10 June 2013

Color Blocking + Border Lace

Semua tengah busy prepare baju raya ke??

Aku masih tetap minat dan jatuh hati kat konsep 'color blocking' Trend ni masih 'in' kan? Belum ketinggalan zaman lagi kan. Lama gak kan trend color blocking ni bertahan. Dia bertahan lama sebab dia sangat best. Bagi akak yang berusia 30 tahun ni, bila sekali sekala mengenakan pakaian dengan konsep color blocking terus 'i'm feel young!!' Biasalah, dah tua-tua baru ada duit skit nak membeli itu ini, dah tua lah baru ada peluang nak bergaya sikit. Barulah leh masuk Jakel terus naik tingkat 3.. *statement*

Dan sekarang aku paling suka kain plain, tak kiralah satin ke, cotton ke..asalkan dia kosong. Suka sangat, Suka sebab senang aku nak gayakan dengan pelbagai printed shawl yang melambak dalam drawer. Selain tu, aku suka jugak sebab senang aku nak 'make over' baju tu kemudian hari. Dan kaedah paling aku suka buat masa ini adalah 'Tampal Border Lace'  I'm in love with border lace sekarang. Suka sebab dia boleh buat baju tu jadik 'wow!!' secara tiba-tiba. Takde lah tiba-tiba sangat, kena keluarkan sedikit modal atau tenaga lah. Takde benda benda ajaib dan jadik secara 'tiba-tiba' dalam dunia ni ye. Tampal lace adalah lebih mudah dan senang berbanding jahit manik.

Disebabkan aku sangat suka dengan konsep color block. Aku selalulah stalk Instagram ButtonByButton, butik-butik online yang jual tudung segala tu, curi idea color block derang. Nak pikir color combination sendiri, otak tak cukup kreatif. Tak dapat didikan sepenuhnya bab-bab ni. Tu yang terpaksa rembat idea orang. Mintak halal lah ye. Tapi yang biasa aku stalk ButtonMyButtons tu lah. Sebab pernah berangan dan pasang niat nak tempah baju raya kat dia. Tapi bila pikir kan harga dia 'takpelah.. achik tiru design jelah..antar jahit kat aunty Bee' *aunty Bee kini tailor kegemaran saya di Johor*

Antara color yang aku suka kombinasinya adalah:

akan ku pastikan next purchase akan ku rembat kain color macam ni.

Dan yang terkini, yang berjaya direalisasikan bersama border lace adalah baju yang kononnya nak pakai raya tapi aku dah sarung masa kenduri kawin sepupu aku 2 minggu lepas. Hahaha.. peduli. Dah pakai sekarang, bukan tak boleh pakai raya kan.. Pakailah raya ke-3 ke.. raya ke-4 ke.. Raya kan sebulan. Kan.. Kan.. Masa aku hantar kain ni kat akak tailor kat Medan Mara tu, akak tu kata 'lawa ke nanti jadik dik baju ni.. kuning terang ngan purple ni??' Bila dah siap dia gak yang kagum kata aku pandai match kan color. Well kak, adik buat research macam nk buat thesis ok kalau nak buat baju.


Kain dan border lace ni aku beli online. Tapi kalau berminat dengan konsep yang sama, tak yah beli online. Lagi-lagi yang berdekatan dengan Jalan TAR, Jakel, Gulatis segala tu. Pergi beli terus kat kedai lagi puas hati. Boleh belek kain sendiri. Tapi bagi yang berada luar kawasan, boleh lah terjah kedai-kedai online. Antaranya Si Chantek Border Lace dan Narizz Cotton. Search je Facebook derang. Yang atas ni aku beli ngan Si Chantek Border Lace. Yang beli dengan Narizz Cotton tak siap lagi *kantoi shopping kain banyak-banyak* 

Kalau nak carik border lace, boleh terjah Bunga Riben kat Jalan TAR. Murah. Macam aku nyer ni, RM39 semeter (2 layer) Dan alang-alang kat Bunga Riben tu, beli lah manik-manik untuk ditampal atas border lace tu. Terus eksklusif baju anda. 

Sekian, saya melaporkan.

8 comments:

  1. Dalam aku tanya sal border lace tu, sempat buat entry yee...
    siot jo..

    ReplyDelete
  2. senang untuk rujukan semua.. hahaha

    ReplyDelete
  3. lawa combination kaler tuh.. nak tiru tak boleh, raya ni pakai jubah jer. hehehe

    ReplyDelete
  4. aku masih tak minat lg dgn lace2 ni semua. nape ntah. tgk org pakai mmg cantik aje hehehhe..x kena dgn jiwa kot =P

    hepi aku ko dah update blog semula. rindu weyhhhh. bile nak jumpe lg ni????

    ReplyDelete
  5. huu dayu leh jadi feshion designer cenggini :)

    ReplyDelete
  6. Bole view my fanpage utk beli border lace.. :)

    https://www.facebook.com/houseborderlace

    ReplyDelete