09 January 2009

Sakit Pinggang dan Tengkuk ku...

Semua gara-gara Gigih menganyam bakul, mengulung kertas sepanjang hari. Giler gigih. Punya la konon nak berjimat. Maka terbukti lah bahawa Dayu adalah pengantin yang paling cuba berjimat. Kalau boleh semua nak buat sendiri *kempen berjimat cermat dilancarkan secara maksima*

Melihat kan gambar di atas pasti kamu sudah dapat mengagak kan pe yang cuba Dayu usahakan. Penggunaan semula surat khabar lama yang terperuk dibawah katil, bawah kabinet kat dapur.. Amat menyahut seruan kerajaan kan 'Kitar Semula Amalan Mulia' Sudah hampir kehabisan sumber ini *bukti betapa gigih dayu meng'DIY*

Fasa Pertama meng'DIY (bermula 26/12/08 selepas bergelar penganggur dan mula tak tahu nak buat pe kat umah selain layan DVD dan main tenet je)

Mula lah meng'sms Cik Nano mintak dia memberi tunjuk ajar. Dan dia kata dia tengah berusaha mengambil video cara2 nak meng'DIY tersebut dan akan email kan kemudian. Dan Dayu pun menanti dengan sabar. Sambung la semula aktiviti duduk depan tv layan DVD dan menanti dengan penuh rasa teruja tak sabar nak meng'DIY.

Dan setelah beberapa ketika menanti, Cik Nano akhirnya mengumumkan kelas Menganyam Bakul nya telah dilancarkann di sini. Dan dengan gigihnya Dayu telah meneliti setiap step yang ditunjuk kan. Mungkin ciri-ciri Fast Learner yang mmg semulajadi dalam diri ni *sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri*, Dayu telah berjaya menghasilkan sendiri Bakul Kertas itu. Ye, dengan beberapa bimbingan dari Nano melalui SMS.
Balik JB sambung berusaha lagi, abis mak ayah, adik2 semua dikerah mengulung kertas. Nasib baik semua excited nak tolong.


Untuk belajar cara nak buat Bakul Kertas ni, boleh rujuk blog Nano. Step bergambar yang dia sediakan amat details. Lagipun mudah je sebenarnya nak buat bakul ni.
Cadangnya nak guna bakul ni untuk isi telur kepada tetamu, tapi rasanya tak larat la nak buat banyak2. Nak buat 150pcs ni pun dah sakit2 tengkuk+pinggang smua, tu pun ngadap sepanjang masa, kalau dah keje nanti, takde la masa banyak macam sekarang ni kan.

Fasa ke-2 menganyam Bakul Kertas (bermula 3/1/09 setelah bergelar penganggur di JB,bersama tenaga pekerja tambahan yang telah dipaksa secara rela)

5 hari di rumah, hanya menumpukan perhatian kepada kertas, lidi, gam, dan gunting. Bangun tido ngadap kertas, tiap2 hari tido hampir subuh sbb ngadap kertas ditemankn astro, tp bukan tgk pun.
Dan, hasilnya.. 150pcs bakul kertas telur telah berjaya dihasilkan. Tahniah Dayu!!! Dan adik ku, Hakim telah diarahkan meng'sponsor shellac untuk cat bakul2 kertas tu, dan dia dgn baik hati membeli shellac yang berharga RM20 setin *jenama sea master lagi* sedangkan aritu tgk kat Eneos RM4 je sebotol.

Dan Hisam ngan rajin nya, meng'offer diri nak cat. Dia tak tahu susah sebenarnya nak cat celah2 bakul tu. Mak pun tiba2 rajin, tapi tak siap sebiji pun dia cat, terus pass kat adik smula. *mak aku..mak aku*

mungkin perlu dicat selapis lagi..tp mak +adik kata tak perlu *dlm gmbr ni lagi jelas nampak kertas lagi kan* tp kalau tgk real mcm ok je

Namun Dayu terasa kerumitan membuat bakul jenis ni, dan ilmu yang cuba diturunkan kpd mak,dan adik2 tidak berjaya sbb kelihatan amat rumit bg mereka. Maka cuba satu lagi jenis. Ohhh, ternyata amat mudah. Dan sangat cepat sekali siapnya.

Dalam masa 2 hari dah bleh hasilkan 50++pcs, sangat efisen. Hisham pun boleh buat. So nanti boleh la derang teruskan usaha meng'DIY bakul kertas ni kan. Nak buat 1000pcs pun mungkin tak mustahil.
Esok boleh lah mula mengecat. Tak sabar lak nak tgk hasil dia kalau dah cat. Semua bakul-bakul ni akan di ikat riben dan gantung TQ tag*dh terbayang2 mcm ne rupanya nanti* Harapnya comel lah kan. Arrggh,comel tak comel, dah buat, dah siap, guna pakai saje...

44 comments:

  1. sangat comel bakul itu! dan yg penting mmg penjimatan berkesan la =)

    ReplyDelete
  2. Waaaa..kreative giler akak dayu nieh..kempen penjimatan yg sgt berjaya..teruskan usaha chaiyo chaiyo!

    ReplyDelete
  3. ~ pergh... sangat kreatif la. dan sangat menjimatkan.

    btw, cuba la carik cat minyak. mungkin boleh buat pelbagai warna. dan dapat cover tulisan dari kertas tuh. ;) ~

    ReplyDelete
  4. dayu... macam mane u buat... ajarkan :( sye pon nak jimat jugak tengah pening ni....

    ReplyDelete
  5. wah...sonoknya wat bakul tuh...kreatif tol dayu ni kan... kalo la sy sure jahanam dulu baru jadik...ngeee...neway...gudluck tau!

    ReplyDelete
  6. wow! canggih nyer.... bagus, bagus, isi masa lapang sebegini.. caiyuk caiyuk

    ReplyDelete
  7. yeayyy sonot dpt tgk dayu buat dgn jayanye..
    hihi
    jeles na..
    na pom bru siapkan 300 je bakul telur..
    kene buat2 laju2 nk bersaing dgn dayu ni..
    huhu

    p/s: shelek/cat minyak same je kan?

    ReplyDelete
  8. gila ah ding dong! memang respect la boleh DIY benda cenggini.silap silap boleh jadik bisnes.ko boleh supply kat orang yang jual kat mana mana kedai pengantin area JB tu.hehe...tapi memang dah lawa kalau tak cat pun. 10 markah untuk kreativiti anda.hehe

    ReplyDelete
  9. wah murninya usaha tu. barula namanya hadiah dari pengantin kan? happy DIY..

    ReplyDelete
  10. wah sempat kot wat banyak tuh..

    since dayu leh 100% concentrate...~ni yang wat rasa x nk keje..tp mana nk carik duit??~

    ReplyDelete
  11. chanwatt: nice to have u here too. do visit again

    nurul: comel?? TQ..dan sesungguhnya mmg jimat kan. dah dpt 200 pcs ni modal baru RM20, kalau beli bape ringgit dah..kalau RM 1/pcs

    suraya: proses penjimatan yang membawa kepada penjimatan maksima..kata perkahwinan budget dik..

    amy: cat minyak?? shellac adakah cat minyak amy?? tp next i nak cat maroon la..mcm lawa je..dan lebih gelap

    susu: nak blaja..cuba tgk link yang i bagi tu..u try tgk2 dulu..klau tak paham..tanya je smula

    fatrina: isskkk, takde la kreatif mana, ada org bleh buat bentuk lagi lawa pun..alah, kalau u try pun mesti jadik,senang je actually

    maksu: mmg pengisian masa yg amat bermanfaat, di samping melapangkan dada sebab dpt membuat penjimatan maksima

    ReplyDelete
  12. chanwatt: nice to have u here too. do visit again

    nurul: comel?? TQ..dan sesungguhnya mmg jimat kan. dah dpt 200 pcs ni modal baru RM20, kalau beli bape ringgit dah..kalau RM 1/pcs

    suraya: proses penjimatan yang membawa kepada penjimatan maksima..kata perkahwinan budget dik..

    amy: cat minyak?? shellac adakah cat minyak amy?? tp next i nak cat maroon la..mcm lawa je..dan lebih gelap

    susu: nak blaja..cuba tgk link yang i bagi tu..u try tgk2 dulu..klau tak paham..tanya je smula

    fatrina: isskkk, takde la kreatif mana, ada org bleh buat bentuk lagi lawa pun..alah, kalau u try pun mesti jadik,senang je actually

    maksu: mmg pengisian masa yg amat bermanfaat, di samping melapangkan dada sebab dpt membuat penjimatan maksima

    ReplyDelete
  13. nano: na, na buat sambil keje dh dpt 300pcs, kira hebat lah tu, ngan paper bag lagi..na lah sumber inspirasi dayu untuk meng DIY ni..thanks so much na...

    bebel: awat hang ber ding dong nye?? tp mmg betul la bleh buat bisnes.. satu rm1 ni org jual..
    tapi akak diusahakan oleh adik aku mungkin...ramai je org2 dh start tanya cmne nak buat, tak nak jual ke...*otak bisnes mula bercambah ni*

    ezi: ni mmg betul air tgn pengantin ni...harus dicanang nanti, biar semua simpan smpai hancur bakul tu *keekeek*

    xeaa: long way to go zea..

    tepung: sebab dok umah je kan, rajin la. nanti dah keje, mana sempat. tp kena gak curik2 masa. weekend tak yah kuar dtg...

    ReplyDelete
  14. Contoh terbaik nieh.sue skrg pun da survey2 DIY things nih..nak ikut jejak kak dayu..

    ReplyDelete
  15. adoi kakak!!
    cunnya!!
    sgt kreatif ok!! :)

    yonna rasa bukan setakat boleh berjimat je kak,
    plus tu hasil tgn akak sendiri.
    susah payah akak buat.
    sure akak rase sgt2 puas.
    nnt kalau org tny,
    mesti diorg tak caya akak gigih buat sendiri :)

    ReplyDelete
  16. cantiknyeeee...
    mmg tabik lah semangat dayu :)

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, ketipnyer ko ni Dayu oiii... sentimentel value.hand made tu..kalau akak, adoiya, usahlah berharap!

    ReplyDelete
  18. dayu, aisha pon macam nak buat nano punye ajaran untuk bakul yang besar tuh.... boleh la digunakan untuk letak gift yang akan diberi pada tetamu nanti... tapi, aisha langsung tak kreatif la... :(

    ReplyDelete
  19. a'ah la evyn pun x secreative Dayu n Nano..jari jemari dah keras ni..hahahah mmg teringin nak cuba pun..tapi bila arrhh??:P

    ReplyDelete
  20. Sungguh gigih ko dik.. bagus bagus,
    usaha tangga kejaayaaan :)

    ReplyDelete
  21. bijak....tunang sapa la ni yer....

    bertuah badan;)

    ReplyDelete
  22. wahh sgt berbaloi dan sure jimat kan? good work. ;) brg2 kita, my parents yg semangat nak buat..yg nak kawen ni, tukang tgk je...huuhu boleh?

    ReplyDelete
  23. suraya: survey sue jgn tak survey..ikut hati, paper bag pun nak buat sendiri tp takut tak sempat..maybe yg vip je kot

    yonna: sentuhan pengantin kan...akak rasa nak letak copyright la kat tapak bakul tu *adoihai gediknya kan* tp mmg jimat lah yonna..akak ni selagi boleh jimat..kata perkahwinan budget

    hidden: semangat ku sedang membara, ni lah hasilnya..ayah sendiri pun mcm tak caya je anak dia segigih ni

    kak yan: kita sendiri tak caya kita boleh buat smua ni tau. cuba2 je kak..tak sangka menjadi..berbakat juga rupanya..

    aishah: cubalah, senang je aishah, step yang nano tunjuk pun jelas kan. kalau tak paham, meh sini dtg umah..dayu pun dah buat satu, mula ingat nak letak buah, tp takut tak kuat, letak baju melayu je kot

    ReplyDelete
  24. evyn: cubalah, senang je actually nak buat bakul ni. kena gigih je..jimat tau evyn..kalau beli org jual rm1/pcs..tak dpt byk skit pun jadik...

    kak elly: adik akak ni mmg gigih, dia selagi boleh save..selagi tu lah berusaha bagai nak giler

    yuzz: ekwan awal2 dulu mcm tak caya i akan boleh buat bakul ni..tp skrg dia senyum je..duit dia gak yg nak diselamatkan kan...

    hanie: mak ayah kita pun awalnya mcm tak caya..derang kata beli je..tp dayu gigih kata nak gak buat sendiri..last2 derang pun join sama..best hanie buat sendiri ni tp sakit tengkuk smua la

    ReplyDelete
  25. tabik la kat dayu..mmg sgt tidak membuang duet..phew..argggggggggg denki.cemut beli bekas telur pun nk cecah 5rat. .... jeles!! kalao x duet tu bleh pakai shoping..but cemut tidak dilahirkan kretif dan bseni

    ReplyDelete
  26. wah...ni kne belajo dr kak dayu ni ...ni sudah bagus utk save cost....

    ReplyDelete
  27. bagus.
    DIY lagik!

    pulak tu santekkkk menarikkk!

    keep it up!

    ReplyDelete
  28. emm awesome ..eh dayu kf taw lah wat bakul kertas tue...ape2pun congrate..
    nie baru dinamakan ekonomoney bajet planning..hehhe..

    ReplyDelete
  29. WAH!
    Terkesima chika di sini. Seriously terkesima tak terkata apa. Dayu... anda sangat gigih dan tabah dan berseni dan rajin dan bijak. Maigod. Tengok je pon dah dapat rasa betapa susah nak buat walaupon sebijik.

    berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    Dayu. Kekaguman chika di sini.

    I bet, mesti gila cute la nanti dah siap semua hasilnya. Lepas tu akan bangga dengan diri sendiri secara tak menentu. Oh my! awesome gila.

    ReplyDelete
  30. 13 may: saya mmg pandai..kekeekekek

    cemut: ni lah kaedah penjimatan yang cuba i lancar kan secara maksima, mana bleh jimta kita jimat,guna duit tu kat tmpat lain

    aemi: kalau nak blaja sila bgtau...mmg boleh save duit lah..byk gak bleh save tau

    shada: i akan berusah selagi mampu. tq ye

    kf: ramai dah yang dh reti buat ni. cantik, tak kuarkan kos, senang..mmg sgt memenuhi kriteria untuk berjimat kan

    chika: jgn lah teruja begitu sekali,senang je nak buat sebenarnya, cuma rumit skit lah. tapi senang actually..nak buat byk mmg kena men'tabahkan diri lah...

    ReplyDelete
  31. Wah! MEnarik ni. Boleh diaplikasikan. Ngeh2.

    ReplyDelete
  32. alamak dayu..nape lambat wat bakul2 tu...kalau tak time elly kawen aritu leh mintak sponsor..jimat sikit duit bakul utk vip..huhuhu...anyway...tahniah ye..kreatif..

    ReplyDelete
  33. bagus2..penjimatan n semangat yg sgt kental..gud work dayu..

    ReplyDelete
  34. ishh..xjemu la melihat bakul nieh.. cam nak satu..akak nak satu kak..

    ReplyDelete
  35. yaAllah rajinnyeeeee cik dayu ni.n sgt creative tak terkate..huhu

    bgus2 nani pon nx try indoor gift wat sendiri la..tp stkt utk tetamu khas larat la..nx buat utk sume,mampos xtermampu..

    btw,shomel la bakul tu..after dis bley buat yg besar..then jual..dwet pon masuk ;)

    ReplyDelete
  36. weh! gempak gila!!!!! mesti banyak keja. but yang penting, banyak gila jimat.

    kalau semua pengantin kreatif dan rajin camni...alamat bankrup la penjual2 kat luar. hahaha!

    ReplyDelete
  37. pakcique: sila lah mencuba pakcik..boleh buat favor di majlis sendiri nanti..

    elly: huhu..nak sponsor tak mampu lah elly..tak larat nak buat untuk sponsor..nak buat sendiri punya pun gigil badan ni hah *kekekeke*

    suraya: nak ke?? nanti akak pos..ta[i takde telur la..kalau nak lagi best, nanti dtg wedding akak ye..akak hantar jemputan nanti

    nanie: buat sendiri jimat nanie..cuba lah carik pape idea untuk DIY..untuk VIP cukup..dulu pun rancang nyer nak buat VIP nyer je..tp dh ter syok nk buat untuk smua

    noe: kkekeekek..a'ah kan, kalau smua mcm ni, mmg bankrupt la org2 bisnes brg kawen ni...

    ReplyDelete
  38. hai nak step cara buat bakul tu bolehh..hahah nk jimat lohh..kena rajin kan..hurmm kalau boleh la..tak boleh xpe ar..kalau bolehh email kat nornazliana_abrazak@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  39. Alah..tak boleh pun bukak website anyambakul.blogspot.com tue :( Katanya untuk invited readers only...baru nak skodeng2 wat tambah ilmu ekot penjimatan maksima nih...hehehehe

    ReplyDelete
  40. haah ek, invited readers only..

    sedihnya makk :(

    ReplyDelete
  41. salam.. website tu hanya untuk yg di invite je la dayu... mcm mane ye? memg nak blaja sangat...

    kalau bleh bgtau step by step please email to me ya...
    shariena_1201@yahoo.com

    ReplyDelete