13 December 2010

tengah teruja ni

Hati teruja. Dan makin seronok. Buat makin tak menyabar pulak.

Ahad petang yang lepas kami anak beranak ada sesi bergambar di Taman Botani, Putrajaya. Wahh, memang seronok. Tapi penat. Kalau kami dah penat, model kecik tu mesti lagi letih. Tu yang masuk je kete terus terlelap, sempat menyusu skit je. Terus lena.

Hari ni Bani dah upload skit kat Facebook as teaser.. sangat pantas la.


Tu yang aku terus teruja ni. Terus tak sabar nak dapat DVD full picture.

Bani ni adik bongsu Nurul. Bila Nurul tolong promotekan pakej yang Bani tawarkan, aku terus merebut peluang yang ada. Harga memang sangat berpatutan. Yang aku lagi seronok, siap ada 2nd photog tu. Aku kawin dulu pun sorang je photog cover. Ni photoshoot Eisya, sampai 2 orang. Hebat lah anak ibu.

Hah, kalau berminat boleh la hubungi Bani. Tak pun contact Nurul je. Memang akak dia yang uruskan, Bani tau gi buat keje je.

Cuaca memang panas walau dah pukul 4 petang. Nasib baik Eisya tak meragam. Dah hujung-hujung baru dia merengek skit, tu pun sebab dah letih sangat kot. Lapar lagi. Nasib baik tak hujan, kalau tak nak bergambar camne. Secara keseluruhan, memang aku seronok. Nanti Eisya dah setahun buat lagi sekali la. Time tu dah bleh jalan, mesti lagi best.

Penuh ngan gambar awak je lah dinding umah nanti Cha. Ada adik, gambar awak turun ganti gambar adik pulak.


*okay, mari pegi membeli frame. tak kan nak simpan je. kena la print dan tayang kat dinding rumah.
** bani, akak dah tolong promote ni. takde pape ke? :)

10 comments:

  1. ingat nak buat gak masa tgk kat blog nurul haritu.tp...entah bila lah nak balik s.alam buat.huhuu..

    ReplyDelete
  2. thanks dayu siap promote lagi. smlm bani ada job org kawin lepas shoot kat majlis org kawin terus tergesa2 ke putrajaya utk shoot dayu sekeluarga. tp bani kata cha tak byk ragam senang sekali utk shoot :)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya..kenangan y kekal ;)

    ReplyDelete
  4. gi lah book sama Bani
    sementara dia masih bercuti ni

    nak amik gmbar gini, bukan selalu ada kesempatan kan
    nak amik sendiri, belum tentu hasil semenarik ni. kena la mintak bantuan profesional

    ReplyDelete
  5. mcm best je.. dah tanye bani tadi.. murah la.. tapi Putry ngah kuarantin nie..huhuhu

    ReplyDelete
  6. apa nak segan
    kalau segan, simpan buat koleksi peribadi. request kat photog jgn publish

    booking je dulu
    nanti dah free, anak dh betul2 sehat
    kita mengedik la

    ReplyDelete