28 June 2013

Eisya dah besar

Sekarang aku tak payah beli diapers lagi. Hoyeay!! Jimat RM70 sebulan.

Iye, Eisya sudah diaper free sekarang. Tapi belum sepenuhnya lah, tapi sebagai mak aku tetap bangga dengan pencapaian cemerlang Eisya. Anak aku dah besar, dah pandai. Dah boleh buang air kat bilik air macam orang besar. Tapi masih tak boleh nak tanggalkan sendiri seluar kalau nak masuk bilik air, mesti dia carik aku atau Ekwan 'abu, nak iyak' Pastu berlari-lari lah kami 2 beranak ke bilik air. Paling kelakar bila dia dah terjoget-joget tahan kencing. Sayang sangat nak tinggal kartun kat TV, gitu lah jadiknya.

Secara rasminya, dah 2 minggu Eisya tak pakai diapers kalau dia berjaga. Aku pakaikan time dia tidur je. Usaha aku nak men'diaper free kan Eisya pasti tak berjaya kalau cikgu kat nursery dia tak beri kerjasama. Terima kasih Shima sebab tolong akak potty train Eisya. 

Sebelum Eisya 3 tahun dulu, aku pernah cuba untuk ajar dia tak pakai diaper, tapi usaha aku gagal. Dalam sehari, sekali je dia pass. Yang lain semua melepas sesuka hati dia je, atas kerusi, depan tv, kat dapur.. Dia macam masih belum paham. Dia tak tahu lagi nak bagitau kalau dia nak membuang. Dan terus aku putus asa. Sarungkan diaper balik. Aku pun tak beranilah nak bagi dia tak berlampin kat nursery, kang kalau terbabas buat kena marah je. Kat rumah yang aku hadap dia sorang je pun aku boleh hangin, apakan pulak cikgu dia nanti.

Tapi 2 minggu lepas, tiba-tiba aku terasa sampai bila nak biarkan Eisya pakai lampin, makin hari makin besar. Dan aku tekad je Sabtu, 15/6/2013 tak payah pakaikan Eisya diaper. Alhamdullilah, usaha aku berjalan lancar, sekali je dia terbabas. Lepas-lepas tu dia dah pandai bagitau. Aku rasa kat nursery mesti dah ada budak-budak lain yang tengah potty training gak, mesti dia dah selalu tengok kawan-kawan dia bagitahu cikgu kalau nak kencing/berak. So dia rasa dia pun mesti buat benda yang sama. Budak-budak kan hebat memerhati dan meniru.

Dan aku beranikan diri bawak dia keluar tanpa diaper. Dan Alhamdullilah, sekali lagi usaha aku dipermudahkan. Eisya lulus cemerlang. Tapi kita ni kenalah rajin, sentiasa tanya sama ada dia nak membuang ke tidak. Pantang jumpa bilik air, memang aku angkut dia masuk. Dalam kereta sentiasa ada tuala dan baby wipes. Kalau nak jalan jauh, balik kampung ke mungkin kami perlu bawak bekalan air untuk kegunaan di masa kecemasan. 
Syabas Eisya. Anak ibu dah besar.

Dulu selalu tengok parent stop kereta tepi jalan, anak nak kencing. Sekarang giliran aku pulak.

*memang aku sarungkan Eisya dress atau skirt je sekarang. pastu sarung selipar je. senang nak mengurus dia di bilik air. kalau pakai jeans, pakai kasut leceh. tapi nanti kalau dah betul-betul terror, ibu gayakan awak dengan jeans dan boot semula eh..

8 comments:

  1. alalalala eisya dah besar :) syabas!

    untunglah eisya tak kisah memilih baju :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucky me in that. tp ada masanya payah gak, dalam kereta baru dia nak sarung.

      Delete
  2. ok dah tu dayu..
    nt lelama dia tahu sendiri bukak pants..
    nt kita pulak tak perasan dia dh bukak pintu toilet sendiri gi shi2...
    hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muaz mesti dah lama diaperless kan ayu..
      share tips unt diaper free malam2..
      masih belum cuba beranikan diri nk bagi dia tidur tak pakai diaper

      Delete
  3. Wah...tahniah cha. Aku blm mula bt kat najla lg. Dia nak berak pun nyorok. Pastu dia mcm xreti nk membuang sambil duduk kat toilet. Cer bg tips sket dayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najli still young.. takpe, Cha dah 3 tahun.
      tp kalau nak mula awal apa salahnya
      jimat duit diaper weh...

      Delete
  4. same dgn aku dayu..skrg tgh ajar aryan tak pakai diaper..masa mula2 ajar weekend je..lepas 2 minggu hingga skrg dh hari2 ajar siang tanpa diapers..
    alhamdulillah setakat ni ok..terbabas tu biasa la..
    nak2 time aku keje,mak aku jaga..so agak ssah la sikit..mak aku kan kaki sbelah je..
    tpi mak aku pun berusaha gak membantu aku..terharu sungguh..tu yg terbabas aryan..
    klu aku ada, sejam sekali aku akan tnya..hihih

    ReplyDelete
  5. tahniah eisya. aku pun dah berbulan2 tak beli stok diaper. jimat kat situ. kejap je anak kita dah besar kan

    ReplyDelete