24 August 2009

pengalaman

Hari ini berjaya bersahur besama suami di hening pagi. Walau malam tadi puas kami berdiskusi, nak sahur malam sebelum tido atau nak bangun pagi2 esok. Tapi sebab takut siang hari ni nanti akan kebulur dan kelaparan, kami decide, esok bangun kul 5 pagi makan perabis lauk berbuka td. Dan ucapkan tahniah.. kami berjaya. Dan lepas sahur kemas dapur dan teru siap gi keje, kalau tido semula, mahu kul 12 tengahari baru sedar. *tu lah yg terjadi 2 hari sebelum tu, habis hancur lebur progam nak buat kuih raya smua*

Okay, masuk hari ke-3, suami saya semakin mudah nak bangun. Kalau tak, mau jadik gaduh pagi tu kejut dia tak bangun-bangun. Cuma tak lah sampai tahap sahur bersuap suami saya ni. Kena tingkatkan lagi rasa sabar dalam usaha nak membangunkan dia dari tido tu. Kena memanggil dengan penuh kasih sayang. Biar dia bukak mata dan terus ke meja makan. *semoga esok2 dia akan permudahkan usaha isterinya ini* Hahahahah, tadi masa borak ngan mak, mak tanya 'ekwan senang bangun sahur??' Mesti mak teringat masa menantu *masa tu bakal la kan* dia tu sahur kat umah dulu, punya la liat bangun,last2 tak bangun pun sahur.. laki aku..laki aku

Dan tengahari tadi suami saya sms tanya 'yang, pe menu kita arini??' Semangat tak semangat laki aku. Dan sahur tadi dia kata 'cuba lah awak carik resipi murtabak' *Huhuu, dia nak suruh aku tukar status ke apa ni?? Nak suruh jadik fulltime chef ke?? Best gak.. tak yah buat report lagi. bila boleh start ni??* Besar kan selera laki aku. Penuh meja makan tu. Murtabak macam harus ada. Dan semalam masak kan siakap steam untuk dia. Alahaiii, comel nye dia ratah kepala ikan tu, pastu kata 'nape kurang pedas yang??' Uuiikksss, dulu orang buat pedas2, sampai kuar2 air hidung.. bila kurangkan cili padi tanya lak nape tak pedas...

Dan hari ni nak masak pe???

Dan baru 3 hari pose, diri sudah dalam dilema. Siot lah..benci lah perasaan ni..

8 comments:

  1. dayu..

    bestnye kisah perkahwinan kamu,bahagia sungguh.roy sangat jeles.nak kahwen gak mcm dayu tp kene tunggu tahun depan la..

    nampaknye terpakse la hari2 dayu meng'google' kan untuk mencari idea resepi berbuka puasa..

    ini la hakikat seorang isteri yang kene hari2 pk mau masak ape untuk esok..hahah..

    ReplyDelete
  2. alalala bestnya dia meting fmly sama2..;( salam ramadhan dayu

    ReplyDelete
  3. best kan bila sahur berdua?selera tak berapa nak lalu pun makan jugak sebab ada teman.hehe

    ReplyDelete
  4. hurmm...
    kita sahur sorang lagi...
    tahun depan baru ada can nak sahur ada teman..tapi,bila sahur sorang nie..syok la..suka la nak makan pe pun..nnt,dah de teman..confirm la kena ikut selera teman tue...

    ReplyDelete
  5. dayu masak ke time sahur? bestnye dpt wife cam dayu...susah nak bangun pon sabar gak:)

    ReplyDelete
  6. wah tahniah la dayu..mmg sungguh bersemangat..yna ni maish lg rase malas..huhuh truk btul kan..malam ni xtau la, ada daya x bgn..kalu x, mmg kesian ar kt hubby

    ReplyDelete
  7. alalla kakak.sumpah sweet gila haha.dia mkn ikan pon nampak comel eh! hee

    lepas ni akak bukak bisnes berniaga murtabak la kak :p mesti akak comel gila haaha.

    well,laki mmg selera besar,wajib ada nasi kan?

    ReplyDelete