17 June 2013

Anak dara

Eisya sentiasa menjadi bahan dan sumber untuk aku update blog. Dari sejak dia lahir hingga kini. Ekwan selalu kata aku kena bayar royalti kat Eisya sebab selalu siarkan muka dia kat blog aku. Dan kini anak kecik aku dah besar, dah 3 tahun usia dia. Makin lasak, makin brutal. Tak macam anak pompuan langsung. Ekwan kata Eisya kekurangan horman perempuan, macam aku. Chaiitt!! Aku jugak kena tuduh. Tapi serius, Eisya sangat lasak. Keja nak memanjat je. Tak tahu takut. Sikit-sikit bergayut.

Tapi bila datang aura keperempuanan dia, bukan main lagi. Habis bedak aku semua dia main. Pastu feeling-feeling depan cermin. Sengih-sengih sambil sikat rambut. Alahai anak aku.. over.

budak kecik tengah teruja main bedak ibu.
-sila abaikan kesepahan di kawasan sekitar-

lepas dah sapu bedak, kita tempek day cream pulak. 

tonyoh deodorant pulak

sikat rambut. siap. tapi  nape ibu tengok sama je dari asal Cha. Ni kalau aku offer pakaikan eye liner dan lipglossdia, mesti suka budak ni. tapi tak kuasa aku nak mengajar, kang tak pasal-pasal dia selongkar beg mekap aku. hari tu pun masa tinggalkan dia ngan abah dia,  aku tengok maskara aku dah bergolek-golek bawah sofa.

Eisya masih ber'diaper. Aku belum cukup rajin dan gigih dan sabar nak train dia. Ye..ye, dia dah besar. Tapi dah aku pemalas nak buat macamana. Nursery pulak tak nak tolong train, maka..kami masih tetap pembeli lampin pakai buang setiap kali ke Mydin. Iye..iye akan cuba untuk train dia sebelum dia 3 tahun setengah. Demi nak merealisasikan usaha ni, mungkin aku perlu amik cuti. Sampai macam tu sekali. Cukup sabar ke aku??? Dan usaha intensif  men'potty train dia aku mulakan minggu lepas. Sabtu dan Ahad tidak berdiaper kecuali waktu tidur. Aku belum kaedah nak memastikan dia tidak melepas di waktu tidur.

Alhamdullilah, berjaya. Sekali je terbabas. Dan aku beranikan diri bawak dia keluar tanpa diaper. Selamat. Ekwan siap pesan aku bawak baju lebih. Nak ajar anak tak pakai pampers memang kena rajin. Sebab kau kena sentiasa ingatkan dia untuk gi buang air. Kalau keluar, asal nampak toilet je mesti kena tanya dia nak membuang tak. Dia jawab tak nak pun kena gak bawak, sebab tak berani nak amik risiko kalau dia terlepas secara tiba-tiba.

Ya Allah, permudahkan lah usahaku ini sebagaimana kau permudahkan di waktu wean off dia dulu. Amin.

8 comments:

  1. insyallah cha boleh hehe cuma kita kene banyak sabar... aku potty train rayyan ritu cuti seminggu... seminggu tu mmg letih stp sejam kene g toilet, kencing x kencing belakang kira.... lepas seminggu terus sukses.. heheheh insyaallah cha juga boleh!

    ReplyDelete
  2. same la aku ni dayu tengah potty train aryan gak..
    walaupun aku rasa macam lambat,xpe la slow2..
    ibu bekerjaya harapkan weekend je la nk train..

    ReplyDelete
  3. admire tul ngan rambut cha ni..cantik

    ReplyDelete
  4. mya ada compact powder, lipgloss ngan perfume sendiri. anak dara sorang tu mmg suka melawa.now dh menurun bakat kt adik dia pulak. fengsan mak nye tgk anak boy pakai tudung litup

    ReplyDelete
  5. Aku kan dayu tak train pun anak aku...dia automatic x nk pakai....stakat ni mmg bg tau la bila nk buang air kecik.tp nk poo poo dia nk pampes gak dan time tido wajib pakai sbb isap susu....x kuasa nk kejut bgun sbb mesti ngamuk org kacau dia tido.

    ReplyDelete
  6. dah lama sangat tak jenguk blog dayu. tau tau dah besar anak dara tu...lainnya muka dia....

    ReplyDelete
  7. tips xyah pakai diaper malam sblm tido kena kencing dulu. klu dia dh biasa x kencing waktu siang, malam pun mcm auto dia rasa x selesa dh nk kencing. naurah dulu babas sekali je atas tilam. lps2 tu terus xde smpi skrg. now beli diaper murah sbb dia guna utk berak je. aku mls nk tggu dia berak dlm toilet hahaha

    ReplyDelete
  8. betul kata ena..sebelum tidur malam tu bawak pergi toilet dulu..Good luck..cha mesti boleh..Zahirah dah tak pakai diaper lagi..suka sangat..tapi bulan lepas si ayah pergi beli pek besar plak..tunggu la imran besar sikit baru boleh pakai..;)

    ReplyDelete