18 January 2010

mommy dah tak sabar nak jumpa awak

Bila bercakap tentang jantina anak, semua ada idaman sendiri kan. Lagi2 anak 1st. Ada nak anak laki as 1st child. Ada yang nak baby girl. Tapi jawapan standard semua 1st time parent 'tak kesah, laki ke pompuan ke.. asal sehat sempurna sudah' Anak 1st memang tak kesah lagi kan. Masuk anak ke 2, ke 3 kalau tak dpt yang diidamkan, boleh jadik gaduh gak laki bini. Bercerai berai pun tak mustahil kan.

Dan skrg soalan yang kerap ditanya 'laki ke pompuan anak ko ni??' Dan aku masih je tersenyum, berahsia konon. Sape dah tau tu diam-diam ehh.. Sama ngan org lain, aku juga akan bagi jawapan standard kat atas tu. Apa pun jantina dia, dia tetap benih cinta kami suami isteri. Penyambung zuriat. Bak kata kawan-kawan daddy dia 'Nates Jr' Si kecik yang akan ditimang sepenuh jiwa, tak kira dia laki ke pompuan.

Ohhh, mommy tak sabar nak gomol kamu!!!

Dapat anak laki jadik anak sulung. Ramai yang mahukan anak laki kan. Ye, bila besar, si abang boleh jadik boodyguard. Jaga adik-adik jgn sampai kena buli kat sekolah. Bila dah besar nanti, dia boleh amik alih tugas ayah jadik ketua keluarga. Boleh jadik driver mommy. Kalau sinki tersumbat ke, oven mommy buat perangai ke, boleh awak tolong tengok-tengok kan. Anak laki, even dah kawin, dah ada keluarga sendiri. Mak ayah tetap tanggungjawab awak tau.. Tu yang mommy suka tu.

Anak perempuan... baju baby girl comel-comel oohhh!! Girl boleh pakai blue, boy mana bleh pakai pink. Hehehehe...

Nanti boleh tolong mommy kat dapur. Masak sedap2 bagi daddy makan. Biar dia lagi kembang. Baru seronok awak nak main panjat2. Nanti boleh mommy tocang rambut awak macam-macam gaya gi sekolah. Nanti raya , kita pakai baju sama corak ye. Kita pilih corak abstrak kaler purple eh.. tak pun pink, mesti nanti daddy geli-geleman nak sedondon ngan kita. Silap-silap sanggup dia takde baju melayu, :)
Bila awak dah besar, biar mommy jadik perunding imej awak. Kita gi shopping sama-sama. Pilih kasut sama-sama, lagi best kalau kita sama size. Boleh share.. handbag pun kita boleh share, mommy no hal... *huhu..mommy perasan muda remaja sama macam awak, mesti daddy geleng kepala*

masa ni dah 3 bulan awak dok dalam perut mommy. tgn tu terlambai-lambai, tak duduk diam. tutup2 muka.. alahaiii... teruja mommy tau

Siyes,mommy dah sgt tak sabar nak tengok awak!! Dah lah awak makin tak duduk diam kat dalam tu. Ok, mommy nak gi belek baju2 kecik awak tu, lepas tu lipat lagi, buat yang ke berapa kali pun mommy tak tau dah. Aritu mak teh ada bagi pinjam barut dan bedung untuk awak... nanti awak kiss mak teh ckp thank you ye..

21 comments:

  1. hehehe seronoknye...dah tak sabar eh...dayu bile due?

    ReplyDelete
  2. stp org ade sbb tersendiri nk anak yg 1st boy or girl. cam kite suke anak 1st girl sbb blh tlg kite kt dapor bile dh beso sket. pastu suke tgk kakak ppn jage adik2 dia. cam sgt protective & sgt blh di harap. so sweet :)

    ReplyDelete
  3. hehehe so sweet..wat elly pun jadi tak sabar nak jumpa si kecik yg makin notty dlm perut nie..hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe, so sweet la entry ni dayu :)
    perasaan yg sukar nak digambarkan kan? ;)

    ReplyDelete
  5. iye..sgt tak sabar nak dia keluar
    biar dia golek2 depan mata
    lagi puas hati..biar pun nanti tak boleh tido malam selena skrg

    tak sabar nak tggu bulan 4
    nak bersalin segera..biar pun dlm hati dah mengeletar.
    takut nak rasa sakit bersalin
    tp bila diingatkan si comel tu, lupa jadiknya..trus excited

    ReplyDelete
  6. zuris mmg nak girl
    sharil pula nak boy
    tu yg dia suka cakap "tiba2 kuar boy pula.."
    geram tol.eeeee...
    tp...actually,mana2 kuar pun mestilah kita terima & syg sepenuh hatikan.dah anak kita sendiri :)

    ReplyDelete
  7. slalu yang ibu mesti nak gurl..yang ayah die mesti nak boy....seperti biasa jawapan standard " xkesah asal anak sihat dan sempurna" bile due dayu??

    ReplyDelete
  8. ooh apakah gender baby dayu tu ye? dah wwat full detail scan 3D?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum dayu.

    sweetnya entri kamu hari ni.
    seriously brighten my day..

    ReplyDelete
  10. ni mmg keterujaan berada pd tahap tinggi dh ni..sabar ye dayu..insyaAllah impian akan terlaksana

    ReplyDelete
  11. setuju ngan dayu..dulu time pregnantkn danish alin x kisah boy or girl..

    tp nextime teringin nk baby gurl plak..tp husband slalu usik mana tau second baby pun boy?? (husband anak bongsu dr 6 beradik lelaki)

    ReplyDelete
  12. waa..terharu bc entri dayu..;-)bile lar sy akan dikurniakan anugerah yg 1 ini..dayu jaga diri bebaek yer..sy pun xsaba nk tgk wajah baby dayu tuh..ops!!terlebih sudah..

    ReplyDelete
  13. keterujaan mmg berada pd tahap tertinggi..tak sabar sgt
    maybe sebab mcm dah tak larat nak bawak badan sendiri..pastu sbb byk sgt tgk baby lately ni..

    hehehehe..gender si kecik dlm perut?? nanti ye..tiba masa dan saatnya..akan dimaklumkan jua..

    ReplyDelete
  14. hehehehehehe sukenyeee..kita pun tgh suspen ni nak tahu gender babies...

    ReplyDelete
  15. scan baby kat mana...erm...alia scan kat klinik kerajaan ..tak nampak ape2 pun he..he...nak gi scan 3d pak dia tak mau...biar lah rahsia katanya...oh tensionnya aku...

    ReplyDelete
  16. ohh mummy kamu lupa nak bagi tahu.. yg kamu ade ramai ibu ibu angkat.. kerana kami sentiasa melihat perkembangan kamu dan ibu kamu di sini ;)

    ReplyDelete
  17. Sangat suka entry ini. Daripada start sampai habis baca asyik senyum je manjang.

    *Coverline sikit senyum sebelum mak nampak nanti dia kata anak dia yang tengah dalam pantang ni dah sewel. Hehehe!*

    ReplyDelete
  18. scan selalu kat private sebab kat gomen kan sekali je
    lagipun doktor tu tak print gambar yg cun,entah pape je dia capture..
    doktor kat private mcm terror je adjust gmbar tu..

    jom..jom gi buat 4D scan..

    a'ah la..aunty2 smua kan smua sgt prihatin..nanti ramai2 jadik mak angkat baby ye

    ReplyDelete
  19. dayu, dah pilih nama baby blum? hehehe...part ni pun best jugak kan selain dari baju2 and all the prep? :P

    ReplyDelete
  20. nama baby?? nama dah ada..dah pilih dan konon2 dah tetap..tiada sebarang perubahan..tp daddy dia mcm suka2 je nak tukar2...
    dia kata 'alah, org yg gi daftar nama dia nanti'

    ReplyDelete
  21. baby makin nakal ye dlm perut mommy dayu ni..boleh terbayang dayu nak main tocang2 ngan baby..hehe

    ReplyDelete