Kegilaan masa kini. Sampai Ekwan naik pening kepala setiap hari aku beli plastic container. Semalam dah beli, hari ni beli lagi. Tu belum aku bawak balik tupperware set yang aku order minggu lepas. Huhuhu, bini tengah kemaruk, layan kan je lah. Tapi serius, aku naik gilerlah tadi bila berada di kawasan home improvement Sogo tu. Rasa 'wah!!! bestnya.. lawanya' Dan terasa nak capai dan masukkan dalam bakul je semua tu.
plastic container forfood storage yang tersusun kemas di atas para sambil mengoda hamba. hampir berjayalah dia buat aku bawak dia balik.
round shape container. walau tak berapa berminat dengan bekas berbentuk bulat, mereka-mereka ini berjaya buat aku terpesona.
dan inilah yang paling aku terpikat tadi. lama aku diri depan dia. belek-belek dia. ambil, pastu letak semula. jalan ke depan sikit, pastu patah balik. capai dia semula. teringin sangat nak bawak dia balik.
Masa selak-selak katalog Tupperware, Freezer Mate adalah item yang aku asyik berkira-kira, nak beli ke tidak. Berkira-kira sebab set dia sampai RM100++ Berkira-kira nak keluarkan duit sebanyak tu untuk simpan ikan dan ayam dalam peti ais. Memang nampak kemas,tapi RM100++ kot..tu yang aku tangguhkan keinginan tu. Sebab merasakan aku boleh dapatkan sesuatu yang lain dengan fungsi dan kualiti yang lebih kurang sama pada harga yang lebih murah. Dan inilah dia.
Maybe on my next visit to Sogo, i will purchase them.The possibility is really high.
Setelah hampir separuh tidak keruan di depan bekas plastik untuk menyimpan makanan dan berjaya mengawal diri aku hampir-hampir tak keruan semula bila lalu kat sebelah benda ni. Dia namakan benda ni 'Kids Storage' Apsal cute sangat ni?? Aku perlukan kotak-kotak ni untuk susun dan simpan baju-baju lama Eisya. Sekarang simpan dalam kotak kertas. Walaupun aku masukkan dalam plastik dulu, still dia nampak macam kuning-kuning. Hhmm.. memang kena invest beli storage box ni lah.
i want these. tapi IKEA lagi murah kot.
Bulan ni tak payah shopping baju dan tudung baru. Demi nak membeli semua-semua di atas ini. Tapi tadi dah beli baju untuk Eisya. Stok untuk raya. Kena belikan sikit-sikit dari sekarang. Tapi rasanya cukup dah kot. Kasut dah ada, baju kurung dah ada. Gaun baru 2 set dah. Cukup. Iyelah tu, nak menunggu ke raya, berhelai-helai lagi aku beli kang.
Aku memang memerlukan kotak-kotak ini dalam kuantiti yang banyak. Banyak benda aku nak susun dan atur semula demi memastikan ruang yang ada berjaya dioptimakan. Rumah aku ni kecik tapi barang menimbun. Bila tak susun betul-betul tu serabut sungguh jadiknya. Pemandangan pun tak menyelerakan. Aku kagum sungguh dengan siapa yang berjaya dan mampu organise segala barang kat rumah dia. Dan terus aku ter'inspired.
Aku kan mudah tergoda.
berkenannya ngan bekas2 tue....cantik
ReplyDeletecantik dan nice, tapi agak pricey. boxes kat IKEA lagi murah
Deleteselamat berkenalan jugak!
ReplyDeleteDayu...next week. Friday. Pi terjah sogo. Kan ade member's day sale. Ape lagiiiiiii....
ReplyDeleteaarggghhh saje lah, saje mengingatkan aku semula akan sales itu
DeleteDayu daku dah berkecimpung awal tahun haritu kengkonon g ikea borong bekas nak susun cantik2
ReplyDeletelast last nan hado hahaha 2 bulan je bertahan
kenapa bertahan 2 bulan je?? teruskan usaha weh, jgn mengalah
Deletetp iyelah kan.. usaha ni memerlukan kerajinan tahap maksima
kena sentiasa belek dan kemas bagi teratur
semoga aku mampu bertahan lama
sib bek belum jatuh chinta ngan benda2 di atas tu, kalu tak.. alahai siaplah..
ReplyDelete