10 June 2013

Antara benda yang aku suka time wedding

Antara benda aku suka kat kenduri kawin selain dapat berkumpul ujmpa sedara mara dan kawan-kawan lama adalah benda yang satu ni.

Aku suka kalau ada benda ni kat kenduri kawin. Lagi-lagi kalau kenduri kawin sedara-mara, yang mana aku boleh beraksi sesuka hati. Boleh buat perangai ikut sedap rasa. Kalau kenduri orang kenalah menghormati majlis, kena jaga laku. Kalau kenduri kawin sepupu.. pe de hal kan. Aku suka kalau kat kenduri kawin tu ada PHOTOBOOTH. Dan aku akan jadik makin suka kalau kat photobooth tu disedikan kamera instant. Dengan segala macam jenis prop, memang aku suka. Suka sangat. Suka sebab boleh beraksi yang entah pape.

Sekarang mostly semua wedding mesti ada benda ni rasanya. Tapi memang seronok kalau dapat mengedik macam ni. Lepas pose, tampal gambar dalam wishing book untuk pengantin tu. Nanti bila pengantin belek-belek balik wishing book tu, sambil baca bleh tengok sekali gambar orang yang wish tu. Sweet. Nape lah time aku kawin dulu takde semua ni. Ke dah ada tapi aku je tak mampu nak adakan semua ni. Takpe, akak redho.


amik gambar, lekat dan make a wish.. sweet

dan ini yang paling cute. rasa nak buat one corner with this decoration kat rumah. 

Selain jadik salah satu decoration dan pencetus kemeriahan sesuatu majlis, photobooth dan props ni sangat bagus bagi mengalakkan sepupu-sepupu yang dah lama tak bertemu untuk lepas laku. Kalau suruh posing without prop mesti semua kaku. Ada prop ni membantu lah sikit kan. Tapi sape yanh dah memang semulajadi over tu.. maafkan lah dia.

yeay!! i come for nasi minyak!!!

tq lah adik-adik sanggup layan kerenah akak korang ni

tidak kah ini comel???

ni masa kat wedding adik aku. Eisya tak pasal-pasal berjangkit dengan ibu dia.

Laki aku malu-malu. Prop kegemaran Eisya memang gambar mulut tu.

abah memang sentiasa beraksi bersama Eisya. Sorang-sorang dia masih malu. 

just married katanya.. *muntah ijau*

akak kau datang menyelit. jangan nak ngaku just married sangat kalau dukung anak tu. sian korang dapat akak macam ni.

daripada mengaku single???


ohhh, i love these so much. rasa tak nak tampal kat buku pengantin tu. nak simpan dalam purse.

It's fun!! Seronok bergurau mesra dengan sedara mara. Dan yang paling best, ini bukan untuk kami-kami orang muda sahaja. Pakcik makcik pun boleh terlibat sama. Ohh.. how i love all these!

auwwww!!!!

malu-malu tapi layan aje anak-anak sedara 

ayah aku sibuk layan Cha, tak dapat dikesan. maka mak aku ngan abang dia pun jadik lah

This is what i love about wedding. Cinta baru bersatu, cinta lama makin berseri. 


HAPPY WEDDING DAY DEAR COUSIN!!!


**rasa nak beli Instax seketul. Sediakan photobooth masa birthday party Cha. Hahaha, over. Habis tu nak tunggu dia kawin lambat lagi. Masa birthday pun jadiklah..

3 comments:

  1. suka yang

    Saya suka awak...Saya pun

    Hehehe comel

    ReplyDelete
  2. Memang tak jadi kerja lain kalau ada photobooth nie kat majlis orang kahwin. Haha.

    ReplyDelete
  3. aku aritu beli instax tapi tak gunapun time wedding..... guestbook tak sempat siap. *sedih*

    ReplyDelete