01 April 2010

mengendong E**** E*****

Ohhh.. membawa perut di hujung-hujung waktu ni, rasa mcm sgt tak sabar nak kosongkan isi perut. Dah tak larat nak bawak dia dalam perut, nak rasa dukung dia pulak. Ohhh, anak...segeralah keluar. Tak sabar dah ni. Dan sebelum perut ni kembali kempis. Harap-harap bukan setakat perut la kempis. Biarlah, segala benda yang dah mengembang ni pun kempis sama. Sangat berharap ni. Sebelum melahirkan E**** ni, saya rasa nak buat rumusan proses kemengandungan saya lah.

Buat ingatan untuk diri sendiri.

Jom kita mula.

Bila tahu diri dah berbadan dua??
Setelah 2 bulan lebih sah jadik suami isteri, dan bila orang keliling dah start tanya 'sudah ada ke belum?' Gi Watson beli prgenancy test dan check sendiri on 20.8.09.. Yes!!! Double line!! 26.8.09 gi klinik, doktor sahkan E**** dah 6 minggu. Ohhh, sangat teruja tgk scan image tu. Sedangkan dia sgt kecik, mcm kacang soya je aku tgk. 2 hari sebelum puasa masa tu. Seminggu pertama larat lah aku puasa, lepas2 tu.. oohhh..siap sedia nak mengganti.

di awal tempoh mengandung. muka masih belum mengembang.

Berat sebelum mengandung dan terkini?
Fakta ini sangat penting. Untuk dipantau diri sendiri. Biarpun tak lah ringan mana pun, tp banding dengan sekarang.. Akan rasa sangat syukur..
Berat 9 bulan lepas: 62 kg
Berat di kala menghitung hari: 78 kg
Hoyay!! Penambahan 16 kg yang sangat boleh dibanggakan lah. Hebat tak hebat la aku membesarkan badan. Kalau budak E**** ni 3 kg++ lebih pun, bape je kurang berat aku. Mengerah keringat la aku nak buang lemak-lemak di badan ni.

mak ayah berhari raya.
yay!! raya tahun ni boleh bawak E**** jalan kutip duit raya.

Teruk ke alahan masa mengandung?
Alhamdulilah.. tiada alahan langsung. Percaya tak kalau aku kata, sekali pun tak pernah muntah. Tak kira lah pagi ke malam ke.. Makan pun sentiasa selera. Semua benda aku boleh telan. Takde masalah bau pun. Cuma masa 1st trimester tu mmg sedikit lemah lah. Pening kepala mmg wajib. Dan aku mmg jadik perempun yg sgt pemalas nak menghias diri. Mmg selebet habis.

Bila discover jantina baby?
1st time masa E**** 4 bulan lebih dalam perut. Gi scan kat private. Doktor kata 70% girl. Pastu masa 5 bulan pun doktor kat klinik gomen tu kata dia pompuan. Maka, mak dia ni dengan terujanya terus menyediakan koleksi pink untuk dia. Walau bapak dia kata 'nanti kalau laki kang' tapi mak dia tak peduli. Sangat yakin dengan teknologi.. :)

Start rasa baby gerak??
Agak lambat. Dah nak masuk 5 bulan baru rasa tendangan dia. Sebelum tu rasa gak, tapi sangat slow. So tak kira. Kecik ke anak i?? Ye kot, kata pompuan, ikut lak gen bapak dia..harus la comel loteh.. heehehehe

4 bulan mengendong little E dalam perut. tapi perut mommy dia maintain kempis. hahaha, perasan. tapi siyes, kalau kata dah 4 bulan smua mcm 'keciknya perut'

Nanti nak bersalin kat mana??
As requested oleh suami saya, E**** akan menjadi warga Selangor. Walaupun hasrat sebenar dia nak anak dia jadi orang Pahang. Tapi susah la mahu realisasikan impian kamu tu. Nenek dia lak nak suruh dia jadik org Johor, biar sama ngan mak pak dia. Takpe lah, biar dia jadik org Selangor lah.
Maybe akan bertarung nyawa melahirkan si kecik E ni di Hospital Putrajaya, tapi kalau hospital tu macam kerek, reject tak nak terima aku, kena lah bapak dia merempit ke Serdang.

Bila dapat nama untuk di kecik dalam perut ni??
Agak lewat lah memilih nama dia. Ingat keje senang, tp leceh siot. Mcam-macam nama mak dia ni cadangkan, tapi bapak dia asyik tak setuju je. Last-last aku surrender, serah je tugas tu kat dia. Tapi sampai dah 7 bulan lebih, masih gak tak finalized nama dia. Mak dia guna kuasa veto. 1st name mak pilih, 2nd name bapak pilih. Kalau bapak tak pilih, maka nama dia akan sepatah je. E**** bt Mohd Ekwan. Tapi pada suatu pagi, hendak gi keje, bapak bersuara 'okay nama baby adalah E**** E***** Mohd Ekwan
Tapi jangan ko ingat masalah dah selesai. Dapat nama, kena pulak pikir camne nak eja nama dia. Perrghhh... mencabar sungguh nak jadik mak ayah ni kan.

8 bulan. bawak anak melihat lampu-lampu di malam hari

Dan kini sedang menunggu masa untuk melahirkan little E kesayangan kami ini. Sangat dah tak sabar nak dukung dia, nak pegang dia.. nak cium dia... Bukan tak nak lagi bawak dia dalam perut, tapi saya sudah rasa cukup. Nak pulak dukung dia..gomol2 dia. Argghh!!! Aku tak sabar dah ni!!
Ohhh... cepat lah!! Dah nak masuk 39 minggu pun awak duduk dalam perut ibu ni. Sempit dah dalam tu.. Tadi doktor kata berat awak dah 3.2 kg... huhuhu..membesar dengan sihat anak ibu.

Yang paling penting kini, kena berpantang dengan bersungguh-sungguh.. 15 kg to lose..bukan keje mudah itu..

14 comments:

  1. heheh..takpela dayu at least dah ada nama kan..saya dari aritu dok ckp L, L tp sampai skang tatau ape nama nak letak coz bpk dia tak bagi greenlite..

    kira bagus la 1st trimester tade pape coz org kata slalue ngandung anak pompuan ni kerenahnya lain mcm sket..kita pun carry gurl tp tu la sicknessnya dlm 3 minggu je pastu i'm fine..cuma malas tak hingat je la hik..

    dah 3.2kg eh dia..wah sure bam2 si E ni..kita punya perut laie kecik dari dayu so anak kita pun kecik la nanti hik

    ReplyDelete
  2. slmt melahirkan dayu..maria dlu pn bersalin waktu 39w..oh sgt rindu punya perut besar itu..hehe

    ReplyDelete
  3. xsabr dh kan wak, nk2 lg tgu ari.
    tpi bestla awak, xade pon munth2 semue.

    :)

    as doakan awak selamat k.

    ReplyDelete
  4. Sudah 39 minggu? Wah, tak sabar nak tengok gambar E****.

    Selamat untuk semuanya Dayu.

    ReplyDelete
  5. dayu dah tak lama lagi..tak sabar kan nak gomol si kecik..good luck to dayu..jgn lupa cerita pengalaman nnt.. :)

    ReplyDelete
  6. takpe dayu..
    u can do it..
    za dlu naik 20kg..now dpt mengurangkan 14kg dlm ms sebulan..hoho..

    ReplyDelete
  7. all da best dayu..dah bersalin nanti keep on updating if sempat. insya Allah, dida doakan dayu n baby e sehat selalu.

    ReplyDelete
  8. bukan mudah kan nak memilih nama anak, ni nasib baik 2 kepala je yang pikir. kalau tok nenek dia pun nak bagi idea.. entah bila dpt nama agaknya budak ni.

    ye..ye dia 3.2 kg dah..tolak air keyuban, darah ke apa smua.. harus 2.9kg++ lebih dia ni.. uiihh kata mak kuat makan kan.. harus la anak pun mungil..hahahaha

    takpe..takpe..nanti pantang sungguh2 baru bleh hilang berkilo-kilo dalam sebulan mcm zaza..

    terima kasih atas doa kalian smua. saya akan cuba update segera, sebaik je E tido, trus aku online, smpai dia merengek smula

    ReplyDelete
  9. bestnyer takda alahan apa-apa.kita asyik muntah & takda selera nk mkn je.badan pun lemah.anyway selamat menanti kehadiran "E"..mesti bestkan.saya pun tak sabo.hiihi lamabt lg pon.

    ReplyDelete
  10. slm
    puan dayu, insyallh moga semua dipermudahkan. =)

    little E eh? suprise sungguh.

    ReplyDelete
  11. tu lah, syukur sgt proses membesarkan si E masa peringkat awal dipermudahkan. harap2 2nd time annti pun akan semudah ni...

    mmg teruja nak menunggu kelahiran dia..sungguh!!

    ReplyDelete
  12. hoho. tajuk macam dah mengendong lil e da. teruja aunty..

    kak dayu, berat tu pon termasuk berat air ketuban kan.. nanti berpantang rajin2 ye.

    ReplyDelete
  13. dayu..nad punyelah bosan arini so godek balik entry dayu yang lame2 nih. terbace dayu kate takde alahan pun. hehe..nad kalau kire nih dah masuk 7 weeks tapi loye je kdg2. muntah memang sekali dua je. cume selera makan je kurenggg..mule2 ingat tak normal tak muntah2 pun sebab org lain time cenggini sume dah pengsan2 dah sebab muntah2. hehe. sedap sket ati ni..

    ReplyDelete