28 January 2015

Happy Birthday Suami Kesayangan Saya

Okay, ini memang betul-betul late entry ni. Peristiwa kejadian dah berlalu hampir 2 minggu lepas tapi baru sekarang aku nak tulis kat blog. Memang dah pasang niat awal-awal nak update pasal ni tapi sebab gambar tak transfer lagi. Tu yang asyik tertangguh je. Ni yang leceh amik gambar dengan kamera gabak ni. Tapi yelah, demi nak mendapatkan kualiti gambar yang marvellous *kononnya* Tapi nak harap handphone aku, asyik hang je maka terima jelah kelecehan dia tu.

Suami ku bertambah lagi usianya. Wow..dah 33 dia tahun ni. Dah makin tua dia. Dulu mula-mula kenal dia baru 19 tahun. Muda remaja, kurus kering..sekarang?? Huhuhu..biarkan ku saja yang tahu. Eisya paling excited kot bila tengok ada kek. Sibuk dan tak menyabar nak potong kek. Tapi nasib baik dia tahu tu bukan kek dia tapi kek abah. Bersungguh-sungguh nyanyikan lagu birthday kat abah dia... 'Allah selamatkan abah...' Berkali-kali dia ulang...seronok macamkan birthday dia.

alololo...sweet sangat 2 beranak ni. okay, gambar ni nanti kita calonkan untuk any contest Father's Day eh..

Selamat Hari Jadi Ayang. Semoga terus dikurniakan kesihatan, keimanan untuk terus bimbing kami anak beranak dan dimurahkan rezeki *boleh belanja kitaorang selalu* 
*gambar Elma takde sebab time ni dia tidur. 

1 comment: