04 January 2013

Cuti New Year

Rasa macam pelancong pulak bila bergambar gaya gini. Hahaha.. Kemaruk nak berjalan sangat dah ni? Takpe lah, feeling tgh berjalan kat negara orang walau hakikatnya kat Bukit Bintang je kau. Hahaha.. Ini semua sebab nak layankan laki aku yang tengah teruja dengan lense baru dia tu. Seperti biasa, aku ngan Eisya adalah model sukarela dan free dia. Nasib baik dia dapat bini yang giler bergambar juga, kalau tak amiklah gambar bangunan je.


Best lah wide lense ni. Luas pemandangan yang berjaya dicapture. Achik suka. Walaupun puas aku tanya 'bape ringgit awak beli lense ni??' dan dia hanya senyum. suka hati lah, duit bonus dia, apa hal aku nak kecoh lebih-lebih kan. Dan bak kata dia 'alah, nak amik gambar awak jugak' iyelah..iyelah

Ini kisah minggu lepas, misi mencari boot Eisya masih belum tercapai. Ke Bukit Bintang la kami cuti tahun baru tu. Ekwan kata mari beralih arah. Dan kononnya banyak mall berdekatan kat situ, takde kat Pavillion kita carik kat Farenheit88, takde gak masuk lak H&M kat Lot 10. Aku setuju jelah. Walau hakikatnya aku dah berkenan boot kat Pumpkin Patch kat MidValley. 

suka gambar ni. walaupun Eisya buat muka tak semenggah.

Penat weh melilau carik kasut anak. Dalam H&M punyalah patung-patung tu pakai boot lawa-lawa, tapi tu display je. Stok takde pun. Chaiitt, baik tak payah kalau gitu. Kat Isetan banyak gak, tapi banyak yang high cut. Tak suka..tak suka. Dalam hati nak yang Pumpkin Patch gak. Hahaha.. sudahnya, patah balik ke Pavillion. Ingat nak terus ke tingkat 5, tapi keletihan sudah. Lepak minum petang pastu sambung semula. Tenaga kena recharge, baru seronok nak shopping.

infant booties. aku tak kenan, tapi Ekwan suruh test gak. layankan je lah. 

converse high cut. cun. tapi macam ganas sangat pulak nak kasik Eisya paka
i kasut gitu walaupun dia kaler biru pink.

Pumpkin Patch kat Pavillion ada sales sampai 50%. Memang seronoklah. Kat MidValley sampai 30% je, tu pun selected items je. Kat Pavi almost semua items sale kecuali yang new arrivals lah. Super gembira aku. Terus rasa nak beli baju jugak walau niat asal nak beli boot je. Tapi sebab dah shopping baju Eisya kat SCM last week, abah dia kata 'sudah lah..cukup-cukuplah beli baju Cha' Baik. Meh beli baju kita je.

muka gembira bila akhirnya ke Pumpkin Patch. Patut dari tadi gi sini je. Tak buang masa dan tenaga.
nak pilih mana satu ni??

suami yang kepenatan melayan bini shopping. budak tu pulak berangan nak jadik sales girl. habis dia 'kemas' rak tu. nasib bdk sales tu sengih je tgk dia.

Shopping memang best, tapi lepas tu balik rumah semua terbongkang kepenatan. 


16 comments:

  1. selamat tahun baru dayu n family..
    suke first pic ngan second pic..nampk glamorous gituu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. glamor?? aku rasa mcm poyo adalah alin wehh

      Delete
  2. qaseh pon ade satu jerk boot...tu pon aku bli mase kat bandung...mmg murah gile kat bandung boot2 die...eh kat mines pon aku ade terperasan satu kedai tu juai boot budak2...cun2 gak...tapi ko dah bli kan boot cha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. the mines?? takpe.. boleh je gi survey kalau kenan kita beli je...hahaha byk duit ko dayu

      Delete
  3. dayu!! percaya tak.. elly xpernah pegi Pavillion..kesiannnn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahhh..apa nak kesian nya
      weekend ni boleh asyik muss gi. cuci mata dan alang2 shopping skali

      Delete
  4. wei dayu, best ar ko laki ko rajin layan ko g shopping. Amik2 gambar. Asal laki aku tak rajin. huaaa.. haahhaha. (macam tak bersyukur je aku nih!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (: bab ni mmg aku syukur sgt lah. alah, moqh tu minat dia lain kot. ke ko kena rajin teman dia mancing dulu, nanti dia rajin la layan ko shopping

      Delete
  5. time raya ari tu pn bli kan boot utk aleesya kt Pumpkin Patch :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pumpkin patch mmg best tp aku masuk time ada sales je lah. kalau tak mahal bebenor

      Delete
    2. setuju...hehe...time tu bli pn ade 50% off... :)

      Delete
  6. Kenapa ada gambo abang ipar saye.. Hehe yg pakai baju biru picture 1st..

    ReplyDelete
  7. huih wide lense..patutlah cantik..riban² juga tu tak silap aku. Pernah terfikir nak hadiakan suami tp takpelaj..biar dia beli sendiri.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa?? riban2?? mmg kena audit laki aku malam ni

      Delete
  8. g KL tak pernah terfikir nak masuk Pavilion nie...segan la macam tempat org kaya2 jer

    ReplyDelete