15 April 2014

Cutiku dah bermula

Aku dah start cuti. Semalam hari akhir bekerja. Cuti 3 bulan aku dh bermula!! Dalam sayang nak cuti awal, aku lg malas nk bangun pagi gi keje. Not in mood anymore. Tak boleh fokus. Sebab aku asyik pikir bila nak beranak je ni. Lagipun aku nak fokus pantau movement adik dalam perut ni. Dah hujung-hujung ni, kena extra berjaga.

Cuti awal 2 hari je pun. Khamis ni pagi-pagi dah kena serah diri ke PPUM.

Serious aku ada rasa cuak. Nak kena induced je pun tapi aku tetap gabra.. Cemas sebab aku tahu apa yang bakal aku lalui. Dahlah PPUM dah bagi risalah pasal induced labor suruh baca siap-siap. Makinlah aku seram. Dulu time Eisya tak tahu apa, redah je. Ni bila tahu apa yang akan dilakukan kat diri ni mulalah... Tiap hari berdoa, bagi lah aku rasa proses bersalin tanpa paksaan ni.

Tapi adik baby macam seronok je duduk dalam perut ibu. Macam tak nak keluar je. Selesa sangat kat dalam tu kot. Nasib ada diabetes kali ni, kalau x mesti overdue gak macam akak dia. Birthdate adik ngan eisya sangat dekat. Bestnya lah kalau dapat tarikh sama kan.

Mak aku akan datang petang Khamis tu. Teman dan tlg jaga aku dalam seminggu. Pastu mak ekwan lak datang seminggu. Pastu pandai-pandai lah jaga dan urus diri sendiri. Insya Allah lepas 2 minggu tu dah sehat, badan pun dah cergas. Boleh dah nak sambung pantang sendiri.

*masih berharap contraction muncul sendiri sebelum 17 April 2014

6 comments:

  1. goodluck ye.... semoga semuanya berjalan dengan lancar.
    tak kisah macam mana baby nak keluar nanti, harap semuanya selamat.. amin

    ReplyDelete
  2. insyaAllah beb,
    mcm aku ri tu la, induce 21hb,
    tup2 pg tu gak dtg sakit, hope ko pon sama la,
    hehe slamat bercuti yawww...

    ReplyDelete
  3. Good luck dayu...semoga selamat n dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  4. my dear..

    semoga dipermudahkan segalanya..
    semoga Allah menguatkan sebarang kamu ye..

    Allah peliharakan segalanya..

    ReplyDelete
  5. salam dayu, moga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  6. good luck dayu..semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete