15 February 2012

Customer sentiasa betul.

Kenapa?? Kenapa orang melayu kalau meniaga selalu kelihatan macam tak sungguh-sungguh? Tak serius. Macam main-main. Hari ni bukak kedai, esok tutup. Esoknya tutup lagi. Pastu bukak semula. 2,3 hari kemudian tutup. Ikut suka je. Macam mana customer nak kekal. Tu baru pasal komitmen, belum lagi kualiti. Awal-awal macam sangat tip-top, lama kelamaan, sikit-sikit entah pape je servis.

Geram tau. Aku lapar-lapar, kepala dah terbayang-bayang dah putu piring panas-panas dalam mulut. Sekali boleh tak niaga. Kedai goreng pisang pun selalu buat perangai macam ni.

Cubalah dedikasi sikit, dah elok-elok ada cutomer, kang lari tak ke rugi.

Kepada yang niaga online, pun banyak ragamnya. Aku tahu ramai kawan-kawan aku yang ada blogshop. Bagus. Usaha menambah pendapatan. Sambil-sambil duduk kat opis kan, boleh sesangat layan customer. Aku pun suka klik sana, klik sini. Tapi aku tak suka kalau seller lambat respond. Kalau rasa takde masa sangat nak reply segala email/komen customer, silalah letak siap-siap segala maklumat yang diperlukan. Jangan susah-susahkan orang nak tanya-tanya. Kalau dia minat, harga dalam kemampuan, boleh terus order.

Hah..lagi 1.. Nak niaga jangan kerek-kerek sangat. Mentang-mentang dah popular, sale meletop-letop. Semua barang upload terus sold out. Siap orang request suruh restock. Mula lah ala-ala jual mahal. Orang nak order pun susah. Tak baik tau layan customer macam tu. Dulu masa nak naik, balas email sepanats sesaat. Sekarang, sehari pun belum tentu. Jangan lah macam tu. Kalau sales dah banyak, apa salahnya kalau amik orang keje tolong uruskan benda-benda macam ni. Barulah customer tak beralih arah. Bukannya ada 1 kedai je jual barang yang sama. Kat alam maya ni, berpuluh option boleh dapat tau *ni ayat frust tak dapat maxi skirt RnR ke achik??*

Pastu paling penting, tolong la jujur. Jangan cuba-cuba menipu, sangat tak baik. Lagipun sungguh merugikan. Janganlah tunjuk gambar lain, sekali bila dapat, lain. Memang sekali tu je lah. Lagi naya bila berita dihebah serata pelosok. Tak ke merosak bisnes tu. Berterus-terang la. Aku setakat ni belum pernah jadik mangsa penipuan pembelian alam maya. Apa aku tempah, itulah aku dapat. Dan setakat ni, segala barang aku terima dalam kadar yang dijanjikan. Poslaju tak pernah lagi menghampakan aku setakat ni. Syukur. Tu yang macam makin lama makin menjadi-jadi klik sana, klik sini.

*geram lah, semua upload new stock. peruntukan dah takde ni. saje tau dera perasaan aku


12 comments:

  1. hahaha dah agak, sure naik nama rnr,
    btw aku bru jumpe 1 port jual skirt murah2 gak,
    45 skali pos,sbb dia kt ktn je, so xyah la kos pos, dan blh g test skirt dia dlu ngam x ngn aku bru tempah, syiokkk :p

    ReplyDelete
  2. btol tu..
    kalau lmbt reply, jenuh nak tgu..
    kalau cepat reply, cepart order cepat byr, cepatla settle..

    ReplyDelete
  3. betul tu...ni pun tgh panas ati sbb tgh terjadi kat saya...komen kat fb tya ada stock lg tak...tak reply...Pas tu tgk ada upload gmbr mksd nyer org tu ada bukak fb la kan...haih tlg la bls dulu...

    pas tu bc kat wall,,, dia kata kalau kat fb dia tak reply suruh email...Bila dah email tak balas pun...geram jek...

    ReplyDelete
  4. hahahaha tq for the tips, kita bole guna jugak sbb kita meniaga online.tula kan kita pun penah frust taaau nak beli baju tokey kedai tu tak layan pun.

    ReplyDelete
  5. tadi kawan sy baru je post kat FB dia.. peniaga kate cempedak goreng.. sekali dia makan.. nangka goreng.. adehhh.. macam² ragam..

    ReplyDelete
  6. wAhhh..suke entry nieh..wat sy nk share link je nnt..wakaka....

    ReplyDelete
  7. salam..
    huhu selalu kena jugak camtu..lambat reply sampaikan kita pulak terpaksa tanya..ish2

    ReplyDelete
  8. tengok barang online sentiasa frust. sentiasa sold out. macam nie baik beli kat uptown danau kota jer...hehehe

    ReplyDelete
  9. peniaga ni kene kental semuanya kan...tak mau hangat awal2 je kan.. aduh macam2 ragam.. :)

    ReplyDelete
  10. Hehehe rnR kerek ke hape ? Dah namanya bisnes online, mmg patut boleh reply email customer secepat mungkin. Kalau tak boleh sgt, letak no phone nnt org msg.

    ReplyDelete
  11. ya setuju kadang2 buka kdg2 tutup.mcm nasi lemak kat rumah tu.Time nak, makcik tu tutup la pulak.nyiraps..online plak alhamdulillah xpernah dtp yg cerewet.dah bayar inform then dia terus pos.hehe

    ReplyDelete