21 January 2013

Malam di Borneo Highland Resort dan Morning Walk

Untuk makluman, tiada TV disediakan di dalam bilik. Tak kiralah bilik kau rege bape. Kemudahan wi-fi pun ada kat lobby je. Sebab dia nak suruh relax sebenarnya, jangan sibuk-sibuk pikir hal luar. Tapi biasalah, orang giler bersosial di alam maya, mana leh takde internet. Mengagau jadiknya. Dan nasib baik DIGI adalah sangat efisen di kawasan tanah tinggi ni. Di kala Maxis hanya dapat edge, dia boleh bagi 3G kat aku. Super seronok aku. Walaupun selalu rasa nak mengamuk bila kat foodcourt Pavillion kat tengah-tengah KL dia boleh takde line.

TV takde, tapi macam-macam aktiviti boleh buat. Kalau nak yang adventure, boleh gi night walk. Ada kemudahan disediakan. Kalau nak relax-relax, macam-macam ada kat bawah tu. Ada Spa, ada reading room. Dan yang paling best, ada mini cinema.

dalam bilik bacaan. buku banyak tapi semua aku tak minat.

ini yang paling best. tapi sebab badan dah letih, mata pun macam tak larat nak bukak. lepak kejap je.
baik naik bilik sebelum terlelap.

Dan esoknya, abang Izan dan Kak Fatin plan nak morning walk. Kul 6.30 nak jalan-jalan sekitar resort ni. Menikmati udara pagi. Laki aku konon semangat nak amik gambar matahari terbit. Entah bangun entah tidak. Dah lah tidur bukan main lena lagi 2 beranak, siap lawan berdengkur lagi. Aku gak yang terpisat-pisat tak leh nak lelap. 

Esok pagi-pagi lagi abang ipar aku dah ketuk bilik. Terkebil-kebil aku bangun bukak pintu, pastu masuk bawah selimut balik. Dah lah sejuk. Memang sedap tidur. Cancelled. Tak rajin aku nak join morning walk, aku lebih sayang waktu tidur. Ekwan je lah join. Tapi sebab Eisya dah bangun, tak dapatlah aku sambung tidur. Golek je atas katil dengan dia. Sambil duduk tepi tingkap, hirup udara segar.

peace!! budak ni sibuk ajak mandi kolam kat bawah tu. Cha, tu kolam air bukit ye, bukan kolam air panas semalam. jangan confuse ye nak.

nak menuju ke puncak borneo ke?? mampu ke?? semoga berjaya

permandangan yang cukup segar. semulajadi. kalau duduk kat sini mesti kulit fresh je. udara tak tercemar.

tengok progress rumah ke bro??

Serius beb, bila bangun pagi tu aku rasa macam 'bestnya kalau nikmati semua ni everyday, tak payah bangun terkejar-kejar pagi hari pergi keje' Memang rasa bestnya kalau tak payah balik KL. Mata lak sentiasa dijamu dengan kehijauan alam. Tapi bila Eisya menjerit-jerit minta nak mandi, baru aku sedar.. mimpi je smua tu. Berpeluang merasa sehari 2 ni pun nak nikmat yang tak terhingga. Syukur.




No comments:

Post a Comment