19 June 2013

Laksa Kuah Putih

Dah lama tak main masak-masak. Dah lama tak post gambar makanan beserta resipi kat blog takde tema ni.  Lama tak post sebab memang takde resipi baru yang aku cuba. Takdelah resipi baru mana, tapi baru bagi aku. Selalu kalau pertama kali buat memang aku excited terlebih dan terus rasa perlu untuk share resipi dengan kawan-kawan walau hakikatnya korang boleh je google sendiri.

Petang semalam secara tiba-tiba aku teringin nak makan Laksa Kuah Putih yang juga dikenali sebagai Laksa Lemak. Ada juga yang kata tu Laksa Kelantan. Mana-manalah, yang penting aku suka.

Aku jadik makin gemar dengan laksa ni bila teringatkan laksa putih yang makcik Ekwan buat dulu, berkali-kali makan. Asyik menambah je. Teringin tapi tak pernah pulak aku nak mencuba carik resipi. Tapi petang semalam memang dah tahap kemaruk. Terus google. Nampak gaya macam mudah. Cuma renyahlah. Buat laksa memang renyah. Nak kena rebus ikan, blender isi ikan segala. Tapi sebab keinginan tekak macam tak dapat ditahan lagi. Balik keje terus aku singgah Fresh Boulevard beli ikan dan ulam-ulaman.

Aku kalau dah teringin memang gigih melampau. 

Balik rumah, bukak kan Eisya TV. Potongkan dia buah, bagi dia makan hadap tv. Dududklah dia diam-diam depan tv tu. Bolehlah aku beroperasi kat dapur dengan pantas. Kena pantas sebab perut dah bunyi-bunyi. Sambil tunggu ikan siap direbus, potong ulam siap-siap. Dan sediakan bahan blender. Bila ikan dah masak, dengan tak menyabarnya aku terus asingkan isi ikan dan blend. Dengan panas-panas tu. Punyalah tak sabar kan. Sambil tunggu kuah mendidih, buat sambal belacan. Memang multi tasking bagi memastikan perut dapat diisi segera.

Laksa Lemak/ Laksa Kuah Putih cubaan pertama saya. Hoyeay!!! Sedap. Sendiri masak, sendiri puji. Peduli. Sebab memang sedap.

Paling aku suka, Eisya makan siap bertambah. Berbaloi rasa bersilat kat dapur bila anak makan berselera. Eisya memang pengemar makanan berkuah macam ni. Bagi kuah laksa dengan sup, memang licin lah dia kejekan.

Resipi nanti aku bagi eh.. ke tak perlu??

*dapat jamu kawan-kawan sepejabat. dah keje masuk bulan ke-9 kat sini baru aku mengambil peluang untuk jamu kawan-kawan. banyak sangat keje kat sini, sampai takde mood nak main masak-masak bila balik keje.

7 comments:

  1. sedap kan..tapi hubby aku tak gemar kuah ni..dia hantu laksa kuah asam..aryan je suka kuah lemak ni..if mak aku buat mesti de 2 kuah..satu asam dan satu lemak..hihihih

    ReplyDelete
  2. Arghhh time posa ni plak dayu tayang makanan :p Nak resepiiii ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah.. sorry lah kalau buat anda terliur di kala sedang berpuasa. minta ampun

      Delete
  3. kunun nak buat hari ni.sudahnya smlm jugak ko buat khennnn hahahaha...mmg aku dah teka =P

    mak aku suka buat laksa kelantan ni. aku pulak suka makan je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah teringin bebenor.. memang malam td gak aku masak
      tak leh tahan

      Delete
  4. bagos la dayu.semangat gigih.berbakat pulak. aku kalo first time buat sure tak menjadi punya.tak kira lah msk apa

    ReplyDelete