Lama aku berhasrat nak bawak Eisya ke Aquaria ni sebenarnya. Nak bagi dia seronok tengok ikan sebenar depan mata. Bagi dia teruja. Dan bila dia dah makin faham banyak benda, dah kenal segala jenis binatang, aku jadik makin tak sabar nak bawak dia melawat Aquaria. Lately ni pun jadual hujung minggu asyik padat je. Ada je aktiviti. So bila ada masa free, kewangan pun macam mengizinkan. Terus aku booking masa Ekwan. Huhuhu..laki sendiri pun kena booking, kena pastikan dia available untuk melayan anak dengan isteri dia ni. Kalau tak booking awal-awal, nanti dia penuhkan jadual dia ngan aktiviti bersama rakan-rakan dia, aku gak yang sentap.
Ahad lepas kami sampai juga ke Aquaria, KLCC. Untuk yang masih belum maklum, Aquaria ni kat kawasan convention center ye, bukan dalam Suria KLCC. Aku pun boleh tahu sebab pernah dulu beriadah kat taman KLCC tu dan kami parking kat Traders Hotel. Nampaklah signage Aquaria ni. Ye, option paling mudah untuk parking kereta adalah kat Traders Hotel. Sejam pertama RM3, dan jam berikutnya juga RM3. Sila masukkan sekali bajet untuk bayaran parking andai ke Aquaria.
mak budak menyegih lebih sebab dia yang excited terlebih. seperti biasa.
beratur membeli entrance pass. demi menambah pengetahuan am kamu wahai anak, mak keluar duit bertaus pun tak mengapa.
Bayaran masuk: Dewasa: RM 38, Kanak-kanak: RM28 (bawah 3 tahun free). Bolehlah anak baru sorang ni, kalau dah 2,3 orang memang fikir 2,3 kali jugak kot nak bawak anak ke tempat macam ni. Tapi InsyaAllah, ada rezeki nanti untuk adik-adik Eisya. Tak kan dia je nak merasa semua ni kan. Adik nak jugak.
masuk-masuk je achik dah jakun tengok Ikan Piranha. gini rupanya bentuk kau ye, macam ikan bawal je aku tengok. tak ganas langsung.
percubaan mencelup tangan anak memegang baby shark adalah gagal.
Seronok. Aku yang over seronok. Seronok dapat pegang tapak sulaiman. Pastu kena sound ngan budak yang jaga binatang tu 'kak, letak balik kak.. hidup ni' Yelah..yelah, akak baru nak belai-belai dia. Pastu gi kat besen sebelah, ada anak ikan jerung. Budak tu selamba je tangkap dan pegang, aku nak cuba takut. Tapi boleh lak sesuka hati aku celup tangan Eisya dalam air tu. Mengelupur budak tu tarik tangan dia. Sorry sayang. Eisya mula-mula takut, lepas tu seronok sampai tak sedar diri. Sesuka hati dia je jalan menonong sorang diri. Tak ingat langsung kat ibu abah dia. Teruja sangat lah tu.
bapak besar tikus ni *sama macam jerawat kat dahi aku tu,nyampah*
binatang tu kat dalam beranilah nak letak muka dekat-dekat gini, cuba dia kat luar. nak diri rapat-rapat pun belum tentu.
Eisya kekaguman melihat segala jenis labah-labah. kusyuk ok dia. lama kitaorang stop kat sini sebab budak ni tak nak bergerak lagi.
sekali lagi posing ngada-ngada. mesti ikan tu rasa nak ngap je kepala aku.
anak beranak jakun tengok ikan besar bagak.
tergelak-gelak Eisya tengok ikan tu melompat-lompat. tapi ikan ni memang comel. rupa dia pelik.
Memang berbaloi keluarkan duit pergi tempat macam ni. Kalau budak besar Eisya pun dah boleh appreciate, kalau bawak budak sekolah mesti lagi bermanfaat. Tapi dengan budak umur 3 tahun, paham-paham je lah. Tak lama dia punya fokus. Paling aku geram bila masuk underwater walk tu, yang jalan dalam terowong tu. Aku ngan Ekwan punyalah excited tengok ikan pari ngan ikan jerung besar bagak lalu atas kepala, Eisya boleh buat tak tahu je. Dia lagi heboh ke travelator tu. Apa-apa je Eisya ni..
mak jakun, anak tak heran.
Eisya, tengok Shark!! Penat aku menjerit, takdenya dia nak layan.
lepas dah tak jakun dengan travelator, baru nak pandang atas.
pertama kali tengok jellyfish depan mata
Dan aku nak pesan, silalah datang pada hari Sabtu. Sebab banyak aktiviti memberi makan kepada binatang-binatang dalam akuarium gergasi ni dibuat pada hari Sabtu. Aku memang frust lah. Yang available pada hari Ahad hanyalah memberi makan piranha, pukul 4 pulak tu. Tak rajin pulak aku nak menunggu.
Sebelum pulang, beli lah sekeping fridge magnet buat kenangan.
Dah bawak gi Aquaria, leh lak Eisya kata 'nanti gi zoo eh' Terus abah kata 'gi Zoo Johor je, murah.. masuk singgit' Huhu, tapi Zoo Johor takde giraffe abah - ibu tolong jawabkan, sebab ibu yg lebih sebenarnya.
ank buaya tu asyik posing yg sama. aku pegi bln 2 aritu pon dongak camtu la jgk
ReplyDeleteincek liquid penah blind date kat cni dulu perghhh mahal gile rasa dulu kene rm35 mase tuh hahaha
ReplyDelete