Bila berjanji dengan Eisya, sila tunaikan. Jangan sesekali bagi janji kosong, dia akan pastikan apa yang dijanjikan ditunaikan. Dia tuntut sampai dapat. Kalau kata nanti, dia akan tanya banyak kali sampai apa yang dia hajati berjaya dimiliki. Alah, budak dah besar. Haruslah pandai. Bukan kecik lagi nak menipu dia itu ini. Lagi-lagi bila dia dengan baiknya patuhi arahan kita bila dijanjikan sesuatu. Kita sebagai mak ayah pun tak sampai hati nak kecewakan anak, menabur janji yang bukan-bukan pastu buat-buat lupa.
Last week masa shopping grocery kat Giant, dia minta mainan. Set dapur. Aku bukan tak nak belikan, tapi tak nak belikan masa tu sebab dah niat nak beli benda lain sebagai hadiah birthday dia. Set dapur, mainan masak-masak ni dia dah ada 2,3 set. Dan kebanyakannya dah arwah. Tak pun dah bercampur aduk set dia. Pinggan ke mana, periuk entak dah dalam tong sampah. Tu yang tak nak belikan tu. Nak membuatkan dia meninggalkan display rack mainan tu aku kata kat dia 'ok, nanti kita datang kemudian beli eh..' Lepas pujuk 4,5 kali dia redha. Letak semula kotak mainan tu dan ikut aku balik.
Tak payah tunggu esok, keluar je dari Giant dia kata sambil buat muka sedih 'ibu tak beli pun toy dapur chacha' Adeih budak ni, tak menyabar. Aku pujuk 'kan ibu kata nanti, weekend ni kita beli'
Setiap hari sepanjang minggu dia menuntut janji dengan aku. Tiap hari tanya bila nak beli toy dapur dia. Sudahnya Jumaat lepas aku akur dengan permintaan dia. Akur sebab dah banyak sangat benda aku umpan dengan toy dapur dia tu. Dia tak dengar kata je, aku umpan 'chacha tak dengar cakap ibu, ibu tak beli toy dapur chacha' Bila aku umpan gitu, terus dengar kata. Terus aku merasakan, cukup-cukuplah berjanji. Tunaikan je lah permintaan dia. Kalau dah itu yang dia berkenan, bagi je lah. Belum tentu mainan yang aku nak belikan untuk birthday present dia tu nanti dia suka.
bukan main happy lagi dia
siap minta children trolley lagi nak isi mainan dia
tak bagi ok aku tolak trolley dia. nak tolak sendiri. whatever lah Cha
Balik rumah, terus dengan tak sabarnya suruh abah pasangkan dapur dia. Pastu main sepanjang malam. Kusyuk. Kenalah aku main sama, jadik tukang makan. Asyik tanya 'ibu nak makan apa?' Jawablah apa pun, tetap dia bagi pisang dalam pinggan. Hahaha... Pastu habis segala bear, dinosour dia jadik tukang makan sama.
-silalah abaikan background gambar, fokus kat budak baju purple tu je-
Setakat ni mainan ni masih selamat, semua komponen masih kekal bersama. Sebab aku masih gigih tolong kutip dan kemas walaupun dia beriya berjanji ngan aku 'dh siap main chacha kemas, simpan dlm kotak' Janji tinggal janji. Sudahnya aku gak yang terbongkok-bongkok kutip. Ni pun salah satu sebab nak belikan mainan yang jenis macam ni. Bersepah serata rumah. Tapi takpelah, asalkan dia happy. Gembirakan anak kan tanggungjawab mak ayah.
*kita tengok berapa lama mainan ni bertahan.
hahaha...samalah dayu...x leh berjanji dgn anak2...mmg dituntutnya sampai dapat...nak2 anak aku yg sulung...pesen sama cam eisya....msa dapat bukan main lg...tak lama pastu bersepah2 merata...sudahnya aku tong sampahkan sbb geram tak nak kemas.
ReplyDeleteaku memang selalu ugut dia, lantaklah org kata tak elok ugut2 anak. aku selalu ugut, kalau xnak kemas, aku kemas..tp aku buang tong sampah terus..sesekali takut lah dia. tapi ada masa dia macam tak heran tgk aku campak toy dlm tong.. sesak nafas tgk perangai dia. tapi tetap gak aku belikan yg baru..
Deletemak...sentiasa kalah ngan anak..huhuhu
huhu, aku tiap kali masuk alamada tu, automatik budak berdua ni ajak g aeon big... sudah tahu... yg tak bestnya siap jerit2 nak mainan selagi tak dapat... lebur rm20. sorang rm10... semua mainan mmg dah arwah dah, exspecially mainan si adik...betul kate ko, ade yg dah dlm tong sampah pon... hahaha
ReplyDeleteaku yang abru sorang ni pun puas mengelak..kalau dia nak yang rm10 dah cukup bagus ana. cha ni demand..pandai memilih. pegang yang rm20++ puas aku rasuah yg murah2..time berkesan, legalah aku.. time gagal, pasrah...nangis ibu dia
Delete