22 January 2009

pekerja gomen membuat catatan

Saya tak berkesempatan nak berblogging. Keadaan tak mengizinkan. Minggu pertama adalah agak suram *sape dh biasa keje gomen harus paham pe yg cuba dayu sampaikan*
Menunggu Pengarah cawangan pulang dan menentukan penempatan juga amat membosankan, jgn lah keadaan ni berlarutan lebih dr seminggu *ada aku balik umah tido je kan* Namun sesi ini penting untuk bermesra sesama pegawai baru, mana la tahu nanti kena bekerjasama kan.

Ye..saya telah berjaya sengih keriangan masa dapat surat penempatan. Yes!!! Terus kekal di Kuala Lumpur, kembali menjadi penumpang LRT untuk mencari rezeki. Boleh kuar umah 7.30am, tak yah nak kuar awal2. Bestnya!!!! Dan kembali berasa amat dekat dengan Sogo, Jalan Tar.. hahaha!! Hari Jumaat ku bakal kembali dihabiskan di Sogo. Seronoknya!! Sukanya!!!

Tapi bukan di cawangan lama. Cukuplah setahun setengah buat project management. Sangat teringin nak buat design.. and i Got It!!!

Welcome to Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik. Hahahhaha..greet kat diri sendiri. Sangat teringin nak masuk unit rekabentuk jalan *walaupun amat takde pengalaman pasal jalan* Sangat tak sabar nak mula bekerja. Tapi kalau tak dapat pun it's ok. Kat mana2 pun still boleh belajar kan.

Hehehe..Sabtu En Ekwan ajak shopping barang hantaran. So, Jumaat bleh browse*boleh ke guna term ni??* handbag kat Sogo. Ye, it's Sogo Anniversary sale. Tag 70% diskaun dimana2. Guess pun ada 40%, new arrival item lagi. Sangat sesuai lah nak menghabiskan duit. Masa yang berbaloi untuk berbelanja.

6 comments:

  1. new arrival bole dpt 40% ke for guess?
    hehe..

    ReplyDelete
  2. sgt seronok la time membeli brg hantaran tu...

    selamat membeli belah...ye bakal pengantin...

    ReplyDelete
  3. kak dayu..aka kene tagged and dpt award..heee..best nyer shopping2 kt sogo..

    ReplyDelete
  4. ~ wah... congarts again!!!

    btw, Guess ada 40% utk new arrival? sangat mengujakan ni. sales until bila nih? ~

    ReplyDelete
  5. awatla jauh sgt sogo, jln tar tu sume dr kuantan nehhh..
    ;p

    ReplyDelete
  6. bestnya sale kn.. rasa nk terbang ke KL jer!!!

    ReplyDelete