13 February 2010

menanti suami pulang ke pangkuan

Menunggu kepulangan suami ke pangkuan adalah sangat membuat aku jadik tidak penyabar. Uiiiihh, terasa sgt lama lah hari gelap ni nak bertukar terang. Ada 12 jam lagi. 12 jam untuk menunggu. Hahhahaha.. iye, aku gedik. 12 jam dia punya kecoh mcm 12 hari je..

Maka, tidak mahu menanti dlm kebosanan yang akan buat aku lagi jadik tak tentu hala. Aku cuba datangkan mood rajin nak ke dapur. Sediakan sesuatu untuk suami. Menyambut kepulangan dia ke pangkuan isteri dia yang kememeh ni. Bila masuk dapur, rasa mcm sgt lama dah tak pegang kuali smua. Iye.. iye, 2,3 minggu ni saya mmg malas masak. Sebab rasa mcm dah tak larat. Rasa mcm nanti kalau bertungkus lumus di dapur untuk mengisi perut kami suami isteri, saya akan jadik sgt kepenatan. Terus hilang tenaga. Tiada lagi kudrat nak layan suami guling-guling atas sofa tgk tv. Terasa akan kehilangan masa yang sgt berkualiti. Maka, membeli saja lah. Cuba membantu menambah pendapatan mereka-mereka yang meniaga jual nasi kukus tepi jalan nak masuk simpang umah tu.

Dan malam ni saya berusaha menghasilkan Puding Karamel dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga untuk santapan suami esok hari. Sampai separa melecur jari kena wap panas periuk kukus tu. Tapi takpe, demi suami, apa lah sgt jari melecur. Tapi aku tetap mengada, trus sms ngadu kat dia. Tak harap pun dia reply, mahal beb, rm3/sms.. so kalau dia layan sms ngada gitu, aku akan rasa amat terharu punyalah.

Bagus gak kalau pilot tu merempit malam ni. Cepat skit laki aku sampai...

Cepat sikit aku boleh peluk cium dia. Siyes lah.. rasa mcm rindu giler kat dia. Walaupun hampir setiap malam ber'skype ngan dia. Dengar suara dia. Tengok muka dia. Tapi... itu semua tidak sama beb dengan dia depan mata. Berpisah walau sekejap ni, buat aku terasa betapa berharganya masa-masa bersama yang aku ada dengan dia. Iyelah, adakalanya kalau dah sepanjang masa depan mata kan, timbul gak rasa bosan tu. Rasa malas nak melayan. Tiba-tiba rasa, berjauhan kejap ni ada gak bagusnya.

Aku pun bleh blaja berdikari...

9 comments:

  1. amy pun x penah berjauhan dengan suami lama2...so x dapat bayangkan macam mana perasaannye..tapi kl hubby balik lambat aje pun dah kememeh...sedih n rindu...hahaha..biasa la..kita kan para isteri yang gedik.. =))

    xpe..gedik dengan suami itu perlu!!!

    ReplyDelete
  2. mesti tak sabar ni kan..bb lagi laa agaknye..

    moga selamat ye...

    ReplyDelete
  3. sabar eh dayu.. nnt jumpe peluk cium suami cukup2 ok.. hehe

    dayu bile due date?

    ReplyDelete
  4. kamu masih lagi rajin ke dapur menghasilkan menu luar biasa ya....chaiyok dayu!

    ReplyDelete
  5. kakak.senyap ja. dah balik eh uncit akak :p ehhe

    ReplyDelete
  6. betul..sy duk jauh ngan husband sampai 6 bulan kandungan..sy di miri.husband d klang..memang rasa sunyi but at the same time kita belajar berdikari sikit laa kan.hehehe

    ReplyDelete
  7. hehehehe..saya senyap bukan sebab dia dh balik semata-mata
    tp sebab berada di kg..malas nak ber'oline sgt. byk aktiviti keluarga nak didulukan.
    tp mmg gembira lah rasa hati
    pujaan hati dah kembali berada depan mata kan..tenang je rasa

    ReplyDelete