14 August 2009

kalau.. kalau..

Don't ever let me quit from my current job. Sebab kalau dibiarkan dayu duduk di rumah dari pagi sampai petang, harus dia akan balun tido je. Suami kuar gi keje, mesti dia sambung tido. Tapi setakat ni jarang lah, mesti buat keje skit, pastu dalam kul 10/11 baru tertido.. tu pun atas karpet depan tv sebab macam bosan layan tv.

Yang bahaya kalau dayu duduk umah sorang2 ianya dia akan sentiasa ada akses internet. Selagi laki dia tak kuarkan notis arahan menamatkan perkhidmatan maxis broadband tu. Yelah, kalau bini dah tak keje, kena lah menjalankan percatuan hidup kan. Kena jalankan gaya hidup sederhana. No broandband.. silap2 astro pun kena potong... *harus aku tak kan berhenti keje* Ok..ok.. kalau lah kan, kalau dah tak keje, duduk rumah, jadik full time housewife yang masih memiliki kemudahan internet 24jam sehari, mesti nanti dia akan keje meng'google je. Pastu favorite website dia mesti website masak2, lubuk2 resipi free.. yang penuh dengan gambar masakan yang meliurkan. Pastu mesti dia akan nak cuba nyer.. dah cuba, mesti kena makan kan.. dan mesti nanti dia membesar dengan gemilang. Laki dia takpe lah, makan banyak pun maintain slim je...

Maka, sila jangan kasik dayu jadik fulltime housewife ye en suami...*kecuali kamu bersedia tgk bini kamu berubah bentuk*

Ni semua gara-gara asyik meng'google resipi lah ni. Rasa nak mencuba tu membuak-buak..tu yang terpikir mcm2 tu. Nasib baik kat umah ni, kalau nak masak..serai takde, daun kunyit, daun pandan takde..tergendala lah jap. Kalau kat kg, smua bersepah kat keliling umah. Nak masak pape, segera je mula operasi. Ohhh, en ekwan sudah tanam kan serai, tapi bila dia nak alihkan ke tanah tak tahulah. Balik nanti nak amik daun kesum lak lah..biar nanti bila tiba2 teringin nak masak asam pedas, tak lah tertangguh hajat tu.

*takde resipi biskut raya yg simple ke mahu kasik share??

4 comments:

  1. hahhahaha betullah dayu...saya full time housewife....yang suami provide broadband..kerjanya..google resepi je..then try...berat pun dah statik tak turun-turun pun...hahhahhaha

    ReplyDelete
  2. dayu,

    heheheh... btulla.. dapat bayangkan.. kalo jd full time h'wife m'ti cikin pon akan membesar bagaikan juara.. hohohoho..;P

    ReplyDelete
  3. huhu takyah jadi housewife la..asal MC satu ari pon half of d day ngadap tenet je kejenya haha..tu yg bersungguh2 nak minum usana ni so dat mende tu seiring sejalan ahaks

    ReplyDelete
  4. tu lah, asal duduk kat umah
    macam takde keje lain je nak buat, sedangkan banyak je keje menanti
    aktiviti berinternet mmg sgt mengoda
    sgt tertarik
    tak boleh nak tinggal..
    kalau nak stop,kena sorok itu laptop..
    bahaya siot

    ReplyDelete