18 January 2013

Sarawak, kami tiba

Meninggalkan pejabat selama 6 hari bekerja, memang aku menjangkan tray aku akan sangat tinggi isinya. Terlalu banyak tindakan perlu diambil. Dan hari ni baru dapat sedikit bernafas. Alhamdullilah. Terus hadap blog. Entry-entry sebelum ni kebanyakannya semua aku draft dari phone kemudian masukkan gambar dan publish. Tapi tak puas okay update dari phone. Kena update dari pc gak. 

Dah sedia nak hadap entry berkaitan Sarawak dari aku?? Jom.

Aku ke Sarawak pada 10 Januari 2013 yang lepas. Ke Sibu, Sarawak untuk lebih terperinci. Aku beli tiket ni Mei 2012. Biasalah, aku memang beli tiket promo je. Kalau tak, jangan harap. Dengan harga tempat duduk hanya RM 0.10, dapatlah aku tiket ke Sibu untuk 3 orang pergi balik pada harga RM344. Tak berapa murah, sebab aku tahu ada yang dapat RM100++ je. Tapi nak dapatkan masa yang bersesuaian, terima je lah. Dan aku anggap, harga tu adalah berbaloi.

Apply cuti awal-awal, dan merasalah aku keje datang menimbun-nimbun. Saja tak bagi aku amik mood holiday awal-awal. Beg pun aku kemas 2 hari sebelum terbang. 

baju Eisya stok untuk 5 hari 5 malam semua aku sumbat dalam ni. muat okay.

Bila tiba hari kejadian, i'm super excited. Bangun awal pagi, kemas rumahs ikit. Dan terus keluar rumah. Flight pukul 12.40pm, tapi pukul 8.30am dah kena keluar. Ini adalah salah satu benda yang aku benci bila travel by air ni. Kenapalah LCCT tak kat Subang je. Lepas ni kena tinjau tiket FireFly lah. Entah-entah lagi berbaloi. Dan nasiblah ada kawan duduk Banting, adalah orang nak mintak tolong jagakan kereta sementara kami gi berlibur. Selagi kau keje kat Banting, selagi tu lah kau kena hantar dan kutip kami kat airport Din. Jasamu kami kenang. Hadiah kawin, minta Ekwan sponsor album kawin (:

Walaupun flight ni delay sejam, sebab dah dimaklumkan awal-awal. Aku rileks je lah. Tu pun sampai cukup-cukup masa je. Check-in luggage, isi perut. Beli roti. Terus boarding. Duduk tak sampai 5 minit dah kena beratur. Perjalanan yang sangat smooth. Eisya pun tidur je sepanjang 2 jam tu. Senang keje aku. 

budak kecik yang excited nak naik kapal terbang. seronok tengok dia dah faham. selama ni dia macam tak tahu lagi yang dia nak naik kapal terbang. masa kat waiting area ni, super bising mulut dia tengok kapal terban banyak-banyak kat luar. 

tengah kusyuk study segala flyer yang terselit belakang seat

dan tak lama kemudian setelah menyusu terus terlelap.

abah pun join sama. tinggal la ibu sorang-sorang layan diri.

Cuaca tak berapa elok time ni. So bolehlah rasa sikit gegar kat atas tu. Alhamdullilah, kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Sibu. Wahh.. 1st time sampai Sarawak. 

Kenapa kami ke Sibu?? Kami ke Sibu sebab melawat keluarga abang ipar aku yang tercampak kat Sarawak ni. Kesian derang. Sedara mara jauh. Jauh seberang laut pulak tu. Maka ada kesempatan, ada rezeki lebih ni (TQ kerajaan bagi bonus) marilah melawat mereka. Mereka sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami. Anak sedara aku yang sorang tu lagi lah, asyiklah tanya 'bila achik yu nak datang umah chacha??' Bila dengar gini, sanggup nak hampakan permintaan dia. Terima kasih lah AirAsia sebab buat promo ni. Kalau tak, tak sampai jugak aku.

Nota Kaki:
Kos perbelanjaan setakat ini:  Tiket (pergi-balik) untuk 3 orang : RM344 
                                              Luggage : RM25
                                              Makan kat LCCT : RM30
                                              Jumlah : RM 400

*nota kaki adalah untuk kegunaan sendiri sebab aku pun tak pasti sebenarnya berapa aku habis untuk trip kali ni. bila orang tanya 'bape kos kau gi sarawak dayu?' aku tak boleh nak jawab.

7 comments:

  1. bape jam ek dayu dari lcct ke sibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm itinerary 2 jam 15 minit, tapi 1 jam 50min sampai dah
      biasalah AA, mesti akan pastikan dia ahead from schedule

      Delete
  2. kenapa terasa nak pergi Sibu eh? btw saya pernah g sana sekali, suami kerja kat sana. Sibu bandar yg relaks kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. relaks.. tenang..
      tapi jammed tetap ada. kami melawat abg ipar kat sana

      Delete
  3. rajin ko buat entri Sarak. Aku tak berapa rajin lagi ni. hahaha. Selalu cerita dah basi baru datang mood. ohhh sibu ada airport sendiri eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat memblog aku masih berkobar-kobar ni. kena rajin di kala bersemangat kalau tak nanti terperam jawabnya.

      jgn pandang rendah kat sibu beb.. (:

      Delete
  4. cita2 nk bwk anak2 naik belon jgk nih. moga2 target thn ni tercapai lah.insyaallah

    ReplyDelete