjam..selagi boleh takmo mengunjungi bank rakyat

    violet: tak tahu lah apa tujuan the parent kan..tp mmg agak melampau lah

    ayue: ye, nanti kita dh jadik mak pak, jgn lah cerewet sgt kan.jgn menyusahkan majlis yg sebenarnya mat mudah kan

    nano: betul. mungkin perlu perbincangan smua ngan parent ppompuan. kena telus, kalau boleh kurang bagus, klau tak pun, extend tempoh tunang tu

    ReplyDelete
  13. amy: mostly kita ni smua baru nak mulakan idup kan, baru keje..mak pak tu cuba lah pikir skit kan..lain la calon mwnantu tu baru nak kumpul harta..entah la kan

    amie: setuju sgt. hantaran bukan perkara wajib kan. tp skrg ni benda tu yang lebih diutamakan..sedangkan kalau takde pun masih sah jadik suami isteri...

    cemut:alhamdullilah mak pak kita paham. ikut sekadar kemampuan pihak lelaki..

    kak elly: org sekarang ni nak show off lebih..biar la papa lepas majlis asal nampak bergaya..nmpak hebat..majlis kita yg paling gah..betul lah kak..zaman dh berubah kan...

    en me: ye 15k..anda tidak silap 15k

    ReplyDelete
  14. dayu, rasanya ini soal takmo kalah atau nak nampak up kot...... lagipon, sepatotnya yang pompuan leh pujuk family dia sendiri dan bincang awal2..... part paling penting, yang lelaki pon boleh say yes and no... jangan jadik pak turut aje..... benda macam ni, akan mengakibatkan kesan yang berpanjangan sampai hari tua.... ungkit mengungkit sume..... kalo dak lelaki tu buat benda yang jalan salah untuk dapatkan duit, kan lagi susah....

    moral of the story : bersederhana lebih penting... :)

    ReplyDelete
  15. macam citer customer bapak i jer citer nih...

    dia tak suke lelaki tu, letak hantaran sampai RM12K..

    haikk...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete