02 April 2014

Jaundice???

Antara perkara paling aku risaukan nak menyambut kelahiran adik adalah serangan Jaundis. Aku sangat takut kalau dia kena jaundis yang melampau. Kebarangkalian nak kena tu aku rasa tinggi je. Yelah, baby mana je yang tak kena jaundis sekarang ni. Siap prolonged jaundice lagi. Sampai sebulan baru hilang. Maka, aku jadik sangat risau. Kalau boleh tak nak lah adik kena jaundis. Kalau memang dah ditakdirkan kena jugak, harap sangat tak teruk, tak sampai perlu masuk NICU, duduk bawah lampu.. Tak perlu aku ulang alik ke PPUM. Sebab PPUM tak sediakan bilik untuk ibu tunggu baby.

Dah lah katanya baby laki lagi senang kena. Pastu aku lak darah jenis O. Lagi berpotensi. Berharap sangat adik bebas jaundice. Masa Eisya dulu, selepas seminggu baru Eisya kena. Aku lebihkan susu badan je. Tapi aku cuba gak bagi dia anggur hijau. Tak berkesan. Berulang alik gak gi cucuk amik darah. Tang cucuk kaki amik darah memang sadis. Budak kecik-kecik macam tu kena cucuk...meleleh airmata ibu dia. Tu kalau boleh tak nak adik pun merasa benda yang sama.

Mulalah aku google macam-macam petua nak menghindari Jaundis dari baby. Apa mak nak kena makan sejak pregnant ni. Macam-macam, kurma, susu kambing. Disebabkan aku tak leh makan manis, kurma tak dapatlah aku nak amalkan. So aku amalkan minum susu kambing. Beli brand hi-goat. Mula-mula telan macam ok lah. Tapi bila dah hujung-hujung tu mulalah terasa-rasa macam hamis kambing tu. Huhuhu..

Kali ni Ekwan dah pesan siap-siap 'awak jangan nak jemur-jemur adik eh..kang tak pasal-pasal badan dia gelap macam Cha'  Hehehe..dulu time Cha memang mak aku jemur Cha pagi-pagi depan pintu.

Ok, nak gi bancuh susu kambing.


11 comments:

  1. yang, syamil kene jaundis jgk..lagi kuat dari abg adam dia..dlm tempoh 17jam lepas kelahiran tinggi kuning dia. mmg kene dok bwh lampu. aku berkampung 5hari 4mlm kat PPUM lepas bersalin.pindah dari wad bersalin ke wad kanak2..jgn risau ade bilik utk ibu yang baru lepas bersalin jaga ank kene jaundis..diaorg algi galakkan tuk dok sekali sebb tuk bagi susu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the info kien..kalau anak kena jaundis, pantang mcm x pantang lah kita ni erk..
      tungku ke mana...bengkung kemana..
      takpe..demi anak. harap2 tak jaundis lah adik nanti

      Delete
    2. mmg first week tu aku mcm pntng x pantang..mkn lauk hospital..kekdg mak aku bwkkn lauk..tapi mmg xlalu sbb sedeh tgk baby..syamil bwh 3lampu..paling tinggi..tapi jgn risau andai kene jgk redha..bahagian dia tuh..aku pun darah O..ade jgk org tua keliling aku suh aku bg kat syamil mcm2..tapi aku degil n mak aku pun xbagi..katanya susu ibu yg terbaik selain duduk bwh lampu..kang dibagi minum mcm2 kat budak tuh nnt lagi risau organ dalaman pulak..apepun redha n tawakal..insha allah allah akn permudahkan..
      demi anak2..insha allah mak2 ni akn kuat..dh balik umah baru terasa lenguh badan bagai..=) anything just wassap okeh..

      Delete
  2. aku masa raina hari tu Raina kena jaudice ulang-alik ke klinik dengan hospital sedih wei tengok doktor cucuk kat tapak kaki amik darah. tapi tak teruk sangat jaudice Raina tapi banyak kali kot ulang-alik amik darah

    pastu masa Raifa ni aku harap benau tak ada jaudice kalau ada pun tak tinggi bacaan. sebab dah lah aku kena jahit banyak masa Raifa mana larat ulang-alik pi hospital. sekali tu Raifa tak kena jaudice. aku tak percaya banyak kali suruh nurse dan doctor check memang tak ada jaudice. siap diaorang tanya petua apa aku amalkan sampai baby aku tak ada jaudice. sebab sekarang payah nak bagi baby elak jaudice. aku ingat-ingatlah balik apa yang aku amalkan. Time Raifa aku amalkan macam time Raina jugak amik kurma,kismis tapi aku add set shaklee dengan jus delima dan air delima. tiap-tiap hari bawak sebotol air bancuhan delima pastu sebelum pergi kerja aku telan satu sudu jus delima yang maha pekat tu. memang tak kena tekak aku lah tapi aku paksakan jugak.

    Alhamdulilah aku syukur Raifa tak ada jaudice sebab masa dia ni aku punya jahit memang banyak dan lambat baik so aku memang harap tak pergi ulang-alik ke klinik dan hospital. tapi dugaan lain pulak datang aku kena sembelit teruk kalah time Raina. menangis-nangis aku. so ko jangan lupa beli ubat sembelit cairkan najis siap-siap okeh. jangan jadi macam aku dah kena sembelit baru terhengeh-hengeh suruh Saiful dengan adik aku belikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. issskkk, bab sembelit jangan citer beb. tu mengundang seriau level tertinggi.. aduiii..
      ok..ok...aku akan segera ke farmasi. sediakan ubat sembelit siap2. tak sanggup weh..terkenang kisah 4 tahun lepas. tak sanggup..

      jus delima tu aku ada. tapi tak telan-telan. ok, hujung2 ni, sementara menunggu masa. aku gigihkan lah tekak telan. bancuh boleh tak?? campur gula?? kes aku kena plain je lah kot. ada gak beli jus delima kotak, tapi pikirkan gula. takut lak nak minum..

      Delete
  3. ko bancuh gitu jangan campur gula aku minum plain je gitu tawar tak sedap tapi aku telan laju-laju hahaha yang penting ubat sembelit seriau wei kena sembelit time pantang

    ReplyDelete
  4. Terbukti susu kambing segar mmg berkesan dgn izin ALLAH SWT... saya both girls sblm ni kna jaundice sgt tinggi warded smpai 3-5hari... 3rd pregnancy nekad nk minum susu kambing segar even mahai kena beli 10botol (rm100) alhamdulillah adik baby lahir hampir tiada jaundice dgn izin ALLAH SWT...sy start minum masa perut 6bulan... :) all the best dayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh??? huhuhu...tak tau mana nak dpt kat sini. dah tak carik kan, mana nak jumpa
      amik yg hi-goat je lah. tu pun telan laju2. tak pun aku campur milo skit. hahahaha...
      harap sgt, dengan izin Allah SWT, free jaundis lah adik baby

      Delete
  5. saya pun darah o... anak dulu ada jaundice tapi bacaan tak tinggi. hari ke 3, nurse datang rumah check jaundice tapi dia suruh refer KK je.
    ikhtiar, saya makan anggur hitam then breastfeed anak.dia poopoo dengan jayanya....

    tapi itu mungkin nasib kot. lagi pun walaupun anak ada jaundice, tapi tak tinggi + dia tak tido punnn.... sangat aktif.hehehe... lagi satu masa pregnant dari awal sampai akhir hari2 makan anggur hitam.beli kat midvalley yg manis tu then rajin makan buah. saya tak makan pun pil obimin sebab tak pandai telan... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak makan obimin awak?? ok ke?? kita ni slalu gak terlupa, pastu gabra. ke awak amik supplement lain?? anggur tak leh nak makan sgt..ada kencing manis kan....

      Delete