23 April 2014

Alhamdullilah

Ye, hanya kesyukuran yang tak tehingga yang dapat aku ucapkan. Alhamdullilah. Segalanya dipermudahkan untuk aku. Doa aku agar proses melahirkan anak kedua yang perlu aku tempuh dipermudahkan, dimakbulkan. Syukur sangat. Dalam aku masih ingkar dan gagal patuhi segala perintahNya, Allah swt tetap makbulkan permintaan aku. Terasa betapa maha mengampuni. Semoga dengan nikmat yang diberikan ini akan menyedarkan sesungguhnya aku ni hanya hamba. Mampu buat aku patuh akan segala perintahNya. Insya Allah...

Alhamdullilah..segala yang dirancang pada 17 April 2014 berjalan lancar. Proses induction of labor juga dipermudahkan walaupun aku perlu tunggu hampir 10 jam sebelum contraction bermula. Tak perlu menahan sakit yang lama. Walaupun sakit contraction kali ni sangat tak terbayangkan berasa di skala berapa. Proses di dalam labor room pun lancar je. Aku rasa syukur sangat bila keinginan aku untuk melahirkan secara normal dimakbulkan. Dipermudahkan pulak tu.

Manakan mungkin aku tak bersyukur dengan segala kesenangan yang aku nikmati untuk proses melahirkan kali ini. Dengan surprise yang amat tak terduga. Aku kategorikan ini adalah pengalaman terindah yang aku lalui. Pasti aku akan carik masa dan ruang untuk abadikan kisah kelahiran Puteri kedua aku dan Ekwan di blog ini.

Cuma tak pasti bila.

*berpantang dengan gigih dengan adik baby yang sangat baik. pasang niat nak hilangkan 25kg

8 comments:

  1. Tahniah Dayu! Selamat berpantang :)

    ReplyDelete
  2. hamboihh byk tu 25kg. hehehe gud luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aim kena tinggi beb..so klau dpt 10kgpun dh syukur

      Delete
  3. alhamdulillah..mudah segalanya

    ReplyDelete
  4. Tahniah dayu and good luck on the 25kgs hehehe

    chaiyok ibu

    ReplyDelete
  5. Congrats dayu...adakah sesuai utk melawat baby E.E ahad ini? Nti kite wassap ye.. Hope dayu still ade kat USJ.. Hope belum blk kg lg.. :)

    ReplyDelete